Semua pemain meneruskan permainan. Mereka terjumpa bos kedua selepas membunuh lima gelombang makhluk suruhan.

Seekor gnome berkulit hijau yang menyamai ketinggian 3 lelaki sedang tidur di hadapan pintu besi yang besar dengan lembing tajam di tangannya. Keadaan sekeliling sangat senyap kerana tiada makhluk suruhan lain di situ.

[Babarerba yang Kuat Tidur] (Bos Besi Hitam)

Tahap : 13

HP : 39,000

"Macam mana kita nak kalahkan benda ni?" semua orang memandang Zhang Yang. Dia tanpa disedari telah menjadi teras pasukan itu. 

Zhang Yang mengingat kembali dan berkata, "Bos ini hanya ada 2 kemahiran: Pertama, <Sumpahan Air dan Api> yang akan mensasarkan sumpahan air kepada pemain jarak dekat yang tidak mempunyai aggro secara rawak dan akan mensasarkan sumpahan api kepada pemain jarak jauh secara rawak. Dua pemain yang terkena sumpahan ini akan hilang HP secara berterusan, tetapi bila kedua-duanya bergabung, sumpahan itu akan hilang."

"Kalau begitu, kita semua patut berlawan dalam jarak dekat. Jadi, kita tak perlu bergerak ke mana-mana, bukan?" Ratusan Tembakan memberikan cadangan.

Zhang Yang tertawa, "Kalau semua orang guna serangan jarak dekat, bos ini hanyak akan menggunakan sumpahan air. Dua pemain akan terus kehilangan HP dan tak akan ada cara untuk menghapuskan sumpahan!"

"Oh!" ujar semua orang serentak.

Zhang Yang mula membahagikan tugasan, "Nanti bila kita mulakan pertarungan, pemain dengan jarak jauh perlu berkumpul bersama, ingat, berdiri sekurang-kurangnya 10 meter dari bos itu, lebih kurang di garisan ini. Aku akan berdepan bos ini kemudian, penyerang dengan jarak jauh jangan lepas garisan ini atau bos itu akan anggap yang itu ialah jarak dekat. Pemain jarak dekat perlu menyerang dari arah kiri, sesiapa yang terkena sumpahan mesti lari ke bahagian tengah. Bergerak dengan cepat, kalau tak, susah untuk penyembuh bertindak. Selepas sumpahan itu terhapus, balik ke posisi asal masing-masing!"

"Baik!"

Zhang Yang terus berkata, "Kemahiran kedua bos ini, ia boleh menyeru satu boneka untuk membantunya dalam pertarungan dengan kehilangan setiap 25% HP. HP boneka itu rendah, lebih kurang 3,000 HP dalam Mod Normal, tapi kerosakannya sangat tinggi! Sebab itu kita mesti musnahkannya beramai-ramai sebaik saja ia diseru! Kamu semua tak perlu risau tentang aggro, aku akan menjadi tumpuan yang pertama!"

Semua orang serta-merta memandang Bulu Dada Berapi. Selalunya, tangker utama yang akan menarik aggro bos manakala yang lain-lain akan menarik tumpuan makhluk suruhan. Semuanya akan berjalan lancar kalau begitu. Bulu Dada Berapi nampaknya memang tidak boleh diharap. Kalau dia yang menarik tumpuan makhluk suruhan, semua makhluk itu boleh merayau entah ke mana!

Bulu Dada Berapi berang dengan renungan pasukan itu, "Apa kamu semua pandang-pandang ni?!"

"Dengar betul-betul. Bila boneka itu dipanggil, bos ini masih akan mensasarkan <Sumpahan Air dan Api>, jadi, ingat untuk lari ke tengah untuk menghapuskan sumpahan!" Zhang Yang mengingatkan semua.

"Baik!" jawab mereka semua sekali lagi.

"Baik! Mulakan pertarungan!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan membuat <Serangan > ke arah bos itu.

"-78!" Serangan normal.

"-138!" <Sambaran Mendatar>.

Babarerba pulih dengan cepat dan dengan satu jeritan kuat, ia menghayun lembingnya ke arah Zhang Yang.

"<Hadangan >!"

"-34!" <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

"-99!" <Hentakan Perisai>.

"-55!" Serangan normal.

"Serang sekarang!" Zhang Yang memberi arahan di saluran pasukannya.

Mereka bergerak ke hadapan dengan pejuang jarak dekat berkumpul bersama-sama, dan pejuang jarak jauh berkumpul di bahagian mereka.

Babarerba terus mensasarkan <Sumpahan Air dan Api>.

"Ding! Pemain Kematian Bersalji telah terkena <Sumpahan Air>, kehilangan 70 HP sesaat. Kesan ini akan kekal sehingga pemain mati!"

"Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah terkena <Sumpahan Api>, kehilangan 70 HP sesaat. Kesan ini akan kekal sehingga pemain mati!"

