"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah menyertai pasukan!"

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah menyertai pasukan!

Selepas tamat pertarungan, Seluar Pendek Berbunga telah menggesa Zhang Yang untuk memasukkan semula kedua-dua pemain itu ke dalam pasukan atau mereka akan kehilangan peluang untuk mendapatkan alat kelengkapan sejurus selepas sesiapa menyentuh bangkai bos itu. 

Zhang Yang tersenyum kecil dan memasukkan semula kedua-dua mereka ke dalam pasukan. Sebelum mereka berkata apa-apa, Zhang Yang berkata tegas, "Ahli-ahli Megah, jangan sesiapa bercakap mulai sekarang! Aku akan singkirkan sesiapa yang asyik bertengkar. Kalau kamu berempat tak boleh berhenti bertengkar, aku akan singkirkan kamu semua! Kita tak perlukan pemain yang banyak dalam Mod Normal!"

Walaupun empat ahli Megah itu nampak geram, tiada seorang berkata apa-apa kerana mereka terkejut dengan nada tegas Zhang Yang. Kalau Zhang Yang berkata begini semasa mereka mula menyerang dungeon, mereka pasti akan manganggap dia bergurau. Namun, selepas melalui dua pertarungan dengan bos, mereka tahu yang Zhang Yang pemain profesional dan lebih handal daripada mereka!

Ahli pasukan lain tersenyum dan kemarahan mereka reda. Mereka bertambah kagum dengan Zhang Yang.

"Sentuh bangkai itu!" kata Zhang Yang bersahaja.

Walaupun Seluar Pendek Berbunga diam dari tadi, reaksinya sangat cepat dan dia segera meluru ke arah bos itu. Dengan satu sentuhan, 3 alat kelengkapan dan tetingkap Balingan Dadu muncul di hadapan semua.

Dalam Mod Balingan Dadu, setiap pemain boleh mencuba membaling dadu jika mereka ingin mendapatkan item yang lebih tinggi daripada Berlapis Putih. Sistem akan kemudian mengaktifkan satu nombor antara 1 – 100; pemain yang membaling nombor tertinggi akan memperolehi item yang mereka cuba dapatkan. Namun, jika mereka tidak mahu item itu, mereka boleh melepaskannya. 

[Topi Berdarah] (Besi Hitam, Baju Perisai)

Perisai: +1

Tenaga: +3

Kepintaran: +1

Tahap Keperluan: 5

Zhang Yang memilih untuk melepaskannya dan yang lain-lain segera membuat keputusan. 5 orang pemain membaling dadu untuk alat kelengkapan itu.

Nasihat Bermaruah, 36 mata.

Maharaja Api, 87 mata.

Penjaga Bayi Bermaruah, 76 mata.

Seluar Pendek Berbunga, 27 mata.

Bulu Dada Berapi, 92 mata.

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah memperolehi Topi Berdarah!"

Pasukan itu mula berang semula.

"Kenapa kau membaling dadu untuk baju perisai sedangkan kau bukan dari kelas berbaju, bodoh! Dari mana datangnya Persatuan Megah yang kasar ini? Semuanya orang gasar!"

Semua yang dari Megah hanya mendiamkan diri dan tidak membalas, sama ada dari amaran Zhang Yang tadi atau dari kesombongan mereka. Namun, apa yang jelas, mereka seperti ingin kekal dengan sikap gasar mereka hingga ke akhirnya. Mereka tidak peduli jika mereka sesuai dengan alat kelengkapan itu atau tidak, mereka tetap mahu membaling dadu untuk mendapatkannya. 

Zhang Yang menghantar mesej peribadi kepada ahli-ahli pasukan lain yang mengatakan, "Alat kelengkapan Besi Hitam Tahap 5 tidak jauh beza dengan Kayu Putih yang unik. Biarkan mereka membaling "Perlu1"! Kita akan selesaikan Mod Sukar dan Sangat Sukar selepas ini dan tunjukkan pada mereka barang rampasan sebenar. Buat mereka cemburu, itu balasan yang terbaik!"

Pemain lain gembira semula. Ini bermaksud Zhang Yang ingin mengetuai mereka untuk membuat serangan dalam Mod Sukar dan Sangat Sukar! Selepas bertarung dengan dua bos, mereka tidak sangsi lagi dengan kebolehan Zhang Yang. Mod Sangat Sukar mungkin akan menguji mereka, tetapi ada kemungkinan besar mereka boleh selesaikannya!

Mereka mula tenang selepas menerima janji itu. Kalau ikutkan, alat kelengkapan Besi Hitam Tahap 5 tidak ada bezanya kepada pemain Tahap 10. Ia akan dibuang selepas diguna untuk beberapa tahap. Pemain dari Megah telah memalukan diri mereka sendiri untuk kelebihan sementara dan juga telah kehilangan peluang untuk meneruskan serangan dalam Mod Sukar dan Sangat Sukar bersama Zhang Yang. Ia sangat jelas sama ada mereka mendapat kelebihan atau merasai kehilangan.

