Tidak lama kemudian Rykal sedar dari pingsannya.Apabila dia sedar dari pengsannya dia mendapati bahawa dia sedang terbaring di sebuah katil hospital.Selepas itu,encik Ikmal datang untuk melihat keadaan anaknya itu.Rykal bangun dan bertanya kepada ayahnya apa yang telah berlaku kepada keluarga Putra.Encik Ikmal terdiam seketika dan memberitahu bahawa kedua orang tua Putra telah meninggal dunia
Rykal bertanya kepada ayahnya bagaimana keadaan Putra namun ayahnya memberitahu bahawa Putra telah menghilang. Namun encik Ikmal meyakini pembunuh itulah yang telah membawa lari Putra kerana tidak mungkin Putra berniat untuk melarikan diri.Rykal sangat terpukul atas pemergian orang tua Putra.Tiba-tiba encik Ismail tiba untuk melihat keadaan Rykal.
Encik Ismail memberi kata kata semangat untuk Rykal. Rykal memutuskan untuk pulang ke rumah untuk menenangkan mindanya yang sedang serabut.Setibanya mereka di rumah, Rykal terus memasuki biliknya tanpa berkata apa apa.Ketika Rykal sedang menenangkan mindanya di dalam bilik, tiba-tiba dia merindui ibunya.Ini kerana dulunya apabila dia mempunyai masalahnya, ibunya pasti akan memberikan cadangan yang terbaik.
Rykal yang tidak sanggup lagi menahan air matanya terus menangis tanpa mengeluarkan suaranya.Rykal menumbuk dinding biliknya untuk melepaskan segala yang ia pendam sehingga membuatkan tanggannya terluka.Rykal menenangkan dirinya dan berhasrat untuk mencari pelaku pembunuhan datuknya dan kedua orang tua Putra. Tidak lupa juga Rykal mahu mencari kawannya itu.