7 Midnight Phantom Cat

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Permainan Glory mempunyai sebuah sistem yang membenarkan para pemain menggunakan suara sendiri untuk tujuan komunikasi. Pada ketika ini, cuma seorang pemain sahaja yang sedang bercakap. Sistem suara ini mempunyai algoritma penyebaran bunyi yang efisien, di mana jarak akan mempengaruhi betapa kuat atau lemahnya sebuah bunyi. Malahan, permainan ini tidak mempunyai muzik latar, hanya bunyi angin meniupkan rumput yang kedengaran pada waktu ini. Setelah pemain memakai fon kepala mereka, mereka dapat merasakan seolah-seolah sedang berada di dalam dunia permainan itu sendiri.

Ye Xiu meneka bahawa pemain yang menjerit tadi adalah Sleeping Moon. Dia sudahpun menemui lokasi bos tersembunyi yang bernama 'Midnight Phantom Cat'. Ye Xiu menaip "ha ha" dan terdengar jawapan daripada suara Sleeping Moon: "Woi, cakaplah! Kenapa kamu menaip?"

"Ada orang yang sedang tidur di sebelah saya, tak elok kalau saya gunakan suara sekarang." Setelah selesai menaip, Ye Xiu mengeluarkan sebatang rokok dan menyalakannya.

"Oh." Sleeping Moon menyatakan yang dia faham. "Yang lain macam mana pula?"

Tiga pemain lain masing-masing berkata sesuatu.

"Ah, tak ada gadis cantik di antara kita!" kata Sleeping Moon dengan nada kecewa.

Semua orang ketawa dan mula menuju masuk ke 'dungeon'.

Hutan Hijau adalah sebuah 'dungeon' bertahap rendah. Tujuan terciptanya 'dungeon' ini adalah demi membolehkan para pemain menyesuaikan diri dengan dunia Glory. Ia pastinya tidak akan menjadi kesukaran buat pemain veteran seperti Ye Xiu. Apatah lagi, Sleeping Moon juga bukan seorang pemain baru. Setelah kumpulan mereka bertarung buat seketika, Sleeping Moon membuat keputusan untuk menjadikan Lord Grim sebagai watak 'Support' kerana kemahiran 'Heal' yang dimilikinya. Kumpulan ini menggunakan formasi 'Iron Triangle', sebuah taktik profesional. Sebenarnya, 'dungeon' yang mudah seperti ini tidak memerlukan taktik sebegitu, tetapi Sleeping Moon sudah terbiasa dengannya. Sleeping Moon memilih untuk menjadi 'tank' utama di dalam kumpulan, sementara 3 pemain yang lain bertanggungjawab untuk melakukan 'damage' di barisan hadapan. Lord Grim ditempatkan di barisan belakang dan bertanggungjawab untuk menyelaraskan fungsi setiap ahli.

Bunyi jeritan dan pembunuhan jelas kedengaran daripada kelima-lima pemain apabila mereka mara merentasi 'dungeon' tersebut. Teknik Ye Xiu menguruskan setiap pemain telah mendapat pujian daripada ketua kumpulan mereka. Minda Ye Xiu agak kebingungan kerana sudah begitu lama dia tidak mengharungi 'dungeon' bersama pemain-pemain lain. Sudah lama dia tidak merasakan perasaan ini.

Melihatkan raksasa-raksasa di dalam 'dungeon' tumbang satu demi satu, minda Ye Xiu terkenang akan segala pengalamannya sejak sepuluh tahun lalu.

Pada waktu itu, Ye Xiu bermain Glory bersama rakan baiknya. Ia adalah sebuah pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.

"Kamu berkomunikasi dengan lancar, menguruskan permainan dengan lancar, tetapi disebabkan sebuah kemalangan yang tidak dijangka, semua impian dan harapan kamu musnah. Yang tinggal hanyalah Payung Seribu Manifestasi di dalam genggaman saya sekarang. Kamu mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia Glory, bakat yang pasti berjaya..." kata Ye Xiu di dalam hati sambil jari-jemarinya mengusap papan kekunci. Dia terus melakukan 'Heal' pada Sleeping Moon tetapi mindanya tidak bersatu dengan dunia permainan tersebut.

Dia hanya tersentap dari memorinya apabila Sleeping Moon berkata "Okay, Midnight Phantom Cat sudah datang!" Bos tersembunyi boleh muncul pada bila-bila masa sahaja, tidak semestinya apabila 'dungeon' telah diselesaikan. Kini, ia sudahpun tiba.

Sleeping Moon mula mengatur taktik, "Serangan Midnight Phantom Cat akan menyebabkan kamu memasuki keadaan 'Cursed', tetapi jangan takut! Binatang ini sangat lincah, jadi saya perlukan sedikit masa untuk menarik perhatiannya. Semua orang fokus untuk menyokong saya, jangan panik dan pastikan kita sentiasa bersama."

Semua pemain lain mengangguk tetapi Ye Xiu pula diam membisu. Apa yang dikatakan oleh ketua kumpulan itu benar sekali.

"Sistem permainan masih belum membuat sebarang pengumuman tentang bos tersembunyi ini, jadi kita mungkin menjadi kumpulan pertama yang menewaskan bos tersembunyi!" kata Sleeping Moon untuk menaikkan semangat semua orang.

"Mara!", arah Sleeping Moon.

Awan hitam menyelubungi langit di atas Hutan Hijau. Bunyi tapak kaki semua pemain jelas kedengaran. Tidak ada sebarang kata-kata yang diucapkan, kesemua pemain memberikan sepenuh perhatian pada keadaan sekeliling mereka.

