36 Perempuan Ini Ada Teman Lelaki?!

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah keputusan diumumkan, satu kelas memberontak.

"Ye Wan Wan? Snow White? Biar betul!"

"Apa masalah kau, ketua kelas! Macam mana boleh jadi macam ini?"

Ketua kelas menghadap kritikan pelajar perempuan dengan wajah yang kelu seribu bahasa. "Ini… Ini bukan dicabut oleh saya!"

'Apa pun keputusan, Si Xia sendiri yang cabut undi itu bukan?'

"Tak mungkin! Si Xia tak akan boleh berpasangan dengan orang itu! Tak takut dia bawa nasib malang kepada Si Xia?"

"Dengan memberi Ye Wan Wan melakonkan watak itu untuk persembahan penting itu, bukankah kelas F akan menjadi bahan jenaka kepada kelas lain nanti?"

Di atas podium, wajah Liang Li Hua bertukar gelap serta merta.

'Ye Wan Wan!

'Kenapa mesti Ye Wan Wan lagi?'

Tapi dia telah umumkan di hadapan kelas, tidak kira apa keputusan, semua orang tidak dibenarkan membangkang. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya menggantikan Ye Wan Wan dengan orang lain.

Liang Li Hua tiada jalan lain. Dia melihat Si Xia dan berkata, "Si Xia, apa pendapat awak? Dia akan menjadi pasangan awak nanti."

Pada masa itu, mata lelaki itu masih melekat pada sekeping kertas, masih tidak percaya yang dia sendiri mencabut undi ini.

Selepas beberapa ketika, lelaki itu memaksa dua perkataan keluar dari mulutnya. "Apa-apa sajalah."

'Aku sendiri yang cabut undi ini, macam mana aku boleh tarik balik sekarang?'

Semua pelajar perempuan menjadi gelisah selepas mendengar jawapan Si Xia; mereka semua mahu Liang Li Hua membuat cabutan undi semula.

Liang Li Hua mengerling penampilan Ye Wan Wan yang tidak menyenangkan, berfikir sebentar, dan berkata, "Kelas, tolong senyap. Cikgu sudah beritahu, untuk menjadi adil, kita akan mengikut keputusan cabutan undi. Memandangkan Si Xia juga tidak kisah, jadi watak utama perempuan sudah ditetapkan dan tiada siapa boleh menyangkalnya lagi selepas ini!"

Sekarang, dia risau bukan jika Ye Wan Wan akan mencetuskan masalah, tetapi sebaliknya, bila dia akan berbuat begitu.

Dengan tanggapan itu, Liang Li Hua berpaling kepada Ye Wan Wan dan memberi amaran, "Persembahan kali ini sangat penting. Jika awak gagal lakukannya, Cikgu pun tak boleh bantu awak!"

Pada masa itu barulah Ye Wan Wan terjaga dari tidur.

Bagaimana dia boleh terpilih untuk memainkan watak Snow White dan menjadi duri pada semua pelajar perempuan hanya dengan tidur?

Ye Wan Wan yang sebelum ini telah ditangkap oleh Si Ye Han kerana surat cinta itu pada masa ini, jadi dia tidak perlu menghadapi situasi ini sebelum ini. Dia tiafa reaksi lain selain dari terkejut.

'Jika aku tahu lebih awal, sudah pasti aku hentikan ini dari berlaku!

'Dengan rasa cemburu Si Ye Han yang kuat, jika dia dapat tahu aku mainkan watak sebagai kekasih hati orang lain, dan ada adegan bercium di akhir nanti…

'Bukankah ini dikira curang?!'

"Aduh! Macam mana boleh terjebak dengan semua ini tanpa berbuat apa-apa?!" Ye Wan Wan menarik rambutnya dengan geram dan hampir menangis.

Melihat pasangannya, Ye Wan Wan, berkelakuan begini, wajah Si Xia bertukar gelap.

'Siapa sebenarnya yang terbabit dalam hal ini di luar kawalan mereka?

'Perempuan ini berlagak macam dia yang bernasib malang?'

"Tunggu… Cikgu! Boleh saya tolak watak ini?" Ye Wan Wan mengangkat tangan dengan cepat.

Mendengar kata-kata ini, kemarahan pelajar perempuan bangkit semula. Seperti menjirus minyak ke bara api.

'Apa! Ye Wan Wan, si hodoh pelik! Jejakan idaman kita tak tinggalkan dia, tapi berani dia tinggalkan dia begitu sahaja!'

Liang Li Hua serta merta bertukar berang. "Ye Wan Wan, berani awak layan sekolah ini macam rumah awak sendiri? Buat apa saja yang awak suka? Tak ada peraturan? Jangan lupa awak masih dalam tempoh percubaan!"

Ye Wan Wan menyumpah perlahan selepas Liang Li Hua mengugut dia. "Celaka!"

Pada masa itu, lelaki di sebelahnya tidak lagi boleh menahan marahnya. "Ye Wan Wan! Siapa yang sebenarnya lebih malang sekarang?"

Ye Wan Wan memandang jejaka idaman sekolah yang barang kali boleh meletup bila-bila masa sahaja disebabkan dia. Merehatkan dagunya di atas tangan, Ye Wan Wan menggumam penuh kecewa, "Tapi saya ada teman lelaki. Kalau teman lelaki saya tahu dan menjadi cemburu, apa patut saya buat? Saya pun serba salah sekarang, okey!"

Si Xia merenung wajah Ye Wan Wan, wajah yang boleh menembak hancur hati sesiapa yang melihat hanya dengan sekilas pandang. Dia terus terdiam, tidak tahu bagaimana untuk menjawab pernyataan itu.

'Perempuan ini ada teman lelaki…

'Teman lelaki dia... Tentu buta…' (Ya, buta, buta dipanah cinta awooooo)

avataravatar
Next chapter