Tanpa menunggu peringatan daripada Zhang Yang, kedua-dua pemain ini keluar dari kedudukan mereka dan menuju ke arah satu sama lain. Mereka berjumpa dan berpisah dengan pantas dan balik ke posisi masing-masing untuk meneruskan serangan ke arah bos itu. Penyembuh juga dapat memulihkan mereka dan mengembalikan HP mereka dengan segera. 

"Bagus! Betul tu!" puji Zhang Yang untuk menaikkan semangat mereka.

15 saat kemudian, Babarerba sekali lagi mengeluarkan <Sumpahan Air dan Api> yang kali ini mengenai Seluar Pendek Berbunga dan Kesedihan Lautan.

Kesedihan Lautan dengan laju bergerak ke bahagian tengah, tetapi Seluar Pendek Berbunga tidak berganjak dan terus menyerang bos itu.

"Seluar Pendek Berbunga, cepat ke bahagian tengah!" jerit Zhang Yang kebingungan.

"Lari laju Kesatria noob, aku masih menyerang!" kata Seluar Pendek Berbunga tanpa mempedulikan apa-apa.

"Bodoh!" Kesedihan Lautan berlari ke arah Seluar Pendek Berbunga serta-merta. Sumpahan itu terhapus sebaik sahaja mereka berdekatan satu sama lain. Disebabkan Seluar Pendek Berbunga tidak mahu sama-sama berusaha, mereka telah kehilangan sedikit masa dan lebih 200 HP. Itu dua pertiga mata HP mereka!

Kesedihan Lautan kemudian balik ke posisinya dan menggunakan sendiri <Cahaya Suci> sebanyak tiga kali. Wajahnya penuh geram selepas dia berjaya meningkatkan HP semula.

HP Babarerba menurun ke 75% tidak lama selepas itu.

"Penceroboh bedebah, kamu semua akan mati!" Babarerba mengangkat lembingnya dan mula membaca jampi, "Datanglah syaitan dari jurang kegelapan dan bawalah kejahatan ke dunia ini!"

"Ding! Babarerba telah menyeru Syaitan Boneka Tasair!"

Bulatan magis berupa hexagram muncul di bawah kaki Babarerba. Dengan kerlipan cahaya malap, satu syaitan berwarna merah dengan separuh ketinggian lelaki muncul di sebelahnya dengan ekor yang panjang yang keluar dari pinggulnya. Ia mempunyai gigi yang tajam dan mata berwarna hijau gelap. 

[Tasair, Syaitan Boneka Babarerba] (Elit)

Tahap : 13

HP : 3,000

Syaitan kecil ini berada di kedudukan terendah antara semua syaitan dan turut dikenali sebagai 'anak syaitan'.

"Tasair mahu satu korban!" Syaitan itu menjerit dan menyerang Penjaga Bayi Bermaruah.

"<Serangan >!"

Zhang Yang berlari ke arah Tasair dan menyerang ia dengan pedangnya.

"-62!" Serangan normal.

"-142!" <Sambaran Mendatar>.

"Serang anak syaitan itu! Sama-sama musnahkannya!"

Tasair pulih dari pegunan itu dan menyerang Zhang Yang.

"<Hadangan >!"

"-39!" <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

"-98!" <Hentakan Perisai>.

Zhang Yang mengumpan Tasair ke arah Babarerba dan bila kedua-dua raksasa itu berdekatan, dia tunduk dan mengelak serangan mereka, dan kembali ke posisi asalnya.

HP Tasair sangat rendah dan ia serta-merta dibunuh dengan serangan gabungan mereka. Pasukan itu meneruskan serangan ke arah Babarerba semula.

Tidak lama selepas itu, HP Babarerba menurun ke 50%.

"Penceroboh! Serangan kau telah mencederakan Babarerba! Kau buat Babarerba marah!" Babarerba sekali lagi mengangkat lembingnya dan mula membaca jampi, "Datanglah syaitan dari jurang kegelapan dan bawalah kejahatan ke dunia ini!"

Bulatan magis berupa hexagram sekali lagi muncul di bawah kaki Babarerba. Kali ini, syaitan biru gemuk muncul di sebelahnya. Ia tidak mempunyai kaki, tetapi ada awan hitam jahat terapung di bawahnya. Kelihatan wajah yang hanya mempunyai mata di bahagian depan dan belakang syaitan itu. 

[Pelahap, Syaitan Boneka Babarerba] (Elit)

Tahap : 13

HP : 3,000

Syaitan yang terapung ini juga dipanggil "Si Gemuk Biru" kerana warnanya yang biru dan jasadnya yang gemuk. Syaitan ini di kedudukan satu tahap lebih tinggi dan mempunyai rupa yang berbeza berbanding syaitan sebelum ini, tetapi kedua-dua raksasa mempunyai serangan dan HP yang sama dalam serangan dungeon Mod Normal ini.

