Bulu Dada Berapi maut dalam sekelip mata, sebelum pemain lain sempat masuk untuk bertempur! Selepas membunuh Bulu Dada Berapi, dua raksasa tersebut segera kembali ke posisi asal mereka, mengejutkan Zhang Yang yang sedang menunggu untuk memintas aggro.

"Celaka! Apa jadi pada semua penyembuh? Kenapa kamu semua tak pulihkan aku?" tengking Bulu Dada Berbulu dengan marah.

Kesedihan Lautan tidak mahu bertekak dengan si bodoh ini lagi, dan ketika itu, rakan dari puak yang sama Pengasuh Bayi Bermaruah membalas, "Kau mati begitu cepat, aku tak sempat bertindak!"

Sebenarnya, Bulu Dada Berapi tidak serta-merta terbunuh. Masih ada sedikit masa bagi mereka untuk menyembuhkannya. Mereka tidak pernah bertemu dengan raksasa seperti itu jadi tiada seorang pun yang dapat menghidu bahaya. Sedikit gangguan sahaja dan mereka akan tersasar.

Bulu Dada Berapi terdiam sebentar kemudian berkata, "Hidupkan aku semula!"

Pengasuh Bayi Bermaruah berkata, "Tak boleh!"

"Kesatria Suci?" tanya Bulu Dada Berapi sambil menoleh ke arah Kesedihan Lautan.

"Tidak!"

"Sial! Bagaimana kau boleh jadi seorang pengasuh bayi sedangkan kau tak ada kemahiran menghidupkan semula?!" marah Bulu Dada Berapi lagi. Dia melepaskan mayatnya dan kembali ke titik permulaan dia mati.

Kesedihan Lautan diejek lagi, riak wajahnya bertukar lebih masam.

[Kebangkitan] boleh diguna untuk menghidupkan semula pemain yang telah mati dalam pertempuran, menjimatkan masa dan usaha untuk kembali dari kawasan mula. Ia sangat berguna dan kemahiran praktikal yang boleh dipelajari oleh kedua-dua Paderi dan Pembela. Namun, kemahiran ini tidak boleh diperoleh dari pengajar kelas dan hanya boleh dicapai daripada buku kemahiran yang boleh ditemui di dalam sarang raksasa.

Kadar penurunan <Kebangkitan > sentiasa rendah. Walaupun sudah 5 tahun server permainan dilancarkan, buku kemahiran <Kebangkitan > masih mendapat permintaan tinggi dan boleh dijual dengan harga yang terlalu tinggi bersamaan beberapa ribu Syiling Emas. Ketika ini, sesiapa yang memiliki kemahiran ini kebanyakannya ialah penyembuh utama dari pasukan besar.

Sebelum permainan ini dilancarkan, para pegawai mahu membantu pemain untuk memahami setiap profesion dengan jelas dan telah melancarkan pengenalan bagi kemahiran yang boleh dicapai oleh setiap profesion di laman web mereka termasuk fungsi dan kesan kemahiran, termasuk langkah untuk mencapai kemahiran tersebut. Tetapi, pegawai telah mendiamkan diri tentang kemahiran yang boleh dicapai melalui cabaran tersembunyi, membenarkan pemain untuk menemuinya sendiri.

Seluar Pendek Berbunga berfikir sejenak dan berkata, "Apabila Pembela kembali semula, setiap tanker tarik setiap raksasa. Penyembuh kena berjaga-jaga. Dua raksasa ini kelihatan ganas!"

Perhatian Zhang Yang tidak lagi pada dungeon ini. Dia telah mengambil peluang untuk berkomunikasi dalam mesej persendirian dengan Ratusan Tembakan. Walaupun Zhang Yang sudah tahu pencapaian lelaki ini pada masa hadapan, dia tidak akan memilih rakan sepasukannya semata-mata berdasarkan kemahiran. Karakter peribadi seorang pemain perlu diutamakan!

