16 Orang Gasar dan Cara Kasar Mereka

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

"<Pembela Keadilan>!"

Menyedari dia tidak boleh mengalahkan Zhang Yang, Bulu Dada Berapi serta-merta membangkitkan kemarahan Cakar Hitam untuk mengalihkan aggro Cakar Hitam padanya.

"Ding! Anda telah terkena <Renungan Maut> (Tindanan 1). Semua kerosakan yang diterima meningkat 100% selama 12 saat!"

Bulu Dada Berapi memang bernasib malang. Cakar Hitam telah mengaktifkan <Renungan Maut> sejurus selepas dia membuatnya marah. Jasadnya menghasilkan cahaya merah dan sesuatu muncul di atas kepala avatarnya. 

Kemahiran ini tidak boleh dielak atau dihadang.

Kesan provokasinya hanya bertahan selama 2 saat dan Cakar Hitam terus menyerang Zhang Yang semula.

"Mulakan AoE!" kata Zhang Yang dalam saluran pasukan. Dia tidak risau jika dia dibunuh serta-merta dengan kesan tindanan <Renungan Maut>, tetapi dia lebih risau jika lebih lama masa diambil untuk membunuh bos, lebih banyak <Ludahan Beracun> dikenakan oleh Cakar Hitam yang akhirnya akan memusnahkan pasukan bila penyembuh tidak menang tangan. 

Jika dalam Mod Normal, sudah tentu dia seorang diri boleh membunuh bos ini dengan mudah!

Selepas beberapa ketika, Cakar Hitam berpaling dan mensasarkan Nasihat Bermaruah dengan air ludah hitam. 

"Jahanam, macam tu ke kau tarik perhatian raksasa, pahlawan baru! Berani kau biarkan bos itu serang aku?" Nasihat Bermaruah pulih dan menjerit pada masa yang sama, "Pulihkan aku!" Dia ada 300 HP asalnya, tetapi 200 telah lenyap sekelip mata.

"Kaulah budak baru jahanam! Itulah <Ludahan Beracun> bos itu. Zhan Yu dah terangkan dengan jelas tadi yang ia akan mensasarkan pemain dengan rawak! Apa yang kau nak marah sangat ni?" Sami Ingkar sudah tidak boleh mengawal marah dan akhirnya berang.

Nasihat Bermaruah mengeluh kerana tidak puas hati dan berasa geram, tetapi dia tidak membalas apa-apa.

10 saat kemudian, Bulu Dada Berapi memulakan satu lagi provokasi dan sekali lagi berjaya mengalihkan aggro Cakar Hitam padanya.

"Ding! Anda telah terkena <Renungan Maut> (Tindanan 2). Semua kerosakan yang diterima meningkat 200% selama 12 saat!"

Malangnya, dia terus ditindan dengan satu lagi <Renungan Maut> selepas dia menarik perhatian bos itu. 

Zhang Yang berkata dalam hatinya, siapa kata dia ni noob, dia provok bos betul-betul masa bos itu tengah buat <Renungan Maut>! Dia memang hebat!

Selepas mengerjakan Bulu Dada Berapi, Cakar Hitam pusing semula dan Zhang Yang pula yang menarik aggronya.

Setelah beberapa ketika, Cakar Hitam berhenti dan mensasarkan Kematian Bersalji dengan <Ludahan Beracun> dan mengenakan kerosakan 200 HP kepadanya.

Bulu Dada Berapi mencetuskan provokasi ketiga kepada bos itu selepas selesai tempoh bertenang <Pembela Keadilan>.

"Ding! Anda terkena <Renungan Maut> (Tindanan 3). Semua kerosakan yang diterima meningkat 300% selama 12 saat!"

<Renungan Maut> Cakar Hitam yang disasarkan setiap 10 saat kebetulan sama dengan dengan tempoh bertenang <Pembela Keadilan>. Sebab itulah Bulu Dada Berapi menerima <Renungan Maut> setiap kali dia membangkitkan kemarahan bos itu.

"-528!"

Kerosakan serangan normal Cakar Hitam sendiri selalunya lebih kurang 150 mata dan memandangkan Bulu Dada Berapi telah menerima tiga tindanan <Renungan Maut>, kerosakan asasnya telah mencapai 600 mata! Kerosakan itu masih berjumlah 500 mata lebih walaupun selepas 15% pengurangan kerosakan pasif Pembela dan pertahanan watak itu sendiri! 

Setelah mengalami penurunan drastik serta-merta daripada 700 HP, Bulu Dada Berapi mula panik dan menjerit, "Pulihkan aku!"

"+76!"

"+73!"

"+100!"

Tiga nombor hijau muncul terapung di atas kepala Bulu Dada Berapi. Itulah pemulihan oleh Pengasuh Bayi Bermaruah, Kesedihan Lautan, dan sebotol periuk merah yang boleh ditelan miliknya yang meningkatkan HP kepada 421 mata. Walaupun Kesedihan Lautan benci pada Bulu Dada Berapi, dia tetap memulihkannya pada saat genting itu.

"-509!"

Cakar Hitam sekali lagi menyerang dan serangan itu mengena Bulu Dada Berapi.

