webnovel

penguasa belantara

dunia yang serba moden tidak memupuskan kebanyakkan manusia dari bersikap jahil, haq Dan batil menjadi laluan Dan ikutan,bagi mereka yang memilih haq akan tinggal dalam keadaan yang sederhana,manakala bagi mereka yang memilih batil tinggal lah ia dalam kekufuran Dan kesesatan...pertemuan Dua dunia,Dua lautan ilmu....peperangan haq Dan batil terus berlaku sehingga bumi tidak mampu menampungnya lagi.

Wan_Shah_8782 · Sci-fi
Not enough ratings
13 Chs

08.gerakan fisabillillah

Pertembungan Dua mata terjadi di bilik tempat berlakunya kejadian ngeri tiga pemuda yang di gantung,sedang si pahlawan mencari tahu kejadian yang berlaku, inspektor Hadi tiba-tiba muncul di situ,berlaku soal jawab antara mereka,Hadi terus mengesyaki bahawa si pahlawan adalah pelaku kejadian tersebut, si pahlawan menafikan apa yang berlaku Ada kena mengena dengannya,terjadi perkelahian antara mereka,Hadi banyak menyerang manakala si pahlawan banyak menepis serangan Hadi,si pahlawan Cuba menenangkan Hadi tetapi terus di asak,Hadi mula mengacukan magnum 45 kearah si pahlawan..."booom"satu das tembakan di lepaskan kearah si pahlawan, pahlawan mengelak tembakan itu tidak mengenai sasaran,tembakan kedua di lepaskan tetap sahaja si pahlawan sempat mengelak,begitu tangkas gerak geri si pahlawan, tiga das tembakan langsung tidak mengenainya...

Hadi kebingungan begitu cepat si pahlawan mengelak Dan tiba-tiba menghilang dalam samar-samar cahaya lampu.hadi segera ke balai polis bagi melaporkan kejadian tersebut,dia mula melakar wajah si pahlawan Dan lakaran wajah tersebut di edarkan ke serata Kota,si pahlawan bersembunyi di sebuah stesen keretapi lama di pinggir Kota, manakala sewaktu Hadi sedang membuat pertemuan dengan anggota-anggota yang bertugas dia mendengar bisikan suara yang mengarahkan ia supaya membunuh si pahlawan....Hadi mula bertekad mencari si pahlawan.perasaan, hati Dan akalnya sedang di kawal seseorang.

di suatu sudut gerabak keretapi lama si pahlawan sedang bersila rapi Dan memulakan zikirnya..dia perlu bertindak bijak,kini serata Kota sedang mencarinya,musuh Ada di mana-mana...kebenaran harus di ungkap, si pahlawan bukanlah pembunuhnya. Di luar kawasan gerabak keretapi itu ada mata-mata sedang memerhatikan si pahlawan.

ruang rumah Hadi wanita cantik itu sedang bersila sambil menutup mata,'pembunuh itu Ada di gerabak keretapi pinggir Kota'teriak wanita itu sendirian.

Hadi tersentak ia terdengar suara berteriak di telinganya mengatakan bahawa pembunuh Ada di gerabak.hadi mula mengumpulkan pasukannya lalu mereka ke tempat tujuan bagi mencari si pahlawan.sementara di gerabak si pahlawan mula berkelahi dengan tiga lembaga hitam yang mengganggunya... tiga lembaga itu berniat menghabisinya,si pahlawan bertingkah dengan pantas,satu dari lembaga tersebut mengenai tumbukan sulung si pahlawan,dia mula membaca sesuatu sambil di tiup atas tapak tangannya, muncul sebilah pedang berwarna merah bagaikan Baru di ambil dari bara api... setiap libasan si pahlawan memutuskan mana-mana bahgian anggota badan lembaga tersebut...hanya tinggal satu lembaga sahaja manakala duanya lagi sudah di habisi...lembaga yang satu itu menjerit bagai memecahkan gegendang telinga si pahlawan,manakala di luar inspektor Hadi Dan pasukannya terdengar bunyi jeritan...'bergegas!! jerkah Hadi kepada pasukannya.

sudut di dalam gerabak....lembaga hitam tadi hilang dari pandangan si pahlawan, tiba-tiba 'tang,Tang,Tang,Tang!bunyi peluru yang mengenai dinding besi gerabak itu menyedarkan si pahlawan,hampir sahaja peluru yang ketujuh mengenai tubuhnya, mujur si pahlawan sempat mengelak,si pahlawan terjun dari gerabak...sempat sahaja si pahlawan memijak bumi...dia lantas hilang dari pandangan Hadi Dan pasukannya. mereka berpandangan sesama sendiri, pelik memikirkan orang yang disyaki hilang dalam hujan peluru yang muntah dari senjata mereka.

si pahlawan membuka matanya,di hadapannya lelaki tua berjambang putih itu berdiri sambil membacakan sesuatu,si pahlawan mula sedar dia berada di belantara. suasana gelap gelita,si pahlawan mula berbicara, lelaki tua itu bersuara'aku tahu apa yang terjadi'jelas lelaki tua itu.di belakang lelaki tua itu mat Zin kelihatan turut di situ. 'pegang bahu ku'tutur lelaki tua itu kepada si pahlawan Dan mat Zin, mereka lenyap dalam kegelapan malam.

Di tengah-tengah suatu belantara lainnya,wujud sebuah Kota besar yang di kelilingi tiga gunung tinggi,Kota tersebut kelihatan berwarna putih seperti Mutiara,di tengah-tengah Kota itu terdapat sebuah istana megah yang puncaknya tajam menjulang tinggi ke langit... di suatu sudut lapang istana tersebut rumput hijau terbentang luas... kelihatan Ada majlis keramaian di situ.. di sudut pintu masuk ke majlis tersebut seorang lelaki bertubuh tegap separuh usia sedang menyambut tetamu-tetamu yang hadir, mereka yang hadir berjubah warna putih, kelihatan semuanya mamakai serban putih di kepala,lelaki yang menjadi penyambut tetamu itu juga berserban di kepala Dan berjanggut hitam,'assalamualaikum Dan selamat datang kiyai fansuri'tegur penyambut tetamu itu kepada lelaki tua berjambang putih itu,di belakang nya kelibat mat zin Dan si pahlawan sedang kagum melihat kota besar Dan istana yang menjulang tinggi itu,'tak tahu pulak aku Ada sebuah kerajaan tersegam indah di tengah belantara ni'telak si pahlawan kepada mat Zin, mat Zin hanya mengangguk tanda setuju.

'bagaimana keadaan kamu fattah'?tanya kiyai fansuri kepada kiyai fattah,' alhamdulillah aku sihat-sihat sahaja di sini' suasana di sini menenangkan jiwaku,'jelas kiyai fattah, fikirannya menerawang kepada kisah lama selepas pertembungan dia dengan mbah suro di suatu Masa dahulu...kiyai fansuri banyak membantunya...kini kiyai fattah banyak berkhidmat untuk kerajaan megah itu,dalam majlis itu kiyai fansuri di hormati ramai... mereka yang berkumpul pada Hari itu datangnya dari gerakan fisabillillah.... mesyuarat penting itu di kepalai seorang penguasa yang mentadbir seluruh belantara.