webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasy
Not enough ratings
16 Chs

Bab 12 : Kisah Silam.

"Hahahahahah!Turunkan saya!Hahahahah!"seorang wanita ketawa didukung oleh Max.Wajah wanita itu sungguh berseri dan ceria.

"Tak nak!Saya tetap nak dukung awak!Werk!"ujar Max sambil ketawa dan diakhiri dengan jeliran lidah penuh manja.

"Tak nak turunkan saya,ya?"tanya wanita itu sambil memegang bahu Max.Max menggelengkan kepala dengan wajah manja.

"Nah,ambik ni!Hahahahahah!"wanita itu memberi cubitan manja pada pipi Max.

"Hey!?"Max memeluk erat wanita itu.

"Awak ni Ratu Ketam ke?"tanya Max dengan nada menggoda.

Wajah Max didekatkan ke wajah wanita itu.Mereka seperti ingin berciuman.Wanita itu lekas memalingkan wajahnya seperti menjual mahal.

"Gatal!"kata wanita itu sambil tersenyum ayu.

"Tuanku,sila arahkan hamba?"lamunan Max terhenti dengan suara Phina,ketua dayang Istana Laut Biru.

"Ya?"Max termangu-mangu sebentar.

"Yeah,sediakan santapan Ratu Lautan."arah Max.

Max memandang Claire yang sedang terbaring.Dia mengusap lembut rambut Claire.