webnovel

Catatan Malim Gunung

Aku dah tak ingat berapa lama naik gunung. Aku harap aku sempat mencatitkan segala memori indah aku ketika aku masih hidup. Ada banyak perkara yang dipelajari ingin dikongsi bersama. Supaya pembelajaran melalui pengalaman ini dapat dihayati oleh yang lainnya yang bergelar pendaki. Semoga ilmu ini tidak hilang ditenggelam dek zaman. Insyallah.

nkamri · Realistic
Not enough ratings
20 Chs

Pengiktirafan

Pada pandangan peribadi, perjuangan ini bermula dengan penubuhan PMGM pada tahun 2016. Sebuah persatuan yang ditubuhkan oleh sekumpulan pendaki gunung yang aktif dalam melakukan kerja penunjuk arah gunung. Tujuan asal adalah untuk menyatukan para Malim di seluruh pelusuk Semenanjung dalam masa yang sama mewujudkan satu garis panduan yang boleh digunakan untuk kebaikan semua.

"This is your place, your playground, your country. You are the main player. Develop your own standard. Recognition will come once you start the move.", kata UIAA.

Kita pernah minta pandangan dan pendapat daripada pihak yang terdahulu dan pakar dalam bidang pendakian gunung ini. Namun jawapan yang diterima amat berbeza dan memberi semangat. Kata mereka, nak buat apa kita bergantung kepada pihak luar sedangkan kita berupaya untuk membangunkan standard pendakian mengikut kepakaran terhadap persekitaran sendiri.

Perjalanan untuk memartabatkan kerjaya ini juga penuh dengan cabaran. Banyak pihak memberi tekanan dengan mempertikaikan, bersangka buruk, mencari kesalahan dan ada juga yang cuba untuk menjatuhkan. Samada daripada luar mahupun dalaman sendiri. Kami sedar kedudukan kami yang bergerak berbekalkan pengalaman sahaja tanpa pangkat ataupun darjat kebesaran dalam bidang pendidikan.

Dari masa ke semasa, kami bangunkan Garis Panduan Gerak Kerja. Kami anjurkan program latihan kemahiran yang berkaitan kepada ahli. Kami kongsikan pergerakan kerja pada setiap minggu dan kami rekodkan log tahunan ahli secara sukarela untuk membantu mereka menilai kecekapan diri sendiri. Kami juga menjalinkan hubung baik dengan anggota keselamatan untuk mempermudahkan urusan ketika berlaku kecemasan di kawasan pekerjaan kami.

Syukur pada akhirnya, segala usaha dan penat lelah kami selama tempoh 5 tahun telah membuahkan hasil. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia sendiri telah menyambut kewujudan kerjaya kami yang bergelar Malim Gunung ini. Program latihan dan pengiktirafan yang dikelolakan oleh JPSM sedang giat di jalankan di seluruh pelusuk Semenanjung.

Meskipun kami bukanlah komuniti yang terpilih untuk bersama-sama membentuk pasukan yang dikenali sebagai Malim Gunung Perhutanan (MGP), kami tetap memilih untuk menyokong segala tindakan yang baik untuk kepentingan komuniti dan industri ini.

Apa yang dapat kami lakukan pada waktu dan ketika ini juga hanyalah doa agar usaha ini tidak terhenti di pertengahan jalan dan peluang yang diberikan tidak dipersiakan atau disalahguna untuk kepentingan sendiri oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab khususnya daripada kelompok komuniti setempat.

Fight For Your Right!