Si Ye Han nampaknya dalam mood yang elok kerana dia tidak ambil peduli selepas mendengar apa yang dikata oleh Lin Que.

Lin Que menjeling abangnya dengan pandangan yang boleh membelah syurga. Dengan wajah yang penuh dendam hitam dan kebencian, dia berkata, "Abang ke-9, dengan status, ketinggian, rupa dan tubuh awak, apa tak pernah fikir perempuan macam mana yang awak nak? Kenapa awak mesti menghina diri Abang macam ini?

Ye Wan Wan terdengar kata-kata Lin Que semasa dia berjalan turun.

Kenapa kedengaran seperti biasa apa yang Lin Que katakan?

"Tak apa jika awak nak tahu dan nak cuba rasa sesuatu yang berbeza. Itu saya faham. Tapi sudah 2 tahun, sebagai adik awak, saya tak boleh tahan lagi…"

Lin Que masih berleter pada abangnya apabila Si Ye Han yang pada masa itu tidak fokus dan tidak bermaya tiba-tiba mendongak perlahan kepalanya ke tingkat atas.

Lin Que juga menurut pandangan Si Ye Han dan berpaling ke belakang.

Serta merta, matanya seperti menipu dirinya.

Mereka melihat seorang gadis sedang menuruni anak tangga, dalam gaun putih jernih dan tubuh yang langsing. Rambutnya yang panjang hingga ke pinggang, pandangan mata yang menggiurkan, dan bibir ibarat buah pic. Dia satu kecantikan sejati dengan kulit seperti ais dan tulang seperti batu jed. Kecantikan itu bukan datang dari dunia ini.

Gadis ini sungguh… luar biasa cantiknya…

Cahaya ini tidak akan boleh dihalang walaupun oleh binatang liar seperti Si Ye Han.

Lin Que masih lagi termanggu apabila Ye Wan Wan berjalan ke arah meja makan.

Ye Wan Wan melihat ke seluruh meja. Selalunya, dia akan duduk di tempat duduk paling jauh dari Si Ye Wan. Kali ini, dia berfikir dalam dan mengambil tempat duduk di sebelah Si Ye Wan.

Melihat gadis itu duduk di sisinya dengan rela hati, Si Ye Han melihat ke arahnya dengan mata bersinar.

Mengikut prinsip 'lebih sedikit bercakap, lebih sedikit kesilapan dilakukan', Ye Wan Wan mula duduk dan mula makan sarapan dengan senyap.

Dari waktu dia bangun dari tidur, sehingga sekarang, dia telah menerima banyak renungan.

Dia juga masih belum selesa dengan perubahan mendadak dirinya. Dia tertanya apa pendapat Si Ye Han terhadap perubahan ini.

Bagaimanapun, disebabkan Si Ye Han tidak kisah dengan penampilan buruknya, mengapa tidak menghias diri dan buatkan dirinya selesa?

Ye Wan Wan berfikir dengan dirinya sendiri sambil menjamu seleranya dengan selesa.

Tiba-tiba, satu jari runcing dituju ke arah mukanya.

Ye Wan Wan menjadi cemas dan seluruh tubuhnya membatu.

Kemudian, jari itu mengumpul beberapa helai rambut yang nyaris masuk ke dalam bubur dan diletakkan di belakang telinganya.

Selepas itu, Si Ye Han bersandar malas pada kerusi. Sebaik sahaja dia selesai mengemas semula rambut gadis itu, dengan perlahan dia menarik tangannya semula, mata masih tetap ke arah gadis itu. Dengan semangat ingin tahu dan sukar dibayangkan, matanya perlahan-lahan memeriksa setiap inci kulit dan wajah gadis itu.

Ye Wan Wan menghela nafas lega dan dengan segera memegang rambutnya sendiri, menghalang dari ia jatuh semula.

Pada masa ini, Lin Que akhirnya sedar semula dan dengan teruja, "Abang ke-9! Akhirnya Abang sedar! Dari dulu lagi Abang sepatutnya bersama dengan orang seperti ini! Mengapa Abang benarkan perempuan itu menguasai Abang selama ini?"

Ye Wan Wan, "...Menguasai…"

Lin Que juga berkata, "Oh ya, mana perempuan hodoh itu? Adakah Abang sudah halau dia keluar?"

Ye Wan Wan, "...Perempuan hodoh…"

Lin Que menyambung, "Walaupun Ye Wan Wan itu tidak begitu teruk 2 tahun lalu bila kamu berdua baru bermula, dia gemuk! Dia sekurang-kurangnya 150 pound!"

Ye Wan Wan, "...! Merepek! Saya jelas sekali 140! Walaupun saya tamak dan berat badan saya naik mendadak semasa saya remaja, berat saya tidak pernah melebihi 150 okey?"

Lin Que, "Abang ke-9, saya tak faham apa yang Abang nampak dalam diri dia, kenapa awak jatuh hati dengan si gemuk itu?"

Ye Wan Wan, "...Si Gemuk…"

Ye Wan Wan tidak tahan lagi!

Tiada perempuan yang boleh sabar bila dipanggil gemuk!

Smack--

Ye Wan Wan dengan tiba-tiba menghentak turun penyepit di tangannya, matanya merenung tepat pada Lin Que--

"Lin! Que! Jadi apa masalah kalau saya 150! Jadi kenapa kalau saya gemuk! Ada saya makan nasi awak!!"

avataravatar
Next chapter