webnovel

Catatan Malim Gunung

Author: nkamri
Realistic
Ongoing · 89.4K Views
  • 20 Chs
    Content
  • ratings
  • N/A
    SUPPORT
Synopsis

Aku dah tak ingat berapa lama naik gunung. Aku harap aku sempat mencatitkan segala memori indah aku ketika aku masih hidup. Ada banyak perkara yang dipelajari ingin dikongsi bersama. Supaya pembelajaran melalui pengalaman ini dapat dihayati oleh yang lainnya yang bergelar pendaki. Semoga ilmu ini tidak hilang ditenggelam dek zaman. Insyallah.

Tags
2 tags
Chapter 1Budak Gunung

"Mana gunung pertama yang kau daki?"

Soalan seperti ini sering kali dilontarkan oleh petualang-petualang alam. Sifat ingin tahu amat kuat, untuk membezakan dan juga mempelajari sesuatu yang baru sesama mereka.

Tidak segan untuk aku kongsikan bahawa gunung pertama yang aku daki ialah Gunung Datuk. Terletak di daerah Rembau, Negeri Sembilan dengan ketinggian sebenar 660 meter dari aras laut. Gunung yang penuh dengan cerita lagenda. Sehingga kini masih tidak aku ketahui kebenaran sejarahnya atau sekadar mitos penduduk sekitar.

Aku bermula sebagai seorang 'Anak Serigala' atau nama lainnya Pengakap. Zaman kecil aku, menjadi seorang Pengakap adalah satu kebanggaan. Seorang budak Pengakap sangat segak dengan pakaian dan lencana, serta dipenuhi dengan ilmu kemandirian seperti ikhtiar hidup, berdisiplin dan memiliki akhlak yang baik.

Setiap budak Pengakap akan berpeluang untuk keluar daripada zon selamat mereka dengan aktiviti mengembara di dalam hutan dan pengalaman yang menjadikan aku seorang budak gunung bermula daripada kembara pertama aku ke Gunung Datuk.

Gunung Datuk mengingatkan aku dengan Hasri. Seorang sahabat aku ketika di bangku sekolah. Ketika itu, kami bersama-sama menggerakkan pasukan Pengakap 09. Dialah peneman aku, dan disebabkan dia juga aku menjadi seorang pendaki gunung yang tegar.

"Am, jom naik datuk hujung minggu ni?"

Bermula dari saat itu, hampir setiap hujung minggu kami berkunjung ke Gunung Datuk. Apa yang ada di tempat tersebut sehingga membuatkan kami angau dan terangsang untuk kembali berulang kali?

Oh sebelum itu aku nak ingatkan bahawa aku dan Hasri bukan gay. Kami tidak berada dalam kelompok LGBT. Kami adalah budak Pengakap yang mengamalkan setiap ajaran baik yang termaktub dalam Undang-undang Pengakap.

Jujur aku katakan, tiada apa yang menarik di puncak gunung tersebut. Sekadar pondok untuk melepaskan lelah setelah mengerah keringat selama 2 jam mendaki dan juga sudut pemandangan dari aras tinggi.

Setiap kali kami menjejakkan kaki di puncak gunung ini, kami akan melabuhkan punggung di atas seketul batu yang besar dan menikmati pemandangan cantik kampung-kampung di sekitar daerah Rembau. Jika cuaca cantik, kami dapat melihat kapal-kapal kecil di Selat Melaka. Jika bernasib baik kami dapat melihat keretapi melintas menuju ke Gemas.

"Minggu depan datang lagi yer?"

Inilah penangan keindahan alam yang kau nikmati setelah bermati-matian mengerah tenaga dan membuang masa remaja di hujung minggu. Semata-mata untuk duduk di atas puncak tertinggi dan menikmati keindahan dan kehijauan alam ciptaan Illahi yang terbentang luas. Kami terpesona. Kami jatuh cinta.

Namun sekarang, aku rasa hanya aku yang sepenuhnya terperangkap dengan godaan gunung. Apa dah jadi dengan Hasri sekarang? Masing-masing membawa diri dengan hala tuju sendiri setelah tamat pengajian di sekolah menengah. Aku harap dia memiliki kehidupan yang baik dan aku percaya dia mampu untuk menangani segala dugaan kehidupan kerana dia seorang Budak Pengakap.

You May Also Like

MY IDEAL ITALIAN GUY

NENY ROBIN, pekerja di sebuah syarikat yang terkenal. Sangat lama tempoh si gadis berkhidmat di syarikat itu sehinggakan majikannya memintanya berkhidmat di sebuah syarikat maju iaitu El Qiansilouki Sdn. Bhd. selama empat bulan. Dia setuju. Tidak sangka pula pengurus syarikat itu adalah lelaki dari Itali! KIM ROSSIN STUART, sebaris nama yang Robin membuatkan dia tersenyum. Tambahan lagi, lelaki idamannya jejaka itali. Walau bagaimanapun, mengetahui lelaki itu tiada agama, Robin melupakan hasratnya.            "Why you didn't hand shake with me?"-Kim Rossin Stuart.            "My religion said forbidden for touching who's I don't married with. Including hand shake or whatever."- Neny Robin. Pada mulanya, semuanya baik-baik dan menjaga jurang hati agar tidak terjatuh hati. Tiada siapa tahu, apabila hati berubah rentak. Robin terperangkap. Terperangkap dengan hati celarunya. Bait-bait yang dia sendiri tutur memakan dirinya semula. Love trap? Mata mereka bertaut.            "Then, will you be my imperfect's perfection?" - Stuart            "Hold tight, mia amore." - Stuart Segalanya berubah tatkala dugaan menimpa Neny Robin dan dia terpaksa menahan diri kemudian mengingati dirinya bahawa dia tidak boleh sesuka hati mengurangkan jurang di antara mereka. Mereka di antara dunia yang berbeza.            "You're just my boss, Stuart... and no one to me." - Robin. Wajah lelaki itu jelas terluka. Namun wajah terluka itu pantas berubah riak menjadi kosong. Dingin.            "No one to you? Then, if you say so." Lelaki itu melangkah pergi. Bergenang air mata si gadis. Betulkah perkenalan mereka hanya sebuah memori kenangan? Mampukah mereka mengubati duka lara hati yang dibawa pergi? Benarkah takdir mereka sampai di situ sahaja? Note. Buku ini mengangdungi banyak kesalahan tatabahasa dan grammar mistake. © 2021 Raenees. All Right Reserved. Dilarang plagiat karya saya

raenees · Realistic
Not enough ratings
8 Chs

SUPPORT