23 Surat Cinta Si Ye Han

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Shen Meng Qi mengejek dalam hati.

Saya ingat Ye Wan Wan lebih berintegriti kali ini!

Rupa-rupanya dia masih si celaka yang hidup sengsara!

Kenapa dia perlu berubah?

Sekelip mata, Shen Meng Qi pergi ke belakang Ye Wan Wan, keluarkan telefon bimbit dan senyap-senyap mengambil gambar dari pandangan Ye Wan Wan dan meninggalkan bilik itu dengan senyap.

Kembali ke biliknya, Shen Meng Qi semestinya tidak mengulang kaji, sebaliknya dengan cepat menghantar satu mesej kepada Si Ye Han.

Akhirnya Si Ye Han tinggalkan sampah Ye Wan Wan itu, dan sekarang, peluang terbaik dia!

Si Ye Han adalah pengganti kepada keluarga Si, iaitu keluarga diraja pertama di negara Z dan dia tidak boleh dicapai oleh orang biasa.

Untuk dia pula, bukan sahaja dia ada nombor peribadi Si Ye Han tetapi dia juga boleh masuk ke dalam taman Jin, yang dikatakan sebagai istana kecil di Bandar Empayar.

Dia berfikir bagaimana satu hari nanti dia akan menjadi tuan rumah untuk taman Jin di mana semua orang akan bercakap tentang hubungan dia dengan Si Ye Han dan dia menggigil gembira.

Jika orang seperti Ye Wan Wan, orang kampung seperti itu, boleh dapat Si Ye Han, kenapa saya tak boleh?

Lagipun, Si Ye Han melayan saya lain dari orang lain. Bukan sahaja saya boleh keluar masuk ke taman Jin, saya juga dapat banyak hadiah yang mahal. Jika saya ada apa sahaja masalah, saya boleh beritahu dia dan dia akan hantar orang untuk membantu.

Pipi Shen Meng Qi bertukar merah padam, wajahnya bersinar manis dan yakin. Dia hanya perlu bekerja lebih keras dan lelaki ini lambat laun akan menjadi milik dia.

[Encik Si, saya dengar awak dan Ye Wan Wan bergaduh, awak okey? Awak jangan risau tentang Ye Wan Wan, saya baru sahaja melawat dia, dan keadaan dia agak baik.]

Satu imej di kepilkan bersama dengan mesej tersebut. Gambar Ye Wan Wan yang diambil senyap-senyap dengan surat cinta begitu jelas terpampam.

Dengan pemerhatian tajam Si Ye Han, dia pasti akan ternampak surat cinta yang mahu ditujukan kepada Gu Yue Ze!

Dia akan tahu selepas sahaja Ye Wan Wan tinggalkan dia, Ye Wan Wan berasa seronok dan juga begitu agresif mengejar Gu Yue Ze.

Dia perlu menyemarakkan lagi api dan membuat Si Ye Han membenci Ye Wan Wan tanpa ada cara untuk mengubah fikirannya semula.

Pada masa itu, Ye Wan Wan di bilik hostelnya.

Selepas Shen Meng Qi pergi, Ye Wan Wan meneruskan membaca tapi dia terasa satu perasaan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Dia melihat sudut mejanya tanpa dia sedar.

Sudah tentu, surat cinta yang baru dirangka berada di sudut meja itu. Ia mahu ditujukan kepada Gu Yue Ze tapi dia masih belum selesai menulis dan tidak sempat dihantar.

Tsk, hampir terlupa benda ini!

Di kehidupan lamanya, Si Ye Han tidak benarkan dia keluar dan sudah tentu dia melawan. Apabila dia mengugut untuk membunuh diri barulah dia berjaya kembali semula ke sekolah.

Memandangkan Shen Meng Qi selalu menimbulkan masalah, dia tidak boleh datang ke sekolah untuk jangka masa yang lama dan reputasi dia telah dimusnahkan.

Dan kali pertama Shen Meng Qi menimbulkan masalah antara dia dengan Si Ye Han ialah dengan menggunakan surat cinta ini.

Walaupun beberapa perkara kelihatan berbeza di kehidupan ini, tetapi berdasarkan pemahaman dia pada Shen Meng Qi, dia tak akan lepaskan peluang ini untuk memburukkan namanya walaupun dia telah memutuskan hubungan dengan Si Ye Han.

Ye Wan Wan mengambil surat cinta itu, memusingkan pensel di tangannya dan sudut mulutnya mengorak ke atas membentuk senyuman.

Nasib baik surat cinta ini masih belum siap dan belum ditujukan kepada sesiapa lagi.

Jadi, mengapa ia tidak boleh ditulis untuk Si Ye Han?

Ye Wan Wan mengambil telefon bimbitnya, mengambil satu gambar surat cinta itu dan dengan cepat dihantar kepada Si Ye Han, bersama dengan emotikon berbentuk hati.

avataravatar
Next chapter