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah mati!"

Cakar Hitam berpusing dan terus menyerang Zhang Yang.

Maharaja Api sudah tidak tahan lagi dan berkata sambil tertawa di saluran pasukan, "Nampaknya Pembela itu ada juga sumbangan! Dia menerima tiga kali <Renungan Maut> demi Zhan Yu! Kematian kau tidak sia-sia!"

"Ya, kau seorang hero!"

"Kau boleh berehat dengan tenang!"

Pemain yang bukan dari Megah sedang semangat berbual dalam saluran pasukan dan kata-kata mereka membangkitkan kemarahan Bulu Dada Berapi. Niatnya bukan hendak menolong Zhang Yang, tetapi untuk memberontak. Tiada sesiapa dapat menjangka yang dia akan ditindan tiga kali dengan <Renungan Maut> dan akhirnya dibunuh serta-merta oleh bos itu!

Dia telah membunuh dirinya sendiri dengan berterusan mencetuskan provokasi sehingga Cakar Hitam menjadi imun dengan kesan itu. Zhang Yang tidak akan dapat menyelamatkannya walau sejauh mana dia mencuba! Sudah tentu Zhang Yang tidak akan menyelamatkan lelaki yang bodoh dan sombong sepertinya walaupun tanpa imuniti kepada provokasi. Dia bukannya sebaik itu!

"Lajukan AoE!" ujar Zhang Yang dalam saluran pasukan.

"Okey!" jawab mereka. Zhang Yang dihormati mereka semua kerana kebolehannya.

Tanpa 'rampasan' <Renungan Maut> yang dilakukan Bulu Dada Berapi, Zhang Yang serta-merta menerima pelbagai tahap tindanan <Renungan Maut>. Kematian satu kepastian jika bos itu menyentuhnya walau sedikit. Namun, Zhang Yang telah bergerak dengan ketangkasan yang hebat apabila dia bergerak dan mengelak tanpa memberikan peluang langsung untuk Cakar Hitam mencederakannya!

Walaupun <Ludahan Beracun> menyebabkan sedikit sebanyak bebanan kepada penyembuh, banyak Posyen Magis (MP) yang masih tersimpan dan ia lebih daripada cukup untuk memulihkan pemain-pemain lain kerana mereka tidak perlu memulihkan tanker mereka. Pasukan itu tidak kehilangan ahli lain.

"80%! 70%!"

HP bos itu perlahan-lahan turun selepas diserang bertubi-tubi oleh pasukan. Hampir 3 minit kemudian, HP Cakar Hitam hanya tinggal 10%.

"Ding! Ketua Pasukan Seluar Pendek Berbunga telah menukar Perimeter Pengumpulan Barang Rampasan Kumpulan kepada Barang Rampasan Ketua!" Notifikasi sistem tiba-tiba muncul menandakan perubahan dalam cara pengagihan.

"Seluar Pendek Berbunga! Apa yang kau buat?" Sami Ingkar cepat-cepat menyoal.

"Aku takut sesiapa akan mengganggu barang rampasan, jadi aku sendiri akan agihkan nanti!" kata Seluar Pendek Berbunga dengan yakin.

Semua orang terdiam dan terus menyerang bos itu.

"Ding! Pasukan anda telah membunuh Cakar Hitam! Anda menerima 3,650 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!"

Cakar Hitam jatuh dan menggugurkan 3 hingga 4 alat kelengkapan dan setimbun syiling emas.

"Mari lihat apa yang digugurkan!" Alat kelengkapan ialah apa yang diimpi oleh setiap pemain yang memasuki bilik bawah tanah. Semua orang secara automatik mengelilingi barang rampasan apabila bos telah mati. Namun, disebabkan Mod Barang Rampasan Ketua, mereka hanya mampu memandang alat kelengkapan yang digugurkan tetapi tidak mampu mengambilnya. 

[Cakar Hitam] (Besi Hitam, Sarung Tangan Penumbuk)

Serangan Senjata: 7 – 13

Selang Masa Serangan: 1.9 saat

Tahap Keperluan: 5

[Plat Dada Tebal] (Besi Hitam, Perisai Tebal)

Pertahanan: +2

Tenaga: +3

Kekuatan: +1

Tahap Keperluan: 5

[But Kulit Hitam] (Besi Hitam, Baju Perisai)

Pertahanan: +1

Tenaga: +2

Kepintaran: +1

Tahap Keperluan: 5

Mengikut tetapan bilik bawah tanah, alat kelengkapan yang digugur dalam Mod Sangat Sukar adalah satu gred lebih tinggi daripada Mod Sukar; dan alat kelengkapan yang digugur dalam Mod Sukar adalah satu gred lebih tinggi daripada Mod Normal. Memandangkan Makam Bangar ini dikira sebagai bilik bawah tanah bertahap paling rendah dalam permainan ini, hanya Mod Sangat Sukar yang akan menggugurkan alat kelengkapan Tembaga Hijau. Kalau mengikut tetapan, alat kelengkapan yang digugurkan dalam Mod Normal hanya Berlapis Putih!

