24 Sentimental Habis

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah selesai menghantar mesej teks itu, Ye Wan Wan mengembalikan surat cinta itu di tempat asal dan menggunakan setiap saat yang ada untuk mengulang kaji.

Tapi pada saat itu di taman Jin, semua benda telah berterabur dan dalam keadaan huru-hara.

Lelaki di atas sofa itu telah menjadi gila dan bertindak melulu, anak matanya hitam sehitam malam musim sejuk. Darah menitik dari jari jemarinya kerana cawan yang dipecahkan dan meja kopi yang diterbalikkan di atas lantai. Satu tekanan yang kuat sedang melanda bilik besar berkenaan.

Semua orang gaji di dalam rumah itu sedang menggigil ketakutan dan bersembunyi di satu sudut, tiada seorang pun yang berani walau untuk bernafas.

Belakang Xu Yi basah kuyup dengan peluh. Dia meluruskan tubuhnya dan berdiri di sisi lelaki itu. Dia melihat telefon bimbit yang rosak di atas lantai, dengan wajah yang sedih.

Telefon bimbit itu berkualiti tinggi dan walaupun dengan skrin yang retak, ia masih menunjukkan sekeping gambar surat cinta.

Celaka! Saya tahu perkara ini akan terjadi!

Perempuan itu begitu tertumpu pada seorang lelaki dengan nama keluarga Gu; dia tidak kisah jika dibuang atau ditinggalkan di altar dan masih lagi melekat dengan lelaki itu. Bagaimana Ye Wan Wan dengan tiba-tiba mengubah fikiran dan memutuskan untuk hidup bahagia dengan tuannya?

Bukankah ini menipu tuan di satu pihak dan bergegas mengejar Gu Yue Ze di pihak yang lain?

Surat cinta itu juga sentimental habis!

Tak malu betul!

Ada satu puisi pada surat cinta itu -- ia secara kasar bermaksud dia rela menjadi kolar di baju untuk mencium wangiannya, rela menjadi tali pinggang di kemeja untuk memeluk pinggangnya, rela menjadi minyak di rambut untuk melembapkan rambut hitamnya…

Lagu cinta yang sungguh lucah!

Patutlah tuan begitu marah!

Ye Wan Wan hanya seorang perempuan dan tidak taat pula. Mengapa tuan perlu manjakan dia?

Melayan dia seperti binatang peliharaan sudah cukup baik.

Tuan mesti sudah hilang akal; dia telah tertipu dengan kata-kata perempuan itu.

Pada masa itu, wajah lelaki itu bertukar suram. Binatang buas telah dilepaskan dari sangkarnya, menjilat kuku, dan mengeluarkan nafas yang dahagakan darah ke udara.

Wan Wan…

Saya sudah beritahu…

Ini peluang terakhir awak…

Kali terakhir saya percaya pada awak…

"Pergi bawa dia pulang," dari sofa datang suara garau dan rendah lelaki itu.

Xu Yi takut dengan riak wajah gelap dingin lelaki itu dan dengan cepat membalas, "Ya! Saya akan hantar orang untuk ambil dia sekarang juga!"

Dalam sekelip mata, beberapa buah kereta hitam meninggalkan taman Jin dengan senyap menuju ke dalam kegelapan malam.

Di ruang tamu, semua orang gaji begitu senyap seperti reriang di musim sejuk, hati dipenuhi dengan rasa tidak puas hati.

Semenjak perempuan itu masuk ke taman Jin, tidak ada satu hari yang berlalu dengan tenang. Dia telah merosakkan seluruh suasana di taman Jin.

Xu Yi melihat ke luar tingkap ke dalam kegelepan malam, hatinya juga muram. Apa yang menanti mereka sebentar lagi pastinya satu lagi malapetaka…

Saya tertanya-tanya apa yang perempuan itu akan buat selepas diheret ke sini semula!

Apabila masa itu tiba, orang paling terseksa sudah tentu orang gaji…

"Ding--"

Selepas itu, telefon yang rosak itu berbunyi dan skrinnya menyala pada masa yang sama.

Xu Yi mengutip telefon itu untuk melihat dan mengerut keningnya selepas itu.

Kenapa dengan surat cinta ini lagi?

Tambahan pula, kali ini hanya gambar surat cinta ini sahaja.

Xu Yi masih bingung sehingga dia ternampak nama pengirim dan ternganga terkejut. Mesej ini bukan dihantar oleh Shen Meng Qi… tapi oleh Ye Wan Wan!!!

Apa… Apa maksud semua ini?

Adakah surat cinta sentimental itu bukan ditulis untuk Gu Yue Ze, tapi Ye Wan Wan menulisnya… untuk tuan!?

Aduh!!!

avataravatar
Next chapter