4 Mati di bawah Bunga Peony

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Dalam kehidupannya yang lepas, Ye Wan Wan berasakan dirinya telah hilang dan membuatkan Gu Yue Ze kecewa. Dia juga tidak melawan apabila Gu Yue Ze mengucapkan kata-kata buruk itu kepadanya. Dia begitu terharu jika dia dimaafkan dan tersentuh apabila dia mahu membawa dia lari, berfikir dia masih ada dalam hati Gu Yue Ze.

Dia hanyalah bodoh ketika itu.

Siapa tahu Gu Yu Zue hanya bertindak kerana egonya?

Macam mana pun, dia pernah menjadi tunang kepada Gu Yue Ze, tapi sekarang dia kekasih kepada Se Ye Han. Jika orang dapat tahu, maruah dirinya akan hilang.

Sementara Gu Yue Ze merayu untuk lari bersamanya, Ye Wan tiba-tiba berasa suhu udara sekeliling jatuh dengan drastik.

Dalam kegelapan hanya beberapa langkah dari Ye Wan Wan:

Wajah lelaki itu segelap malam. Perasaan marah mula merasuk dirinya tanpa boleh dikawal, seperti boleh menghancurkan seseorang dan menelan dia hidup-hidup, tanpa meninggalkan sebarang kesan.

Pembantu Si Ye Han, Xu Yi, bermandi peluh dan kedua-dua kakinya menggeletar.

Bertuah hidup boleh menyaksikan kekasih bos merancang untuk kahwin lari dengan lelaki lain di larut malam.

Semenjak wanita ini, Ye Wan Wan, muncul, orang gaji di tempat ini tidak pernah melalui hari yang mudah. Apabila bos mereka mengamuk, mereka semua akan merana.

Dan kebolehan utama wanita itu ialah memprovok Si Ye Han.

Kali ini, kemarahan bos semestinya cukup untuk membakar seluruh Bandar Empayar menjadi abu.

Xu Yi menutup mata dan berserah pada takdir. Dia tahu tanpa melihat apa yang akan berlaku nanti.

Melihat Ye Wan Wan tidak bergerak, Gu Yue Ze hilang sabar. Dia melangkah ke depan untuk mengambil tangannya, mahu menariknya pergi.

Tapi Ye Wan Wan melangkah ke belakang, mengelak dari sentuhannya.

"Wan Wan?" Gu Yue Ze berkerut.

Ye Wan Wan membalas dengan dingin, "Gu Yue Ze, ada saya cakap mahu ikut awak pergi?"

Gu Yue Ze memandangnya dengan sedih, "Wan Wan, Si Ye Han hanya bermain dengan awak. Kenapa awak mesti malukan diri awak hanya untuk kembali pada saya?"

Ye Wan Wan yang dia tahu telah jatuh cinta padanya dan akan melakukan apa saja yang disuruh. Jadi, Gu Yue Ze menganggap dia hanya mahu meraih perhatian.

"Memalukan diri saya sendiri?"

Yu Wan Wan ketawa seperti terdengar jenaka. Dia mengejek, "Si Ye Han lebih kaya dari awak, lebih berpengaruh dari awak, berstatus lebih tinggi dari awak, dan mempunyai tubuh badan lebih hebat dari awak. Tidur dengannya sekali lebih baik dari tidur dengan awak untuk seumur hidup! Bagaimana awak ada keyakinan bercakap semua benda itu?"

"Awak…" Gu Yue Ze tidak pernah menyangka Ye Wan Wan boleh bertutur sebegitu rupa. Anginnya mula bertukar suram.

Pada masa yang sama, lelaki dalam gelap yang dilanda kemarahan seperti binatang liar tiba-tiba tenang.

Xu Yi terkejut dan terus melihat Yu Wan Wan.

Mengapa perangai Cik Yi pelik hari ini?

Ini bukan dia yang selalu -- bukankah dia dilamun cinta dengan Gu Yue Ze?

Dia patut rasa gembira boleh kahwin lari dengan Gu Yue Ze!

Mungkin dia jual mahal?

Kali ini, Gu Yue Ze betul-betul marah. Dia memberi amaran, "Wan Wan, berhenti buat perangai. Si Ye Han seorang lelaki yang kejam, ganas dan dahagakan darah. Kamu tahu berapa ramai orang yang telah mati di tangannya? Bersama dengan lelaki seperti dia.... awak tak kisah pada hidup awak?"

Memberi respon kepada amaran Gu Yu Zue, Ye Wan Wan menguap malas. Dia melirik padanya dan menjawab lemah. "Jadi? Mati di bawah bunga Peony seperti Si Ye Han, pasti akan bahagia walaupun sebagai hantu~"

avataravatar
Next chapter