Jam menunjukkan pukul 12 am. Mata aku masih lagi celik.
"Adurh! Dah kenapa aku tak boleh tidur ni?"
Jendela bilik aku dekatkan diri. Angin kuat menghembus masuk ke ruangan bilik. Kelihatan susuk tubuh seseorang sedang bersandar di tepi pintu pagar.
Aku tundukkan diri. Takut jika pencuri cuba untuk menyelinap masuk.
"Siapa pulak tu? Adurh!" Aku cuba menjengah sedikit demi sedikit. Tapi dia seperti patung cendana. Hanya berdiri tak buat apa-apa.
"Pelik? Orang gila kot." Sebaik saja dia memusing badannya ke arah aku. Dia mengangkat tangan menyapa. Mukanya yang tak berapa jelas buatkan aku jadi takut pula. Dengan apa yang berlaku dekat aku tadi.
Perlahan-lahan aku menurun tangga menuju ke pintu keluar. Memandangkan rumah sunyi masing-masing sudah dibuai mimpi. Pintu rumah aku buka perlahan. Tangan aku capai batang penyapu tepi penjuru rumah.
Dengan keadaan pagar luar tidak tertutup. Ayah aku lupa untuk kunci agaknya. Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke luar.
"Yahhhhhhhhhhhh!" Laju tangan aku memukul belakang badan dia.
"Adurh!" Dia melutut sambil menahan sakit.
"Tia..." Batang penyapu aku lepaskan.
"Ya Allah. Zafril! Kau buat apa depan rumah aku ni. Adurh! Nak buat macam mana ni?!" Aku jadi tak tentu arah.
Tak tahulah kuat mana aku pukul. Tapi rasanya macam kuat.
"Jap. A-a-aku amik ais." Laju aku berlari menuju ke dapur.
"Ais ais ais." Mulut aku terkumat kamit mencari ais dalam peti sejuk. Bekas kecil aku capai dengan sehelai tuala kecil. Terus berlari menuju ke luar rumah.
Kelihatan Zafril bersandar di tembok pagar rumah aku dengan keadaan mata tertutup.
"Zaf.. Zafril." Bahu dia aku cuit.
"Dia pengsan ke?" Jari terlunjuk aku letakkan pada hidungnya untuk pasti masih bernafas atau sebaliknya.
"Eh takkan la." Aku terkejut bila jari aku tak dapat rasakan nafasnya.
Aku tekap telinga aku pada dadanya.
"Erm. Macam mana nak dengar jantung dia?"
Zafril hanya senyum melihat gelagat Tia.
"Alarh. Janganlah pengsan, bangunlah Zafril." Kepala yang tak gatal aku garu.
"Tak akan kena buat CPR pulak." Dahi aku terus di jentik Zafril.
"Tak payah nak merepek."
"Eh? Kau tak apa-apa ke? Maaflah aku terpukul kuat. Aku ingat orang jahat tadi."
"Adurh..." Zafril menahan kesakitan sebaik saja dia cuba untuk tegakkan badan.
"Eh jangan banyak gerak. Sini aku letakkan ais."
"Tak payahlah. Aku ok."
"Apa yan ok nya." Tanpa sedar tangan aku menepuk kawasan yang sakit."
"Makkkk!" Zafril menjerit.
"Sorry! Sorry! Janganlah jerit nanti orang dengar."
"Kau dah kenapa tepuk badan aku?" Nak menangis Zafril menahan kesakitan.
Beberapa ketul ais aku letakkan pada tuala yang tersedia. Selepas itu aku selak belakang bajunya untuk menekap ais tersebut.
"Sejuk!"
"Diam gila! Kau nak semua orang keluar ke?"
"Kau ni, Dah lah pukul aku. Pastu marah aku pulak." Dia merungut.
"Eh ajak bergaduh pulak. Dah kau berdiri depan rumah aku kenapa?"
"Aku.. aku.. aku.." Tersekat-sekat Zafril berkata.
"Aku-aku. Aku apa?"
"Aku nak minta maaf." Aku mula hairan.
"Maaf? Sebab apa?"
"Aku tertengking dekat kau tadi. Tu yang aku sebersalah." Zafril tundukkan kepalannya.
"Tak ade apalah. Aku faham. Maaf jugalah sebab aku terus masuk je tadi tak cakap apa-apa."
Zafril hanya bisukan diri. Suasana kembali sunyi.
"Aku rasa aku dah ok sikit kot." Zafril berkata.
"Sure?" Zafril hanya mengangguk.
Tuala yang berbaki sedikit ais aku letakkan kembali ke dalam bekas.
"Kau boleh jalan tak? Nak aku hantar kau balik?"
"Tak payahlah. Kang Amirul tu tiba-tiba muncul time kau balik sorang susah pulak aku." Jelas riak wajah Zafril yang masih marah tentang hal itu.
"Erm."
"Esok pagi pergi sekolah dengan aku. Nanti aku datng rumah kau."
"Badan kau kan sakit. Tak payahlah datang sekolah."
"Kalau aku tak dtg, siapa nak tengokkan kau." Badannya di rengang-regangkan.
"Aku boleh jaga diri aku." Jari dia cuba dekatkan pada dahi aku. Tapi berhenti seketika lalu dia berpaling.
"Biar aku jaga kau." Dengan perlahan dia terus berlalu pergi.
"Degil!"
Jeritan Tia, Zafril abaikan. Dia hanya ukirkan senyuman.