7 hingga 8 minit kemudian, Bulu Dada Berapi telah hidup semula dan berdiri sekali lagi dalam kalangan ahli pasukan.

"Bulu, pulihkan keadaan kau!" Seluar Pendek Berbunga berkata semasa menanda dua raksasa itu dengan simbol berlainan. "Pembela, kau uruskan raksasa yang bertanda bintang. Penjaga, kau punya yang bertanda matahari. Pergi!"

Bulu Dada Berapi makan sepotong kek untuk memulihkan HP dan MP. Selepas itu, dia keluarkan tukul perang dan perisai, terus pergi ke arah raksasa.

"<Lontaran Perisai>!"

Zhang Yang, juga, menggunakan <Serangan > dan menerpa ke arah raksasa yang bertanda matahari. Dengan satu hayunan pedang, teks kerosakan "-62" muncul di atas kepala raksasa.

'Raksasa matahari' itu pulih kembali dengan pantas dan menikam Zhang Yang dengan lembing.

"<Hadang >!"

"-42!" <Hadang > memantulkan kerosakan.

"-102!" <Hentaman Perisai>!

"-140!" <Sambaran Mendatar>!

Mata aggro dikumpul segera.

Ahli kumpulan yang lain sebulat suara memilih sasaran Zhang Yang sebagai sasaran mereka. Tetakan pedang dan jampi melayang serentak.

Bulu Dada Berapi berang kerana rakannya dari pasukan yang sama, Seluar Pendek Berbunga dan Nasihat Bermaruah tidak berani menyerang raksasa yang ditariknya. Sangat memalukan!

"Ding! Gnome Algojo guna <Serangan Korban>!"

Zhang Yang bertindak pantas dan menyelinap, membiarkan serangan jarak dekat raksasa dan menyebabkan <Serangan Korban> terbiar begitu sahaja.

Kelihatan perlawanan yang lagi satu ini, Bulu Dada Berapi menderita kerosakan yang besar, menyebabkan Pengasuh Bayi Bermaruah, mengenakan kemahiran penyembuhan bertalu-talu sambil mengingatkan Bulu Dada Berapi untuk menggunakan minuman kesihatan. Kesedihan Lautan sudah lama berputus-asa dengannya.

Lebih kurang 40 saat kemudian, 'raksasa matahari' meraung, tersungkur di dalam limpahan darahnya sendiri. Pasukan itu berpaling dan menyerang 'raksasa bintang' yang ditarik Bulu Dada Berapi.

Selepas 10 saat, raksasa itu merintih dan tidak mempedulikan Bulu Dada Berapi, menerpa laju ke arah Ratusan Tembakan!

"Dia telah menarik aggro lebih daripada seminit dan masih mampu mendapat OT. Hairan betul!" Maharaja Api terlalu terkejut.

<Serangan >!

Zhang Yang pantas mengejar 'raksasa bintang'. Dia tidak bersaing untuk aggro dengan Bulu Dada Berapi, jadi dia masih mempunyai Rage yang penuh kerana dia langsung tidak menggunakan kemahiran Rage. Zhang Yang mengguna <Sambaran Mendatar> diikuti serangan normal dan bersambung dengan 3 <Serangan Rempuhan>, menyebabkan kerosakan dan aggro dalam jumlah yang banyak.

Setelah 'raksasa bintang' pulih, Zhang Yang menggunakan <Provoke > dan memaksa raksasa itu untuk menyerangnya selama 2 saat.

"<Hadang >!"

"-42!"

"<Hentaman Perisai>!"

"-102!"

Persembahan Ratusan Tembakan perlu diberikan pujian. Dia berhenti menyerang dan telah menunggu Zhang Yang untuk menahan aggro raksasa. Selepas 2 saat berakhir, 'raksasa bintang' itu masih menyerang Zhang Yang, memastikan aggro lengkap dikunci pada Zhang Yang. 

