Malam yang dingin. Aku terlampau suka dengar cerita dia. Sampaikan asik tersengih. Motor milik ayah aku hidupkan enjin.
"Eh? Nak pergi mana?" Laju ayah aku keluar rumah bila motornya hampir diculik oleh aku.
"Kedai. Kenapa?"
"Ayah nak pergi masjid ni. Biar ayah hantarlah. Balik kau jalan kaki."
"Adurh. Baru nak bersiar-siar lepas pergi kedai."
"Jangan nak mengadalah. Kalau rajin isi minyak motor tak apalah juga. Ni...."
"Dah-dah jom hantar akak pergi kedai." Tak sempat ayah aku habiskan ayat aku sudah menyampuk.
"Aku potong lidah kau nanti. Orang tua cakap menyampuk." Sambil jarinya membuat simbol gunting.
"Hehe. Maaf boss." Hanya mengangkat tangan.
Kedai D-Mart ayah aku berhenti. Aku segera turun dan melambai.
"Balik nanti hati-hati."
"Kalau nak suruh akak hati-hati bagi motornya dong."
"Ni nampak?" Penumbok tangan ayah aku keluarkan.
Aku cuma sengeh macam kerang busuk.
Beberapa batang pen juga sebuah buku nota aku ambil. Memandangkan buku nota aku dah habis
Kerepek kentang perisa BBQ aku ambil. Lalu terus ke bahagian minuman. Air Cappucino aku capai terus ke bahagian kaunter pembayaran. Selesai sesi bayar membayar aku pun keluar kedai.
Sedang berjalan pulang ke rumah. Dari jauh di bahagian tepi kedai. Susuk tubuh yang aku terlalu kenal sedang rancak berborak nampaknya.
"Macam Amirul? Adurh! Aku tak boleh terserempak dengan dia ni. BAHAYA!"
Aku bergerak seberang jalan sambil beg plastik di angkat paras muka supaya tak kelihatan. Bila jarak aku dengan Amirul sudah tidak kelihatan aku rasa sedikit lega.
"Fuh! Nyaris je tadi. Kalau tak habislah kena tahan." Nasib jarak ke rumah berbaki bebeapa meter lagi.
Air dalam plastik aku ambil. Meneguk sekali dua untuk hilangkan dahaga.
"Sedap minum?" Langkah aku terhenti bila Amirul muncul di depan mata.
"Mirul.."
Dia menghampiri aku. Perlahan langkah aku berudur setapak dua ke belakang.
"Kau nak apa ni?" Air minuman aku baling ke arahnya.
"Eh garangnya. Relax lah. Aku cuma nak lepak je dengan kau."
Laju tangan aku digenggam Amirul.
"Lepaslah gila!" Aku mula meronta-ronta.
"Aku gilakan kau lah sayang." Sempat dia mencuit pipi aku.
"Sakitlah tangan aku. Lepaslah Amirul. Aku nak balik." Mata aku mula berkaca. Amirul hanya ketawa.
"Woi!" Kelihatan dua orang segar tak jauh dari kami.
"Jangan lari!" Sepantas kilat Amirul melarikan diri. Aku tak tahu kenapa di jadi seperti saiko hari ni.
"Awak ok?" Aku hanya mencangkungkan diri. Takut mula menyelubungi diri.
Tiba-tiba salah sorang dari mereka menarik aku di bawah lampu jalan sebab di situ agak gelap sedikit.
"Tia?" Aku terkejut sekejap.
"Zafril." Aku terus menangis teresak-esak.
"Dah dah. Shhhhhh. Kau selamat sekarang." Dia cuba tenangkan aku.
"Aku rasa baik hantar dia balik. Dia tengah terkejut lagi ni." Cadang kawan Zafril.
"Jom aku hantar kau balik."
Perlahan kami berjalan menuju ke rumah aku.
"Kau kenal siapa yang serang kau tadi."
Aku hanya membisu. Sanggup Amirul buat macam ni dekat aku.
Zafril hanya pandang aku yang masih membisu.
"Tia?" Zafril menyentuh bahu aku.
"Jangan Mirul!" Aku terkejut. Kejadian tadi masih meracau dalam fikiran aku. Seperti fobia.
"Mirul?"
"Tak. Tak. A-ku aku ok."
"Kau cakap dengan aku sekarang. Amirul ke yang kacau kau?"
"Tak. Tak." Aku cuba menafikan.
"Cakap!" Zafril mula meninggikan suara tanpa sedar.
Aku tersentak dan berdiam diri.
Zafril mula mengusap mukanya perlahan.
"Sorry Tia. A-ku tak sengaja."
"Aku nak balik." Jawab aku perlahan cuba menahan sebak.
Sampai sahaja depan rumah aku. Aku terus masuk tanpa kata apa-apa pada Zafril.
"Tia...."