Namun, syarikat permainan ini telah mengambil kira, jika bilik bawah tanah pertama hanya menggugurkan alat kelengkapan Berlapis Putih, ini akan mematahkan semangat pemain! Jadi, mereka bertolak ansur dan menetapkan yang alat kelengkapan Besi Hitam juga boleh didapati dalam Mod Normal, tetapi tahapnya diturunkan ke Tahap 5, manakala alat kelengkapan Besi Hitam Tahap 10 dan Tembaga Hijau Tahap 10 masing-masing boleh didapati dalam Mod Sukar dan Mod Sangat Sukar.

"Ding! Pemain Seluar Pendek Berbunga telah memperolehi Cakar Hitam!"

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah memperolehi Plat Dada Tebal!"

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah memperolehi But Kulit Hitam!"

"Ding! Anda telah menerima 96 syiling tembaga!"

Notifikasi sistem berterusan berbunyi. Ketua Pasukan Seluar Pendek Berbunga serta-merta mengagihkan semua alat kelengkapan sambil menerima syiling emas dan mengagihkannya kepada semua ahli pasukan melalui sistem itu. 

Ramai ahli pasukan tidak berpuas hati. 

"Apa ni? Kenapa kau agihkan alat kelengkapan tanpa bertanya!"

"Jahanam, orang gasar dah merampas alat kelengkapan!"

"Kau ingat kami ni apa? Orang suruhan kau?"

Seluar Pendek Berbunga berkata sinis, "Aku ketua pasukan, mestilah aku ada keutamaan dalam pengagihan alat kelengkapan ni! Bulu Dada Berapi tanker utama kita, kalau bukan sebab dia yang tank <Renungan Maut> bos itu, kita tak akan mampu kalahkan ia, dan dia dua kali mati. Salah ke kalau dia diutamakan dalam pengagihan kelengkapan? Nasihat Bermaruah pula…berdepan dengan AoE tertinggi antara mereka yang memakai jubah!"

"Celaka! Kau bukan boleh beri arahan sebagai ketua dan tak ada langsung sumbangan dalam pasukan! Berani kau nak diri kau diutamakan?"

"Pembela itu satu bahan lawak! Tak ada bezanya kalau dia ada atau tak ada dalam pasukan kita! Zhan Yu ditindan dengan 13 tindanan <Renungan Maut> dan dia tak ada apa-apa. Apa bezanya 3 tindanan tu?"

"Tengoklah statistik kerosakan tu! Kalau kau tak buta, Nasihat Bermaruah lebih teruk daripada Maharaja Api!"

Nasihat Bermaruah terus menjawab, "Statistik kerosakan tu langsung tak tepat. Macam mana Pelindung kita boleh berada di tempat pertama setiap kali habis perlawanan? Aku sentiasa menyerang, aku patut bunuh diri kalau serangan aku lebih rendah daripada tangki pembendung!"

Pemain lain jadi lebih marah mendengar pertikaian yang mementingkan diri itu.

"Mari teruskan, teruskan saja. Itu hanya beberapa alat kelengkapan yang semua orang boleh dapat dalam beberapa pusingan lagi!" Pengasuh Bayi Bermaruah cuba menenangkan keadaan pasukan.

"Tukar ketua pasukan atau kami akan berhenti!" kata Ratusan Tembakan.

"Ya, tukar ketua!" jerit yang lain-lain juga.

"Ding! Pemain Seluar Pendek Berbunga telah memilih pemain Nasihat Bermaruah sebagai Ketua Pasukan!"

Bukankah ini menunjukkan rendahnya IQ seseorang?

"Bangsat! Kamu semua tak tahu malu!" Sami Ingkar terdiam selepas melihat gaya gasar ahli-ahli Megah ini. 

"Sama ada tukar ketua iaitu Zhan Yu atau pembubaran pasukan!" kata Ratusan Tembakan dan yang lain-lain terus setuju dengannya.

Empat ahli Megah itu serba salah.

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah memilih Zhan Yu sebagai Ketua Pasukan!"

Zhang Yang telah berdepan dengan ramai orang gasar dalam kehidupannya sebelum ini, tetapi tidak ramai yang seteruk ahli-ahli Megah ini! Mereka sepatutnya menyertai Suku Penyangak! Dia tersenyum kecil dan menukar Perimeter Pengagihan Barang Rampasan Kumpulan kepada Mod Balingan Dadu dan berkata, "Mari teruskan!"

Dia tidak peduli tentang barang rampasan dari Mod Normal kerana ada barang yang lagi baik dalam Mod Sukar dan Mod Sangat Sukar!

Dia mahu mengeluarkan empat pemain Megah itu dari kumpulan, tetapi cepat-cepat mengubah keputusannya. Membuang mereka bukan cara terbaik untuk menghukum mereka. Cara terbaik untuk melepaskan kemarahannya ialah dengan membuktikan yang pasukan ini boleh melangkaui Mod Sukar dan juga Sangat Sukar. Mereka yang pentingkan diri dan tamak itu akan cuba membolot kelengkapan lain yang lebih baik, jadi lebih baik buang mereka dari kumpulan waktu itu untuk membuat mereka berasa cemburu dan menyesal!

avataravatar
Next chapter