webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasy
Not enough ratings
16 Chs

Bab 13 : Mimpi.

Bruno keluar dari kamar utama Ratu Ular untuk meninjau bahagian dapur yang memasak santapan Ratu Ular.Sharon tidur dengan nyenyak.Tiba-tiba Sharon didatangi mimpi yang aneh.

•••

Wajah wanita itu amat mirip dengannya.Dia sedang mencuba gaun di hadapan cermin yang besar di sebuah bilik persalinan yang mewah.

"Macam mana dengan gaun itu?"tanya seorang lagi wanita yang berada di situ sambil tersenyum anggun ke arah wanita itu.

"Erm,awak rasa macam mana,Carina?Padan ke tak dengan saya?"tanya wanita itu kepada wanita yang bernama Carina sebentar tadi.

Selapas itu,mereka berdua didatangi oleh tiga orang wanita lagi.Wajah tiga orang gadis itu sungguh seiras dengan Arlin,Zuna dan Claire.Seterusnya mereka disusuli dua orang wanita lagi.

"Amboi,Sharonel!Cantiknya gaun kamu!"ujar wanita yang seiras Zuna itu sambil tersenyum manis.

'Sharonel?'

"Iya ke,Arzuna?"tanya wanita yang mirip aku, Sharonel itu lalu memusingkan badannya di hadapan cermin besar itu.

'Ar,Arzuna?'

"Iya lah!Tak percaya tanyalah Nataleaf,Calissa,Scarlin dan Claireana."ujar wanita itu,Arzuna disusuli anggukan kepala empat orang wanita lagi sambil tersenyum anggun dan manis.

'Na,Nataleaf?Scarlin?Calissa?Da,dan Claireana?Siapa mereka?'

"Tap,tap,tap..."bunyi detak tapak kasut seseorang.

Beberapa minit kemudia,seorang lelaki mirip Hans masuk sambil tersenyum.

"Nataleaf?"lelaki itu memanggil wanita yang bernama Nataleaf.Nataleaf menoleh dengan lekas sekali apabila lelaki itu memanggilnya.Semua yang ada di situ turut sama menoleh ke arah lelaki itu.

Tiba-tiba suasana menjadi berpinar.Wajah-wajah yang ada di situ mula menghilang dari pandangan.Kawasan itu menjadi putih bersinar.Akhirnya hilang.

•••

Sharon membuka matanya yang dihiasi alis melentik.Dia berada di tempat yang tidak asing baginya.

"Istana Ular...?"Sharon berbisik pada dirinya sendiri.

"Ergh..."Sharon memegang kepalanya yang berpusing-pusing.

Di kepalanya bermain adegan-adegan di dalam mimpinya tadi.Setiap wajah yang ada di dalam mimpi itu bermain-main di minda.

"Siapa mereka?Kenapa wajah ada antara mereka mirip dengan kami?Ergh..."Sharon tertanya-tanya dan sakit kepalanya menyerang sebentar.Dia memegang kepalanya.Matanya dipejam rapat kerana sakit teramat.

Tiba-tiba Bruno masuk ke dalam kamar itu.Bruno melihat Sharon yang memegang kepalanya yang sakit lalu mendekati Sharon dengan cemas.

"Kenapa,Sharon?Awak sakit ke?Dekat mana?Tunjuk kepada saya!"ujar Bruno yang begitu cemas melihat Sharon memegang kepalanya.

"Tiada apa-apa."balas Sharon lalu memandang Bruno yang cemas.Selepas itu,Sharon mendiamkan diri.

***

Tanpa disedari Arlin,Claire dan Zuna turut mengalami mimpi aneh yang sama.Mereka menyedari bahawa wajah mereka ada yang seiras dengan wanita yang ada di dalam mimpi mereka.Mereka sedar dengan cara yang sama.Mereka tertanya-tanya sendiri.