webnovel

Keraian (Bahagian I)

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Bagi Pekan Sempadan, tahun ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Dahulu, selepas Bulan Kunjungan Iblis berakhir, pelarian di Kubu Longsong terpaksa menunggu sebulan lagi di kawasan setinggan untuk menunggu salji cair sepenuhnya sebelum mereka pulang. Keadaaan kucar-kacir menanti mereka di Pekan Sempadan. Rumah-rumah yang ditinggalkan selama berbulan-bulan selalunya sudah reput teruk. Bangsal rapuh akan runtuh kerana ditimpa salji tebal. Ada makhluk iblis masih berkeliaran di ceruk-ceruk rumah mereka. Rak dan meja kayu habis dikunyah-kunyah, kain-kain dan alas kaki bergumpalan bertimbun di satu sudut. Rupa-rupanya makhluk iblis menjadikan rumah penduduk sebagai jerumun. Mereka menghabiskan masa seminggu untuk membaiki rumah dan mencari perabot baru. Namun bau reput masih tidak akan hilang dari udara. Penduduk Pekan Sempadan sudah biasa dengan perkara itu.

Locked Chapter

Support your favorite authors and translators in webnovel.com

Next chapter