Bulu Dada Berapi mendiamkan diri. Dalam keadaan sebegini, malu macam mana pun dia, lebih baik dia berdiam diri. Jika dia membantah, dia hanya akan menjadi bahan ketawa - yang belum pernah terjadi pada dirinya. 

Dalam masa yang sama, raksasa bintang itu pun mati.

Pasukan ini semakin maju dan selepas membersihkan 5 gelombang raksasa, akhirnya mereka bertemu bos pertama. Kelihatan seekor anjing pemburu berwarna hitam yang amat besar seperti bas awam, bulunya hitam berkilat. Bos itu sedang tidur di atas lantai, berdengkur dengan kuat dan air liur basinya meleleh di merata tempat.

[Cakar Hitam, Haiwan Penjaga Pintu Masuk Makam] (Bos Logam - Hitam)

Tahap : 12

HP : 36000

Ada satu bos sahaja yang memenuhi ruang gua yang besar dan tiada minion kelihatan.

"Apa rancangan kita?" Kematian Bersalji bertanya dalam saluran pasukan sambil merenung ke arah haiwan raksasa yang menakutkan itu.

"Mudah! Tanker tarik, penahan serangan menyerang dan penyembuh menyembuhkan! Sangat mudah!" kata Nasihat Bermaruah dengan sewenang-wenangnya.

Zhang Yang menggelengkan kepala dan berkata, "Bos ini memiliki dua kemahiran di mana yang pertama adalah <Renungan Maut>. Kemahiran ini menyebabkan pemain yang mempunyai aggro tertinggi menerima kerosakan tambahan. Sasaran akan menerima 100% kerosakan tambahan apabila diserang dan kemahiran ini boleh dikumpulkan tanpa batasan. Dalam kes ini, secara teorinya, bos ini memerlukan 2 tanker. Apabila satu tanker telah mengumpulkan banyak <Renungan Maut>, satu lagi tanker ambil alih. Setelah debuff berakhir, tanker pertama akan ganti tanker kedua semula! Sudah tentu, jika AoE suduh cukup kuat, kita masih boleh lakukan dengan satu tanker sahaja, membunuh bos dalam masa yang singkat". 

Para pemain memerhatikan antara satu sama lain, tiada seorang pun yang mempercayai Bulu Dada Berapi untuk memegang aggro. Mempercayai kemampuannya seperti mempercayai setiap pelacur masih dara! Ada satu cara sahaja iaitu bersungguh-sungguh mengawal kerosakan dan membunuhnya sekaligus.

"Kemahiran kedua adalah <Ludah Beracun>. Ia boleh disasarkan pada mana-mana pemain dan menyebabkan 200 kerosakan asas dalam Mod Normal. Kadar untuk terkena serangan amat tinggi jadi tekanan untuk penyembuhan juga sangat tinggi." Zhang Yang menyambung.

Nasihat Bermaruah memandang curiga dan bertanya, "Bagaimana kau tahu? Kau tidak cipta semua ini hanya untuk menunjuk-nunjuk bukan?"

Zhang Yang telah membersihkan dungeon ini berkali-kali dalam kehidupan lepas, sebab itu dia tahu! Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Ada banyak maklumat tentang dungeon dalam forum rasmi, aku ternampak semasa lalu di situ."

Semua orang percaya tanpa ragu-ragu.

"Bulu, siapa yang akan jadi tanker utama antara kamu berdua?" Seluar Pendek Berbunga masih mempercayai Bulu Dada Berapi.

"Sudah tentu aku! Dia tidak akan terselamat daripada pukulan bos dengan HP sebegitu!" Bulu Dada Berapi masih tidak menyedari perbezaan keupayaan antara dia dan Zhang Yang. Dia hanya mampu bercakap besar seperti tin kosong.

Kesedihan Lautan tersedak.

Bulu Dada Berapi tidak berapa senang dengannya dari tadi, dan menjerit, "Kenapa kau ketawa? Salah ke apa aku cakap?"

