35 Saya. Mahu. Potong. Tangan. Ini!!!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Semua mata menyala penuh harapan mendengar Liang Li Hua menyebut tentang persembahan teater –– terutamanya pelajar perempuan.

Untuk persembahan ini, pelajar perempuan dalam kelas itu telah bergaduh semasa sendiri selama beberapa ketika.

Sebabnya mengapa watak utama perempuan masih belum ditentukan kerana beberapa pelajar perempuan telah bergaduh dengan teruk untuk merebut watak itu.

Banyak pelajar dalam kelas itu mempunyai latar belakang yang penting, telah menyebabkan hura-hara. Mereka membeli undi secara senyap, mengugut pelajar untuk mengundi mereka dan hampir menyebabkan pergaduhan besar dalam sekolah. Oleh itu, Liang Li Hua telah menangguh keputusan watak utama perempuan sehingga selepas peperiksaan berakhir.

Selepas berfikir panjang, dia memutuskan mencabut undi ialah cara paling berkesan dan pelajar perempuan tidak akan bergaduh lagi.

Jadi Liang Li Hua menyambung, "Untuk menjadi adil dan memastikan setiap pelajar mempunyai peluang untuk turut serta, saya telah membuat keputusan untuk mencabut undi untuk memutuskan calon! Tiada siapa yang dibenarkan membangkang!"

"Cikgu, saya setuju!"

"Saya pun, mari kita cabut undi!"

Semua pelajar setuju dengan keputusan Liang Li Hua.

Mereka yang mempunyai peluang rendah pada awalnya, sekarang mempunyai peluang yang sama rata. Memandangkan semua berada di tahap yang sama sekarang, kebanyakan pelajar pasti bersetuju dengan keputusan ini.

Hanya pelajar yang mempunyai peluang lebih tinggi menjeling marah, terutama ratu cantik kelas, Cheng Xue, yang selalu diusik untuk berpasangan dengan Si Xia.

Liang Li Hua mengeluh lega dengan hasil keputusan ini. Dia mengarahkan ketua kelas untuk menulis nama setiap pelajar perempuan di atas kepingan kertas kecil dan kemudian dimasukkan ke dalam satu kotak.

"Untuk gelaran ini, mari kita bagi Si Xia yang mencabut undi!" kata Liang Li Hua.

Jika ia dicabut oleh orang lain, semua pelajar perempuan akan berasa sedih semula.

Semua pelajar perempuan mengangguk kepala tanda setuju.

'Wow! Jejaka pujaan yang mencabut undi itu sendiri!'

'Orang yang dipilih nanti… pasti telah menyelamatkan Bima Sakti pada hayat yang lepas!'

Ketua kelas membawa kotak itu kepadanya. "Si Xia."

Si Xia berasa tertekan pada masa itu dan tiada mood. Di bawah pandangan semua pelajar yang menanti penuh semangat, dia memasukkan tangan ke dalam kotak, mencabut undi dan membaling kepada ketua darjah tanpa melihatnya.

Ketua kelas mengambil kepingan kertas itu dan hampir hangus terbakar dek pandangan tajam semua pelajar perempuan.

"Oh, orang yang Si Xia pilih ialah…" Ketua kelas membuka kepingan kertas itu dengan berhati-hati sambil bercakap.

Sebaik sahaja dia mahu menyebut nama di atas kertas itu…

Ketua kelas merenung kertas itu dan membatukan diri dengan mata yang terbeliak bersama mulut yang ternganga seperti baru dipanah petir.

Si Xia perasan wajah pelik ketua kelas, jadi dia mengangkat kening dan mencuri pandang.

Riak wajah ketua kelas memberi rasa tidak sedap hati kepadanya…

Pada masa itu, ketua kelas tidak berani memandang mata Si Xia dan lebih takut untuk melihat wajah pelajar perempuan. Atas desakan semua orang, dia menelan air liur dan dengan gagap, "Orang yang dipilih adalah… Ye.. Ye Wan Wan…"

"Apa awak kata?" Kata lelaki itu dan merampas kertas itu dari tangan ketua kelas.

Pada kertas itu adalah "Ye Wan Wan", tiga perkataan yang jelas kelihatan.

Ye Wan Wan terjaga setelah mendengar riuh rendah disebelahnya, menyapu air liur dimulutnya, membuka mata yang mengantuk dan memandang pasangannya. "Apa dia…"

Si Xia memandang wajah menakutkan gadis itu dengan rambut serabai seperti Sadako, dengan air liuh meleleh dan mata yang dibuka separuh: "..."

Saya. Mahu. Potong. Tangan. Ini!!!

avataravatar
Next chapter