webnovel

Justice World : Legends Come Back

Berkisarkan lagenda tetapi tiada dalam Sejarah Dunia Mitos.Lagenda yang merupakan Ratu dan Raja Magis.Menguasai dan melindungi dunia dalam diam dan secara rahsia.Mitos tentang mereka tidak dicatat di dalam Sejarah Dunia Mitos.Kewujudan mereka tidak diketahui manusia.Peperangan dahsyat dan kematian mereka dirahsiakan dari manusia.Tiada penghormatan terakhir dilakukan.Ada antara mereka dilahirkan semula dan ada antara mereka menunggu kelahiran semula rakan seperjuangan sementara melakar strategi perang.Penantian ratusan tahun akhirnya membuah hasil.Mereka yang telah lahir kembali menaiki singgahsana yang telah lama kosong.Peperangan dahsyat kali keduanya berlaku.Gabungan mereka tiada tandingan. Untuk mengetahui kisah selanjutnya,bacalah Justice World : Legends Come Back

Sam_Azwa · Fantasy
Not enough ratings
16 Chs

Bab 14 : Siapakah Mereka ?

Arlin,Zuna,Claire dan Sharon kembali pulang ke rumah Max.Mereka semua duduk di ruang tamu rumah Max.Para gadis itu duduk dengan senyap.Mereka tidak bersuara.Berfikir untuk membuka kata mengenai mimpi aneh yang berlaku semalam.

Hans mula menyedari bahawa gadis-gadis itu tidak berkata-kata sejak dari tadi.Namun Hans mengendahkannya.

Tiba-tiba para gadis itu mengangkat kepala mereka memandang lelaki-lelaki yang ada di hadapan mereka.

"Max,saya mahu bertanya sesuatu!!!"gadis-gadis itu bertanya serentak.Suasana menjadi hingar-bingar sebentar.

Mata mereka tertumpu ke arah Max sambil mata diluaskan sedikit. Gadis-gadis itu memandang sesama mereka.

"Erk,apa?"tanya Max kembali.

"Siapakah Claireana,Scarlin,Arzuna dan Sharonel?!"tanya para gadis itu dengan serentak.Selepas itu,mereka memandang sesama sendiri lagi kerana tidak menyangka bahawa rakan-rakan mereka yang lain juga mengalami mimpi yang sama pada hari yang sama.

"Korang pun sama juga?"tanya Claire memandang tiga lagi gadis yang ada di sebelahnya.Mereka sungguh terkejut saat itu.

Max pula mendiamkan diri dan menunduk memandang lantai jubin.

Gadis-gadis itu kemudian memandang ke arah Max yang menunduk itu.Max pun brrsuara.Kepalanya masih menunduk memandang lantai.

"Mereka ialah Ratu hayat lalu,..." ujar Max sambil tunduk memandang lantai jubin yang bercorak ukiran bunga dahlia emas muda.

"Ratu hayat lalu? Siapa Carina,Nataleaf dan Calissa yang disebut-sebut dalam mimpi itu?"tanya Zuna.

"Nataleaf?Adik aku?"Hans terkejut apabila nama adik perempuannya disebut Zuna.Keningnya kanannya diangkat hairan.

"Mereka juga Ratu-ratu Justice World yang berjuang dengan korang semasa perang dahsyat dulu,..."ujar Max memandang semua rakannya.

Mereka mendengar Max berbicara dengan teliti.

"Antaranya adalah Carina.Dia merupakan Ratu Bintang.Dia mengawal pergerakan bintang-bintang dan buruj."ujar Max mengenai Carina si Ratu Bintang.Mereka mendengar dengan penuh kusyuk.

"Seterusnya adalah Nataleaf,iaitu adik Hans."Hans tersentak apabila namanya dan nama adiknya disebut oleh Max.

"Nataleaf pun ada?"tanya Hans meminta kepastian daripada Max.Max mengangguk menjawab pertanyaan rakannya itu.

"Nataleaf mempunyai kuasa mengarah tumbuhan seperti Hans dan dikenali sebagai Ratu Tumbuhan dikalangan Ratu-ratu dan Raja-raja Justice World."terang Max lagi.

Hans termangu sebentar.Hans mengetahui bahawa adiknya juga mempunyai kuasa sepertinya tetapi tidak mengetahui bahawa adiknya turut ada dalam mimpi gadis-gadis itu.

"Calissa pula adalah Ratu Muzik.Dia mempunyai suara yang merdu sehingga yang mendengar nyanyiannya akan leka.Dia mahir bermain seruling.Sebuah seruling emas tersisip di pinggangnya."sambung Max lagi.

"Ada seorang lagi,namanya Selna.Dia merupakan Ratu Sutera dan mahir memanah.Gaun rasmi korang dibuat oleh sutera yang berkualiti dari Selna."terang Max lagi sambil memandang semua rakan-rakannya yang kusyuk mendengar penerangannya sebentar tadi.

"Dimanakah mereka,Max?"tanya Tony yang tadi senyap kini bersuara.Yang lain turut mengangguk untuk mengetahui perkara yang sama juga.

Max diam seribu perkataan.Matanya membara dengan api dendam beratus tahun dahulu.Badan Max berubah dengan drastik.Taringnya mula memanjang.Dia berubah menjadi harimau yang besar.

"Ghaummm!!!"Max mengaum dengan kuat.Semua yang ada disitu menutup rapat telinga mereka.Cermin yang ada di dalam rumah itu pecah berkecai.

"Grrr!!!"Max memandang bengis ke arah sekumpulan remaja yang ada di hadapannya.

Max berjalan dengan penuh gagah mengelilingi mereka semua.

Kemudian,Max berubah menjadi manusia biasa.Dia tidak sedarkan diri.Matanya kini berwarna merah bercahaya.Max memandang ke arah Zuna.Dia cuba menyerang Zuna.Max bertukar menjadi harimau.Tony yang melihat Max cuba menyerang Zuna menghalang serangan itu dengan membuat benteng penghalang.

Max memandang Tony penuh kebengisan di wajahnya.

"Grrrr!!!"Max berlari ke arah Tony.Hans yang melihat Max itu lekas memberi bantuan.

Hans menggunakan Daun Pelali lalu di terbangkan ke arah Max yang menggila itu.Max menghidu daun itu lalu beransur-ansur berubah seperti sediakala.Dia pengsan.