[Plat Dada Kulit Keras] (Besi Hitam, Perisai Kulit)

Perisai: +2

Tenaga: +2

Ketangkasan: +2

Tahap Keperluan: 5

Ahli Pasukan lain melawan dengan kuat cara pemain Megah yang tidak tahu malu itu. Semua pemain selain Zhang Yang menyertai balingan dadu dan Kesedihan Lautan akhirnya memperolehi alat kelengkapan itu. Dia kemudian menyerahkan kelengkapan itu kepada pemain kelas perisai kulit Sami Ingkar yang mendapat nombor kedua tertinggi. Sami Ingkar sangat berterima kasih padanya.

[Sarung Tangan Kulit Keras] (Besi Hitam, Perisai Kulit)

Perisai: +2

Tenaga: +1

Ketangkasan: +1

Tahap Keperluan: 10

Sayangnya, alat kelengkapan ini jatuh ke tangan salah seorang ahli Megah. Mereka berempat nampak puas hati seperti mereka telah memenangi hadiah utama bernilai 500 milion dolar. Mereka yang lain mengawal emosi mereka dan menganggap mereka berempat sebagai satu jenaka. Mereka hanya tersenyum sinis dan tidak berkata apa-apa. 

Empat ahli Megah itu berfikir mereka telah menghalang momentum ahli pasukan yang lain dan berasa sangat puas hati. 

"Mari teruskan perjalanan!" kata Zhang Yang dengan tenang selepas pengagihan alat kelengkapan itu.

Ada 3 bos semua sekali dalam Makam Bangar dan 7 lagi gelombang makhluk suruhan dalam perjalanan mereka ke bos yang terakhir. Pasukan itu telah mengambil masa 20 minit untuk menewaskan makhluk-makhluk suruhan itu dan akhirnya berjumpa dengan bos akhir selepas melalui terowong panjang. 

[Ketua Gnome Dadarerda] (Bos Besi Hitam)

Tahap : 14

HP : 42,000

Dadarerda adalah gnome setinggi 5 meter yang duduk di atas takhta yang ringkas. Ada 2 pengawal di sisinya. 

[Pengawal Diraja] (Elit)

Tahap : 13

HP : 6,500

Zhang Yang menyusun dan menerangkan strateginya, "Pertarungan dengan bos ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama, hapuskan kedua-dua pengawal itu. Aku akan menarik aggro mereka bila kita mula. Serang yang 'bertanda bintang' itu dulu dan kemudian yang 'bertanda matahari' itu. Selepas itu, kita serang bos itu pula."

"Bos itu ada dua kemahiran. Kemahiran pertamanya, ia akan secara rawak meletakkan pit berapi di tanah. Aku rasa akan ada 10 hingga 15 pit. Kamu semua kena peka dan elak pit-pit itu kerana kamu semua akan mengalami 100 mata kerosakan kalau terkena pit itu."

"Kemahiran keduanya, bos itu akan berpusing dan akan meludahkan api berbentuk kon dan kau akan kehilangan 300 HP kalau terkena! Tetapi, ada 2 saat masa tertunda antara ludahan itu yang tidak boleh diganggu tetapi boleh menandakan serangan itu. Bos itu tidak boleh berpusing laju, jadi selagi kau boleh mengikuti pusingannya, kau boleh mengelak api itu. Apa yang kau perlu peka ialah kau kena fokus kepada pit api sambil mengelak ludah berapi itu. Peka kepada kedua-dua serangan itu!"

Zhang Yang berhenti sekejap dan bertanya, "Semua orang faham? Kalau ada yang tak faham, tanya sekarang. Aku boleh ulang strategi itu."

Semua orang senyap.

"Baik, kita mulakan sekarang!" Zhang Yang menghayun pedangnya dan berlari ke depan. Zhang Yang menggunakan <Serangan > serta memegunkan Dadarerda dan mencederakan pada masa yang sama apabila dia berada dalam kawasan serangan. Teks kerosakan "-52" muncul di atas kepala bos itu.

Apabila pertarungan itu bermula, pintu laluan itu telah tertutup secara automatik dan tidak akan dibuka selagi pertarungan belum tamat. 

Kedua-dua pengawal diraja menjerit dengan bunyi yang pelik dan menyerang ke arah Zhang Yang.

"<Hadangan >!"

"-32!" <Hadangan > menunjukkan kerosakan.

"-92!" Zhang Yang menggunakan <Hentakan Perisai> kepada raksasa 'bertanda bintang'.

"-136!"

"-142!"

"-129!"

