Dalam sekelip mata, tiga hari telah berlalu.

Dalam masa tiga hari itu, Ye Wan Wan banyak menghabiskan masa dengan tidur dan mengingati semula kenangan di kehidupan lepas.

Si Ye Han tidak berbeza dari masa lampaunya. Selama tiga hari berturut-turut, dia tidak memunculkan diri. Semua orang gaji sibuk dengan tugasan masing-masing dan jarang berbual dengannya. Malah, mereka juga tidak berani bertentang mata dengan Ye Wan Wan.

Rumah yang sebegini besar tapi suasana seperti di kuburan.

Ye Wan Wan menukar kepada baju tidur dan melihat pada waktu. Dia bergegas menuju ke halaman.

Sinaran bulan begitu indah ditemani angin lembut, menenangkan hatinya pada kenangan yang mengerikan dari sangkar yang memerangkapnya.

Pemandangan taman ini sungguh cantik. Lagipun, ia telah direka oleh Si Ye Han sendiri. Dia telah mengupah kumpulan arkitek terkemuka di dunia dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan di lokasi teratas di Bandar Empayar.

Ye Wan Wan berasa rugi, di masa kehidupan sebelumnya, dia tidak menghargai taman ini. Dia begitu benci pada sangkar yang mengurungnya dan hanya mahu memusnahkannya.

Di depan matanya, dia boleh lihat satu tompokan besar rumput yang terbakar, batas bunga yang sengaja dipotong dan kolam yang keruh… ini semua "karya seni" dia.

"Wan Wan--"

Kemudian, satu suara menerpa masuk di dalam angin malam.

Ye Wan Wan mengalih pandangan dari bunga ros yang layu kepada arah datangnya suara itu.

Di bawah cahaya samar, dia melihat satu lelaki berpakaian sut yang mahal dan mewah. Dia sungguh mempersona dan… tampan.

Dia mengakui, Gu Yue Ze sememangnya berjaya menawan hatinya.

Si Ye Han, syaitan itu, nampak pucat jika dibandingkan dengan dia.

Gu Yue Ze berdiri beberapa langkah darinya dan mengerutkan dahi.

Ye Wan Wan perasan reaksi halus itu, dan memandangkan ke bawah pada bajunya.

Pada masa itu, dia masih berpakaian heavy metal, solekan berat masih di wajahnya.

Almari pakaiannya tiada pakaian biasa, dia fikir baik dia teruskan sahaja imej lamanya. Dia tidak mahu menimbulkan kesangsian jika dia bertukar dengan begitu drastik dalam masa yang singkat.

Gu Yue Ze merenungnya dingin, wajahnya penuh dengan kekecewaan, "Wan Wan! Kenapa kamu menghina diri kamu sendiri seperti ini?"

Menghina diri sendiri?

Ye Wan Wan menimbang tara kata-kata Gu Yue Ze, yang mengejek dirinya.

Dalam kehidupan sebelumnya, dia telah memberi seluruh jiwa raganya kepada Gu Yue Ze. Untuk membuktikan kesetiaan Ye Wan Wan kepadanya, dia telah berpakaian begitu pelik dan menjijikkan.

Tapi akhirnya, apa yang dia dapat adalah dia menghina dirinya sendiri?

Dia tahu Shen Meng Qi telah berkata buruk mengenainya di hadapan Gu Yue Ze, tapi jika lelaki ini ada walau sedikit rasa kasih kepadanya, dia tidak akan percaya apa yang dikatakan oleh Shen Meng Qi.

Memandangkan Shen Meng Qi ialah kawan baiknya, dia selalu datang untuk menemaninya. Oleh itu, dia boleh datang dan pergi sesuka hati. Dia juga pernah mengajak Gu Yue Ze datang secara rahsia.

Sebelum sempat Ye Wan Wan membalas, satu perasaan dingin menerpa dirinya.

Si Ye Han…

Dia ada di sini!

Dia tahu dari nalurinya kehadiran lelaki itu.

Dalam kehidupan sebelumnya, dia tidak perasan pengkhianatan Shen Meng Qi kepadanya. Si Ye Han melihatnya dari jauh sepanjang dia curang padanya, menanda permulaan mimpi buruknya…

Ye Wan Wan mengeluh lembut, memaksa dirinya mengabaikan kehadiran Se Ye Han. Dia melihat Gu Yue Ze tanpa perasaan, ketawa kecil sebelum bertanya. "Saya tertanya, perspektif mana yang awak tanya? Bekas tunang saya? Atau… abang ipar saya?"

Wajah Gu Yue Ze berubah menjadi berat mendengar sindiran Ye Wan Wan, "Wan Wan, saya tahu awak salahkan saya, saya tak boleh buat apa-apa. Apa pun yang terjadi, saya bertanggung jawab atas apa yang telah jadi pada awak sehingga hari ini. Mari lari dengan saya dan saya akan bawa awak keluar dari Bandar Empayar!"

avataravatar
Next chapter