Mendengar suara yang biasa didengari ini, wajah Lin Que seperti ternampak hantu. Dia bangun dengan cepat dan tidak sengaja kerusinya terbalik.

"Uwaaagh! Ye… Ye Wan Wan!!!"

"Bagaimana ini boleh berlaku?"

"Awak buat pembedahan plastik, kah!?" Lin Que ternganga terkejut padanya.

Tapi, itu juga tidak benar. Bagaimana prosedur itu begitu cepat? Dia masih kelihatan hodoh kali terakhir dia terserempak dengannya beberapa hari lepas.

Ye Wan Wan meletup marah, "Awak itu yang buat pembedahan plastik! Saya memang selalu macam ini! Beritahu dengan jelas bagaimana saya gemuk!"

Si Ye Han seperti baru tersedar dari pukauan.

Api menjulang tinggi terlihat dari mata gadis itu -- sudah lama ia tidak penuh perasaan seperti itu.

Ye Wan Wan yang terbakar panas tiba-tiba terasa satu tangan dingin mengusap kepalanya, seperti seseorang sedang cuba menjinakkan seekor binatang buas.

Pada masa yang sama, satu suara hangat menjengah telinganya, "Awak tak gemuk."

Ye Wan Wan terpinga-pinga dan melihat kepada Si Ye Han.

Adakah dia sudah gila? Bagaimana dia boleh terfikir Si Ye Han...begitu lembut…?

Ye Wan Wan menghentikan aliran fikirannya dan tersedar dia terlalu gelisah. "Saya tak gemuk langsung sekarang…" katanya, malu.

Si Ye Han berkata, "Awak juga tak gemuk sebelum ini."

Lin Que bertukar serius, "Abang ke-9, cakap semula betul-betul!"

Ye Wan Wan mengetap giginya, menahan marah.

Si Ye Han berpaling perlahan-lahan melihat Lin Que, "Saya sudah berikan tanah di Cheng Dong kepada Xia Zhe Zhi."

Lin Que ternganga, "Apa? Jangan bergurau macam ini Abang ke-9! Bukankah awak sudah berjanji untuk berikan kepada saya? Abang sudah berikan kepada Xia Zhe Zhi atau Abang baru sahaja buat keputusan untuk berikan kepada Xia Zhe Zhi?"

Si Ye Han: "Saya baru sahaja buat keputusan."

Lin Que. "...!!!"

Celaka! Hanya kerana saya panggil Ye Wan Wan gemuk sebentar tadi?

"Awak… Awak bodoh!" Lin Que membalas.

Bukan sahaja Si Ye Han tidak membalas, dia juga suka pada gelaran itu. Tanpa riak perasaan, dia berkata, "Awak menganggu, pergi sekarang."

Bukan sahaja dia bodoh, dia juga berat sebelah kepada kekasih hatinya dan menganggap adiknya sendiri pengacau.

Hati Lin Que berkecai dan terus beredar dengan limpahan air mata.

Selepas Lin Que pergi, Ye Wan Wan dan Si Ye Han telah ditinggalkan bersendirian di dewan makan.

Dengan kehadiran Lin Que, Ye Wan Wan boleh bernafas tenang. Tapi selepas sahaja dia pergi, dia mula berasa cemas semula. Kehadiran lelaki di hadapannya terasa semakin membesar.

"Makan lagi."

Di dalam pinggannya masih lagi ada sup ladu dari kedai kegemarannya.

Ye Wan Wan berbelah bagi.

Semenjak dia muncul, Si Ye Han tidak memberi sebarang reaksi terkejut atau pelik kepada perubahan penampilan dirinya.

Bukankah lebih normal untuk bereaksi seperti Lin Que?

Ye Wan Wan tidak tahan dari bertanya, "Si Ye Han, awak tak rasa saya nampak berbeza hari ini?"

Si Ye Han meletak ladu udang ke dalam pinggan Ye Wan Wan, "Apa?"

Ye Wan Wan: "Rupa saya!"

Si Ye Han mengerutkan keningnya, "Apa yang berbeza?"

Ye Wan Wan terkejut, "..."

Lelaki ini butakah?

Si Ye Han melihat reaksi terkejut Ye Wan Wan dan ketawa kecil. Dia menaruh dagu Ye Wan Wan, menyapu bibir lembut itu dengan jarinya dan berkata dengan suara dalam dan romantik, "Masih nampak sedap."

Ye Wan Wan: "..."

Masih nampak sedap?!

Dia rasa wajah hodohnya sebelum ini nampak sedap? Dan tiada perbezaan dengan rupa saya sekarang?

Ye Wan Wan terkejut dengan cita rasanya yang pelik...

avataravatar
Next chapter