webnovel

Back To Febuary

Tia yang kehilangan seseorang secara tiba-tiba. Tanpa kata tanpa ucap. Membuatkan Tia tertanya-tanya. Kemana dia pergi? Beberapa tahun berlalu. Akhirnya dia muncul kembali dengan perwatakan yang agak berbeza. Tia mula berasa hairan dengan sikapnya. Dia berusaha untuk mendekatinya semula. Tapi sikap barunya yang pura-pura bersahaja membuatkan Tia tiada harapan. Seolah-olah perkara yang lepas tak pernah berlaku antara mereka. Mereka yang berubah sikap dengan sebab yang tertentu. semuanya berlaku hanya di bulan febuari. Bolehkah kita kembali ke febuari yang lalu?

scvrlet · Teen
Not enough ratings
60 Chs

Hanya satu malam

Bulan yang penuh dengan rahmat. Hujan mula turun membasahi bumi. Membuatkan aku terus mengimbau kenangan yang aku simpan serapi yang mungkin.

Buatkan aku memilih hujan adalah musim kegemaran aku. Aku memerlukan hujan untuk gembirakan hati aku.

Dan hujan buatkan aku ingat segalanya tentang dirimu.

***

1 Febuari 2009.

Dian dan ayahnya mula berpindah ke rumah Makcik Mastura selepas mereka bergelar suami isteri. Rumah lama kami tak jauh dari rumak Makcik Mastura.

Tapi sebabkan Dian hormat Makcik Mastura macam ibunya sendiri. Jadi dia buat keputusan untuk setuju berpindah ke rumahnya.

"Hah Dian. Ibu kenalkan ni anak ibu. Nama dia Amirul. Dian pernah jumpa? Dia satu sekolah dengan Dian."

Amirul hanya melihat Dian dari bawah hingga ke atas. Lalu senyum sinis dilemparkan. Buatkan Dian tidak selesa dengan renungan Amirul.

Siang berganti malam. Dian memilih untuk berjaga sehingga 12:30 pagi. Sedang asik mengemas buku sekolah mengikut jadual hari seterusnya. Pintu bilik Dian di ketuk perlahan.

"Siapa?" Tiada jawapan. Dian mula pelik. Ibu dan ayah balik kampung kerana ada urusan keluraga yang harus diselesaikan.

Dian membuka pintu. Kelihatan susuk tubuh Amirul berdiri di hadapan biliknya.

"Ye?" Amirul hanya menatap wajah Dian.

"Err. Amirul?"

Tangan Amirul perlahan-lahan memegang tangan Dian. Oleh sebab Amirul tidak sedarkan diri sekarang ni akibat mabuk dengan air arak. Dia mula menolak Dian ke dalam bilik.

Mengakibatkan Dian jatuh ke lantai.

"Kau buat apa ni?"

"Shhhhhh." Jari Amirul diletakkan pada bibirnya.

"Hari ni aku nak tidur dengan kau." Pintu bilik Amirul tutup dan kunci. Dian cuba jerit untuk meminta tolong. Tapi sempat di pukul oleh Amirul.

Dian tak terdaya untuk melawan. Dia hanya menangis dan menangis. Maruahnya telah dihancurkan hanya satu malam.

"Sampai hati kau buat aku macam ni?" Dian menutupi dirinya dengan selimut sambil menangis.

"Eh diamlah kau! Kalau kau bagitahu ibu atau ayah. Aku akan pastikan hidup kau lagi teruk dari ni." Amirul memegang kepalanya. Terasa pening akibat kesan mabuk.

Kenapa aku diuji macam ni? Menangis.

Dari jauh kelibat Dian kelihatan. Fatihah berlari mendapatkan Dian.

"Morning beb!" Fatihah menyapa.

Dian mula tundukkan muka akibat menangis.

"Kau ok Dian?"

Dian tak tahu nak buat apa lagi. Tak tahu pada siapa yang dia boleh mengadu nasib. Hanya Fatihah sahaja di sisinya buat masa ini.

Dia beritahu semua yang terjadi malam tadi kecuali nama Amirul dan di mana dia bersekolah. Hanya umur sahaja yang fatihah tahu.

Fatihah mula simpati pada Dian. Tanpa sedar rahsia Dian menjadi sebagai senjata yang boleh digunakan untuk kepentingan dirinya.

Dalam hati Dian, dia bersyukur ada kawan yang memahami.

Tanpa tahu disebalik senyuman Fatihah.

Rupanya dia menjadi gunting dalam lipatan.

***

12 Febuari 2010.

Fatihah menunggu seseorang di belakang bangunan sekolah.

"Hai." Amirul menyapa.

"Tak payah nak hai sangat. Lembab!" Fatihah memeluk tubuh.

"Janganlah marah sayang." Amirul mencuit dagu Fatihah tapi sempat di tepis olehhya.

"Hah cepatlah apa rancangannya?" Fatihah sudah tidak sabar untuk mengenakan Tia. Sudah lama pendam emosi yang membuak-buak.

Ftihah dan Amirul sedang rancak menyusun strategi untuk mengenakan Tia dan Zafril. Nampaknya dendam mereka begitu dalam sehinggakan sanggup merancang sesuatu.

"Kejap. Aku tunggu memba aku ni." Fatihah mencari kelibat Dian

"Memba eh? sejak bila kau ada memba?" Perli Amirul.

"Apa masalah kau?" Amirul ketawa kecil.

Dian berjalan menuju bangunan belakang sekolah untuk berjumpa Fatihah. Tiba-tiba langkah Dian terhenti apabila melihat susuk tubuh Amirul.

"Hah datang pun." Fatihah melambai ke arah Dian.

Amirul mula senyum sinis apabila melihat Dian. Seseorang yang sudah lama dia tidak menyapa sejak setahun yang lalu.