webnovel

SAKSI

Keesokan harinya,Rykal mula mencari petunjuk berkenaan pembunuh itu.Namun setelah sekian lama mencari akhirnya Rykal masih tidak dapat menemukan sebarang petunjuk yang boleh membantunya untuk mencari pembunuh itu.Rykal mula putus asa dan mahu menyerah tetapi dia bangkit kembali kerana dia teringatkan kawannya itu.Rykal mendatangi Hospital itu lagi bagi mencari bukti yang dapat membantunya mengesan pembunuh itu.

Rykal mula bertanya kepada nurse dan doktor disana sama ada dia melihat orang yang mencurigakan namun semua nurse dan doktor disana mengatakan mereka tidak tahu.

Tiba-tiba Rykal ditegur oleh seorang remaja berumur 14 tahun yang bernama Alif. Alif membisikkan sesuatu kepada Rykal. Selepas itu, Rykal mengajaknya untuk berbual di sebuah cafe yang berhampiran dengan hospital itu.

Setibanya mereka disana, Rykal terus bertanya kepada Alif "betul ke kau nampak orang masuk dalam wad kawan aku tu?". Soal Rykal kepada Alif. Alif hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan berkata "aku sebenarnya nak bagitahu kau tapi aku tak dapat nak jumpa". Kata Alif. Tiba-tiba Rykal dihubungi oleh seseorang yang tidak ia kenali.Rykal lantas bangun lalu pergi ke tandas dan meminta Alif untuk menunggu kerana dia mahu menjawab panggilan itu.

Ketika Rykal menjawab panggilan itu dia tidak mendengar sebarang suara lalu Rykal cuba meninggikan suaranya dan tiba-tiba dia terdengar suara seperti orang meminta tolong lalu panggilan dimatikan oleh orang misteri itu. Seketika dia teringat bahawa suara orang yang meminta tolong itu kedengaran sangat sama dengan suara Alif. Menyedari hal itu Rykal terus pergi ke Alif dan dia berasa lega apabila melihat alif ada disitu namun dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengannya.Apabila dilihat dengan lebih dekat, rupanya alif sudah tidak sedarkan diri dengan mulutnya yang berbuih.

Rykal lantas membawanya pergi ke hospital menaiki sebuah teksi. Apabila Rykal memasukkan Alif ke dalam teksi, dia baru teringat bahawa dia dompetnya tertinggal lalu dia dengan cepat pergi memasuki cafe itu semula untuk mengambil dompetnya. Ketika dia mahu keluar dari cafe itu tiba-tiba dia dikejutkan dengan teksi itu meletup di hadapannya.Rykal terkaku seketika dan tidak tahu hendak melakukan apa. Rykal terduduk sambil melihat teksi yang dinaiki Alif itu terbakar dihadapannya.