webnovel

Catatan Malim Gunung

Aku dah tak ingat berapa lama naik gunung. Aku harap aku sempat mencatitkan segala memori indah aku ketika aku masih hidup. Ada banyak perkara yang dipelajari ingin dikongsi bersama. Supaya pembelajaran melalui pengalaman ini dapat dihayati oleh yang lainnya yang bergelar pendaki. Semoga ilmu ini tidak hilang ditenggelam dek zaman. Insyallah.

nkamri · Realistic
Not enough ratings
20 Chs

Setan Jembalang

Dimana adanya penempatan manusia, disitu ada kerajaan jin. Dimana tiada penempatan manusia, disitu juga ada kerajaan jin. Mereka wujud sebelum Adam. dan kekal wujud selepas Adam. Ini yang perlu kita ketahui dan akui. Hanya dimensi yang menjadi sempadan kepada pancaindera manusia. Tirai pandangan yang terhad juga merupakan satu anugerah yang tidak perlu dipertikai baik buruknya.

Setan adalah bahasa 'pasar' yang merujuk kepada Syaitan. Jembalang pula merupakan nama gelaran kepada makhluk-makhluk Allah swt yang berbilang bangsa dan agama ini. Tidak cukup ilmu kita untuk menerangkan perkara yang digelapkan. Sekadar mengetahui daripada generasi kepada generasi akan kewujudan Jembalang yang tinggal di hutan, lautan dan sungai.

Mengapa aku nak bercerita berkenaan perkara ghaib yang mistik lagi memistikkan ini? Kerana sepanjang tempoh aku mendaki gunung ini terdapat sebahagian mereka yang datangnya untuk lebih mengenali dunia disebalik mata berbanding apa yang jelas dipanggil panorama.

"Encik pernah kena kacau tak?"

"Encik pernah nampak hantu tak?"

Soalan-soalan yang mendambakan jawapan untuk mengiyakan ketidakpastian mereka terhadap perkara-perkara ghaib. Setiap daripada mereka akan lebih teruja jika jawapan yang diterima oleh gegendang kecil mereka itu adalah Ya! Benar! Maka berbodonglah manusia tidak mengenal usia, agama mahupun kaum akan berkumpul untuk mendengar kisahnya. Begitulah uniknya kisah Setan Jembalang berbanding Syurga dan Neraka.

Panjang sungguh mukadimah aku untuk topik ini. Penceritaan berikutnya adalah berdasarkan pengalaman yang aku lalui. Kesahihan cerita adalah tidak pasti kerana tiada sebarang bukti yang jelas dan nyata untuk menguatkan cerita-cerita ini.

Seperti yang kalian ketahui perjalanan aku ini bermula daripada Gunung Datuk, dan pengalaman mistik pertama aku juga bermula disini. Al kisah aku mendaki gunung ini pada waktu malam bertujuan untuk berkhemah di puncak dan melihat panorama pagi yang mendamaikan pada keesokan harinya.

Pada waktu tersebut aku menjadi seorang 'Sweeper'. Tugas aku adalah mengiringi rakan-rakan yang berada di barisan belakang agar terus berjalan dan selamat sampai ke tempat tujuan. Setibanya di pertengahan perjalanan tersebut aku dipertemukan dengan seorang sahabat yang berjalan sangat perlahan. Setiap langkahnya kelihatan sangat lemah dan berat.

"Am, kaki aku rasa berat je nak melangkah. Dah tak berdaya dah ni."

Keluh sahabat tersebut padaku.

"Takpa. Sikit lagi nak sampai. Aku teman kau kat belakang ni. Sikit je lagi."

Pujuk aku kepada beliau agar terus bersemangat meneruskan perjalanan.

Setibanya aku ke kawasan dinding batu, aku terdengar satu bunyi yang tidak asing di dalam cerita wayang.

"Kreeeeeekkkk"

Bunyi pintu gerbang kayu terbuka. Umpama masuk ke sebuah kerajaan mahupun istana purba. Perasaan seperti ketibaan kami disambut oleh sesuatu yang ghaib.

"Ehh, dah rasa lega sedikit. Tadi berat sangat!", kata sahabat.

Alhamdulillah, dengan izin Allah swt kami berdua berjaya tiba ke puncak Gunung Datuk dengan selamat dan berkumpul dengan teman-teman yang lain.

Tahun demi tahun, akhirnya aku membuka mulut kepada salah seorang 'penjaga' Hutan Lipur Gunung Datuk ini.

"Bang Man, dah lama jaga kawasan ni kan? Dekat puncak tu ada istana ke?", tanya aku.

Beliau membalas soalan aku dengan senyuman.

"Macam-macam ada kat sini Am"