Kesedihan Lautan masih mendiamkan diri dan menghantar 'Statistik Penerimaan Penyembuhan' di dalam saluran.

[Statistik Penerimaan Penyembuhan]

1. Bulu Dada Berapi, 57632, 92%

2. Kematian Salju, 1579, 3%

3. Seluar Pendek Berbunga, 1553, 3%

4. Zhan Yu, 1422, 2 %

"Biar betul?" Semua orang terkejut setelah melihat senarai itu.

Apa maksudnya?

Zhang Yang bukan sahaja telah mengunci aggro raksasa, kuasa elak serangan juga berada di tahap lain!

Dia mempunyai HP yang rendah berbanding Bulu Dada Berapi tetapi berdasarkan kemahirannya, serangan raksasa tidak mampu meragut dirinya! Kalau begitu, apa bezanya jika dia ada HP yang tinggi atau rendah pada mulanya?

Bulu Dada Berapi yang menyedihkan itu masih tidak dapat memahami keseluruhan cerita dan masih berlagak ketawa selepas melihat statistik itu, "Sekarang kalian tahu kesakitan aku! Aku tarik begitu banyak raksasa, tentulah mereka akan serang aku!"

Kesedihan Lautan memberikan senyuman sinis. "Sakit kepala otak kau! Merawat kau lagi sakit!"

Bulu Dada Berapi berasa sangat marah. Ketika dia mahu membalas kata-kata Kesedihan Lautan, ahli pasukan yang lain menyalahkannya bertalu-talu, mengutuk kelemahan dia mengunci aggro, sudah tentu OT yang patut mengawal kerosakan raksasanya. Dalam keadaan serba-salah, dia mahu mencari 3 rakan Megah dari puak yang sama untuk mendapatkan sokongan tetapi mereka mengalihkan kepala mereka ke arah lain, berpura-pura tidak terlibat dalam perbualan tersebut.

"Baiklah, baik. Kau berdua pergi bersama. Siapa yang menahan aggro akan menjadi tanker!" Akhirnya, Seluar Pendek Berbunga membuat keputusan, percubaan untuk membantu Bulu Dada Berapi tetapi semua orang tahu ia hanya satu kepura-puraan. Tak perlu bandingkan aggro Bulu Dada Berapi dengan Zhang Yang. Mungkin, seorang pemulih pun boleh membina aggro yang tinggi daripadanya!

"Pergi!"

Zhang Yang mencabut Pedang Besi Halus miliknya dan menerpa ke arah Cakar Hitam. Tidak mahu ketinggalan, Bulu Dada Berapi turut menuju pantas ke arah bos.

"<Serangan >!"

"<Lontaran Perisai>!"

Zhang Yang menyerbu bos seperti kereta api, tiba di hadapan Cakar Hitam dengan pantas. Dia menghayunkan pedang dan menetak bos tersebut.

"-52!"

Kerosakan dikurangkan kepada 20 mata kerana pertahanan bos yang tinggi.

Pada masa itu, Bulu Dada Berapi turut tiba di situ dan menghentam tukul perangnya dengan ganas.

"-1!"

Tragedi. Dia tidak dapat memecahkan pertahanan bos tersebut dan menyebabkan 1 mata kerosakan sahaja.

Pada masa yang sama, Bulu Dada Berapi mengaktifkan <Devotion >. Satu cahaya emas yang bersinar-sinar muncul di celahan kakinya dan satu lagi "-1" teks kerosakan muncul di atas kepala bos.

2 saat kemudian, bos telah pulih dari pegun dan mencakar Zhang Yang.

"<Hadang >!"

"-36!"

"<Hentaman Perisai>!"

"-96!"

"<Sambaran Mendatar>!"

"-136!"

"Mulakan serangan!" Zhang Yang membuat pengumuman dalam saluran pasukan.

avataravatar
Next chapter