Zhang Yang serta-merta menyambung <Sambaran Mendatar> dengan serangannya sebelum ini dan menyebabkan nombor kerosakan berwarna kuning muncul di atas kepala ketiga-tiga raksasa itu.

Tanpa menunggu arahan seterusnya daripada Zhang Yang, pasukan itu mula menyerang dengan serentak raksasa 'bertanda bintang'.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

10 pusingan berapi dengan diameter sebesar 1 meter setiap satu muncul dengan rawak di medan pertempuran itu. Ada yang muncul betul-betul di bawah kaki pemain manakala ada yang muncul secara rawak di medan pertempuran itu. 

"Berhati-hati melangkah!" Zhang Yang mengingatkan semua.

Mengelakkan 10 pit itu agak mudah. Semua orang terus menyerang raksasa 'bertanda bintang' dan membunuhnya dalam masa yang singkat.

"Ding! Pasukan anda telah membunuh satu Pengawal Diraja! Menerima 700 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!"

"Sasaran seterusnya! Teruskan!" arah Zhang Yang.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

10 pit api yang lain muncul di medan itu dan semua orang mula sibuk mengelak pit-pit itu.

Tiba-tiba, Dadarerda menghentikan serangan dan mengangkat tangannya. Palang kemajuan muncul di atas kepalanya dan ia mula membaca jampi dalam satu bahasa yang pelik.

"Bersedia! Bos itu akan meludahkan api! Jaga-jaga!" Zhang Yang pusing dan menjauhi bahagian depan bos itu sambil menarik raksasa 'bertanda matahari' bersama-samanya.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Semburan Api!>"

Dadarerda membuka mulutnya dan meludahkan api yang sepanjang lebih daripada 30 meter. Ia kemudian perlahan-lahan berpusing untuk memulakan serangan berpusingnya. 

"Tengok tempat kau melangkah!" Zhang Yang menarik aggro raksasa 'bertanda matahari' sambil bergerak bersama bos itu dan bersembunyi di sebelahnya untuk mengelak serangan.

Walaupun Zhang Yang telah mengingatkan semua, beberapa pemain terlupa tentang <Pit Lahar> di bawah kaki mereka semasa mereka sibuk mengelak <Semburan Api> dan menyebabkan satu persatu teks kerosakan muncul di atas kepala mereka. 

"Ding! Pemain Seluar Pendek Berbunga telah mati!"

"Ding! Pemain Nasihat Bermaruah telah mati!"

"Ding! Pemain Penjaga Bayi Bermaruah telah mati!"

"Ding! Pemain Maharaja Api telah mati!"

Bagus, 4 ahli telah mati serta-merta! Tetapi, kalau bukan sebab 700 HP Bulu Dada Berapi yang membantu mengatasi kerosakan dari <Pit Lahar> itu, dia tentu sudah mati. 

"Teruskan serangan!" Zhang Yang tidak mahu mengkritik sesiapa. Lagipun, memandangkan ini pertarungan pertama semua orang dengan bos ini, perkara ini memang tak dapat dielakkan. Selain itu, bos itu akan menggunakan <Pit Lahar> setiap 10 saat. Memandangkan pit api itu berterusan selama 60 saat, maksudnya akan ada 60 pit api yang akan berada di medan pertempuran dan membuatkan keadaan lebih huru hara.

Dan ini baru Mod Normal. Pit api dalam Mod Sukar berterusan selama 90 saat dengan 30 pit tambahan manakala pit api dalam Mod Sangat Sukar berterusan selama 120 saat dan hampir memenuhi medan pertempuran.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

30 saat kemudian, ada 30 pit di medan itu. Nasib baik kadar pengaktifan <Semburan Api> kurang kerap.

"Ding! Pasukan anda telah membunuh Pengawal Diraja! Menerima 700 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!"

Raksasa 'bertanda matahari' bertahan agak lama, tetapi akhirnya tewas dengan serangan beramai-ramai pasukan itu. 

"Cepat serang bos itu!" Zhang Yang menjerit perlahan.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Pit Lahar>. Berterusan selama 60 saat!"

Dadarerda hampir serta-merta berhenti menyerang dan palang kemajuan sekali lagi muncul di atas kepalanya.

"Ding! Dadarerda menggunakan <Semburan Api>!"

Dengan 40 pit api di medan, keadaan menjadi huru hara.

"Ding! Pemain Kematian Bersalji telah mati!"

"Ding! Pemain Sami Ingkar telah mati!"

"Ding! Pemain Bulu Dada Berapi telah mati!"

"Ding! Pemain Ratusan Tembakan telah mati!"

"Ding! Pemain Kesedihan Lautan telah mati!"

Dalam api yang menyambar itu, Zhang Yang menjadi satu-satunya orang yang terselamat dalam pasukannya!

avataravatar
Next chapter