62 Awak Tak Nak Teman Raja Awak?

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

'Ini… Kenapa nada suara merengek ini!?'

Nafas hangat yang datang dari lehernya dan suara lembut dan mengantuk di telinga kiri Ye Wan Wan membuatkan dia terpana.

'Adakah Si Ye Han sebenarnya manja?'

Mungkin disebabkan terkejut dengan tarikan Si Ye Han yang tidak boleh dibendung membuatkan Ye Wan Wan mengangguk kepalanya tanpa disedari.

Apabila dia sedar apa yang terjadi, Si Ye Han sudah pun bangun dan berjalan pulang.

Selepas mereka kembali, orang gaji terus menyapa mereka dengan mesra. "Tuan ke-9, Cik Ye! Puan Tua telah mengarahkan kami untuk menyediakan bilik untuk Cik Ye, adakah Cik Ye mahu berehat sekarang? Mari saya tunjukkan bilik awak!"

Dia tiada pilihan lagi kerana dia sudah pun terpersona dengan daya tarikan Si Ye Han dan sudah berjanji untuk menemaninya. Ye Wan Wan memandang Si Ye Han dan berkata, "Saya mahu letakkan barang saya dahulu dan mandi. Saya akan jumpa awak lepas ini."

Si Ye Han belum cukup tidur tidak berada dalam mood yang baik, tapi dia setuju. "Mhm."

Oleh itu, Ye Wan Wan mengikut orang gaji itu dan masuk ke dalam bilik di tingkat kedua menghadap ke selatan.

"Cik Ye, sila masuk, ini biliknya." Orang gaji itu menolak pintu bilik terbuka.

Sebaik sahaja pintu dibuka, apa yang dia nampak ialah tema merah jambu bilik itu; cadar dan selimut merah jambu, langsir dan permaidani merah jambu. Malah kepala katil juga berbentuk seperti mahkota kecil dan satu kanopi yang comel di atasnya –– ia seperti dalam mimpi dan seperti seorang puteri.

Salah fahamnya kepada Puan Tua agak dalam semasa kehidupan dia yang lepas; dia berasakan nenek tua itu begitu jahat tapi sebenarnya, Puan Tua melihat dia sebagai seorang calon menantu kepada cucunya. Jika tidak, dia tidak akan sediakan bilik untuk dia dan begitu berusaha mengubahnya mengikut cita rasa dirinya hanya kerana dia dan Si Ye Han bercinta. Awak boleh kata dia layan Ye Wan Wan seperti cucunya sendiri.

Tapi dalam kehidupan sebelumnya, dia pembuat masalah dan mengkritik semua perkara walau ia sebesar kuman.

"Cik, awak berpuas hati dengan bilik ini? Jika ada sesuatu perkara awak tak suka, kami boleh menukarnya secepat mungkin." Kata orang gaji itu, dengan takut dan teragak-agak.

Ye Wan Wan menenangkan dirinya semula selepas kejutan awal tadi. "Tidak perlu, saya sangat suka bilik ini. Tolong ucapkan terima kasih kepada Nenda untuk saya!"

Orang gaji itu menghela nafas lega. "Kalau begitu Cik Ye, sila rehatkan diri. Jika awak perlukan apa-apa, awak boleh panggil saya dengan menekan loceng pada bila-bila masa."

"Baiklah, terima kasih." Angguk Ye Wan Wan.

Ye Wan Wan memilih jubah tidur berwarna merah jambu yang comel dari almari dan masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

Gadis biasanya akan ambil masa yang lama untuk mandi jadi apabila dia selesai, setengah jam telah berlalu.

Ye Wan Wan mengeringkan rambutnya sambil membuka pintu bilik air dan terus ternampak Si Ye Han yang sedang duduk di atas katilnya. Dia tidak pasti berapa lama dia telah berada di situ.

Ye Wan Wan tergamam untuk seketika dan terus berkata, "Bagi saya keringkan rambut dan kenakan krim muka saya, saya akan siap sekejap lagi.."

Melihat Si Ye Han tidak menjawab, Ye Wan Wan duduk di hadapan meja solek dan mula mengeringkan rambut.

Pada masa yang sama, lelaki itu duduk di hujung katil dengan senyap, menunggu dia siap. Melihat dia mengeringkan rambut, membasahkan muka dengan air; mengenakan intipati muka, krim mata, dan krim pembersihan… Pandangannya tidak beralih walau untuk seketika.

Ye Wan Wan mengintai lelaki itu dalam cerminnya. Wajahnya kelihatan sedikit muram.

Dia dapat rasa Si Ye Han menampal wajahnya dengan perkataan berikut : 'Kenapa awak masih tak datang sini teman Raja awak…'

Ye Wan Wan mencepatkan proses, mengelap wajahnya dengan tergesa-gesa dan menolak semua barangnya ke tepi. "Saya dah siap, jom!" (Jom macam nak kahwin lari)

avataravatar
Next chapter