"Anbaratumargutton!" Pelahap mengeluarkan bunyi yang pelik dan terapung ke arah Kematian Bersalji.

"<Provokasi >!"

Zhang Yang terus mengambil alih dan menyerang, kemudian satu teks kerosakan "-59" muncul di atas kepala Pelahap.

"<Hadangan >!"

"-39!" <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

"-98!" <Hentakan Perisai>.

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah terkena <Sumpahan Air>, kehilangan 70 HP sesaat. Kesan akan berterusan hingga pemain mati!"

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah terkena <Sumpahan Api>, kehilangan 70 HP sesaat. Kesan akan berterusan hingga pemain mati!"

Babarerba telah mengenakan <Sumpahan Air dan Api> semasa keadaan huru hara itu.

"Cepat bergerak!" Zhang Yang mengingatkan mereka.

Bulu Dada Berapi terus bertarung dengan bos seperti dia tidak terdengar apa-apa…

Nasihat Bermaruah langsung tidak berganjak dan terus menembak Anak Panah Berfros...

"Jahanam, kau berdua kena bergerak sekarang juga. HP kau semakin menurun laju, aku susah nak tolong!" Kesedihan Lautan menjerit marah.

"Alasan! Aku sedang menyerang! Pemulihan itu kerja kau! Apa lagi sebab kami bawa kau untuk serangan dungeon ni?" jawab Nasihat Bermaruah dengan sombong.

"Baik! Baik! Buatlah cara kau. Aku tak akan pulihkan kau lagi!" Kesedihan Lautan menghentikan kerjanya.

Penjaga Bayi Bermaruah sedang menyembuhkan pemain, tetapi sukar untuk dia melakukannya satu persatu. Apatah lagi memulihkan dua orang? Dia kemudian berkata, "Nasihat Bermaruah, Bulu Dada Berapi, baik kau berdua bergerak sekarang, aku tak mampu bertahan lagi!"

Barulah kedua-duanya terpaksa menghentikan apa yang mereka lakukan tadi, melihat sekeliling, dan berlari ke arah masing-masing. 

Selepas beberapa langkah dan sedang Penjaga Bayi Bermaruah membacakan jampi penyembuhannya, HP Nasihat Bermaruah telah menurun mendadak dan terus habis dan Nasihat Bermaruah telah mati daripada <Sumpahan Api>.

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah mati!"

"Kesatria noob bodoh! Bedebah!" Nasihat Bermaruah menyumpah, "Macam mana kau boleh jadi penyembuh? Apa kau buat selain menyembuhkan?"

"Kalau aku boleh sembuhkan anjing macam kau dengan satu titisan HP, jadi akulah Kesatria noob tak guna!" Kesedihan Lautan memarahinya semula.

Tanpa <Sumpahan Api>, Bulu Dada Berapi tidak dapat menghapuskan <Sumpahan Air>. Dia yang masih hidup nyawa-nyawa ikan dari tenaganya yang banyak mula menjerit, "Diam dan mula sembuhkan aku!"

Kesedihan Lautan tidak membuat apa-apa langsung dan betul-betul ingin menjatuhkan semua yang berasal dari Megah.

Penjaga Bayi Bermaruah terus-menerus memulihkan Bulu Dada Berapi, tetapi bagaimana dia hendak memulihkannya dengan segera, terutama bila dia hanya seorang diri? Penurunan HP Bulu Dada Berapi lebih laju dari kelajuan pemulihannya. Dalam masa beberapa saat, Bulu Dada Berapi juga mati.

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah mati!"

"Kesatria noob tak guna! Satu keluarga kau tak guna!" Bulu Dada Berapi juga menyumpah.

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah dikeluarkan dari pasukan!"

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi dikeluarkan dari pasukan!"

Zhang Yang tersenyum apabila dua notifikasi itu berbunyi, "Bising sangat, ini mengganggu perlawanan!"

Seluar Pendek Berbunga mahu membantah, tetapi dia menahan diri dan cuma berkata, "Okey, masukkan mereka semula selepas habis pertarungan."

Pelahap dibunuh serta-merta dan rentak pertarungan kembali normal.

Membalas <Sumpahan Air dan Api> sebenarnya tidak sukar memandangkan mereka berada dalam Mod Normal. Dengan ketiadaan kedua-dua orang gasar dari Megah itu, kelancaran pasukan meningkat dengan begitu banyak bila setiap pemain berlari ke arah satu sama lain sebaik sahaja mereka terkena sumpahan. Rentak itu berterusan sehingga Babarerba menyeru syaitan ketiganya dan akhirnya bos itu sendiri ditewaskan dengan laju. 

"Ding! Pasukan anda telah membunuh Babarerba! Menerima 4,924 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!"

avataravatar
Next chapter