Selepas kejadian itu, Rykal duduk sambil termenung di sebuah tasik yang berhampiran dengan rumah datuknya.Rykal sempat berhalusinasi bahawa dia ternampak Putra yang sedang berdiri sambil menatapnya.Tak lama selepas itu, Rykal merasa seperti ada orang yang menyentuh bahunya dan apabila dia berpaling ke belakang dia melihat seorang lelaki sedang berdiri sambil memanggil namanya.
"Kamu ni Rykalkan?" tanya lelaki itu.
Rykal hanya menganggukkan kepalanya sahaja dan berkata "ada apa ya encik?"
Lelaki itu menarik tangan Rykal dan membawanya masuk ke dalam sebuah kereta.Rykal sangat keliru dengan apa yang sedang terjadi dan dia bertanya kepada lelaki itu apa yang dia mahukan dari dirinya dengan nada sedikit menengking.
"Maafkan saya sebab tarik kamu masuk ke dalam kereta ni". Ujar lelaki itu
"Siapa encik ni? apa yang encik nak daripada saya?". Tanya Rykal kepada lelaki itu.
"Nama saya Riduan, saya seorang anggota polis dan tujuan saya berjumpa kamu untuk meminta pertolongan". Kata lelaki itu kepada Rykal.
Rykal terkaku seketika kemudian dia berkata "tolong apa? Masalah saya pun tak selesai lagi". Ucap Rykal dengan nada yang menjengkelkan.
"Ini berkenaan kes kematiaan datuk kamu dan juga mak ayah kawan kamu".
"Haa! Kenapa?!". Tanya Rykal.
Encik Riduan memberitahu bahawa dia sudah lama menyiasat kes kematian datuk Rykal namun dia tidak menemui bukti untuk mengenal pasti pelaku sebenarnya.Dia juga pasti kematian kedua orang tua kawannya itu ada berkait rapat dengan kematiaan datuk Rykal.Rykal bertanya sama ada encik Riduan mengesyaki sesiapa dan encik Riduan mengatakan bahawa nalurinya kuat mengatakan sama ada encik Ismail atau pun encik Ikmal lah dalang dibalik semua ini.
Rykak tidak membantah malah dia berkata bahawa dia turut mencurigai mereka berdua. Encik Riduan dan Rykal mula berpakat untuk bekerja sama dalam mencari dalang dibalik pembunuhan ini.Rykal berdoa di dalam hati semoga ayahnya bukanlah dalang di balik kes pembunuhan ini.
Selepas cukup lama berbincang Rykal dan Encik Riduan pun berpisah.Rykal terus balik ks rumahnya untuk berehat sebelum dia memulakan plan yang telah direncanakan oleh encik Riduan di dalam kereta tadi.
BERSAMBUNG.....