"Woi Fallen Sun! Tak ada gunanya kamu merenung ke arah langit! Midnight Phantom Cat tak akan datang dari arah itu!" kata Sleeping Moon.

Permainan Glory menggunakan perspektif pandangan hadapan, maka pandangan pada skrin komputer adalah mirip dengan pandangan sebenar seorang manusia. Disebabkan itu, jika seorang pemain memandang ke arah langit, kepala mereka akan turut mendongak. Sleeping Moon menyedarinya, jadi dia terus menegur.

"Ha ha ha," semua pemain ketawa. Tiba-tiba, Ye Xiu terdengar sebuah bunyi datang dari dalam hutan. Ia bukanlah bunyi tapak kaki, tetapi bunyi gesekan badan pada dedaun!

"Dia dah sampai." Ye Xiu sedar bahawa dia tidak sempat untuk menaip, jadi dia memilih untuk menggunakan suaranya. Rokoknya pun masih terlekat di bibirnya! Jari-jemarinya mengetik papan kekunci dan Lord Grim ditempatkan pada posisi yang menghadap Midnight Phantom Cat.

Semua pemain lain melihat gerakan Lord Grim dan menyedari bahawa dia sedang menunjukkan arah kedatangan bos tersembunyi tersebut.

"Semua berundur!" jerit Sleeping Moon, tetapi dia sendiri tidak berganjak. Dia ingin menjadi sasaran pertama Midnight Phantom Cat.

Semua pemain lain berundur dan berdiri di sebelah Lord Grim. Mereka menunggu dengan berdebar-debar akan kedatangan musuh.

"Apakah ini…" kata Fallen Sun apabila melihat sebuah bayang hitam menerpa dengan jeritan yang nyaring. Ia menyerang tepat ke arah Sleeping Moon.

"Tepat pada masanya!" Sleeping Moon berdiri tanpa sedikitpun rasa gentar dan menghunuskan pedangnya. Tubuh Midnight Phantom Cat kecil dan mempunyai pergerakan yang lincah. Raksasa seperti ini akan benar-benar menguji ketepatan serangan seorang pemain.

Ye Xiu sudah dapat mengagak tahap kemahiran setiap pemain dari awal lagi. Dia tahu bahawa menarik perhatian Midnight Phantom Cat memerlukan sedikit masa, dan kemahiran 'Heal' miliknya tidak akan banyak membantu. Tetapi dia tidak sedikitpun risau, kerana dia tahu bahawa kebolehannya seorang adalah lebih dari cukup untuk menangani musuh ini. 

Sleeping Moon mula menunjukkan kehebatannya. Kejituan serangannya cukup tajam, dia berjaya berguling untuk mengelakkan serangan Midnight Phantom Cat dan serta-merta mengenakan tikaman pada tubuh raksasa tersebut.

Sungguhpun serangan awalnya tersasar, Midnight Phantom Cat terus mengatur serangan kedua dengan cakarnya yang tajam. Sleeping Moon menegakkan pedangnya untuk menghalang serangan tersebut. "Dong!" Pedangnya berlaga dengan cakar raksasa itu dan Sleeping Moon berundur selangkah ke belakang. Dia menghunuskan pedangnya dan bersedia untuk menyerang sekali lagi.

Cantik! Puji Ye Xiu. Sleeping Moon menggunakan kemahiran Blade Master, 'Block' dengan tepat sekali. Serangan balasnya juga mantap. Dia adalah seorang pemimpin yang baik, tetapi Ye Xiu tidak menjangka kebolehan pertarungannya turut sama kuat. Dia benar-benar mengatasi jangkaan!

Sleeping Moon menghentak Phantom Cat dengan kuat sehingga ia terpaksa berundur. Ini diikuti dengan sebuah tikaman yang menggegarkan bumi. Warna pedang ungu gelap milik Sleeping Moon kelihatan berlegar-legar di udara. Semua pemain lain bersorak kegembiraan melihatkan keadaan ini. Sleeping Moon menetak sebanyak dua kali lagi dengan pantas lalu menjerit: "Sembelih dia!".

Tiga pemain lain sudah lama bersedia. Mereka menghunuskan senjata masing-masing dan mempamerkan semua kemahiran yang telah mereka pelajari. Sleeping Moon tidak perlu lagi untuk berguling ke kiri dan kanan, sebaliknya terus bergabung dengan mereka yang lain. Berbekalkan kuasa penyembuhan daripada Lord Grim, mereka berjaya memerangkap Midnight Phantom Cat.

Keadaan kelihatan sungguh lancar sekali. Midnight Phantom Cat meraung kesakitan. Semua orang sungguh gembira. Mereka sudah faham betapa berharganya bos tersembunyi ini dan menjangkakan bahawa ia akan tumbang tidak lama lagi. Tetapi, lain pula fikiran Ye Xiu.

"Musuh sudah masuk ke keadaan 'Red Blood'! Terus menyembuhkan kami semua, cepat!"

Apabila nyawa Midnight Phantom Cat tinggal 10% sahaja, ia akan memasuki sebuah keadaan yang dinamakan 'Red Blood'. Kesemua bos tersembunyi mempunyai keadaan seperti ini, di mana mereka akan memperoleh kemahiran baru pada saat-saat getir.

Keistimewaan 'Red Blood' Midnight Phantom Cat adalah ia akan masuk keadaan 'Berserk' (menggila) dan kelajuan serta kuasa serangannya akan meningkat dengan drastic. Disebabkan ini, para pemain perlu disembuhkan dengan lebih kerap.

Tiba-tiba Ye Xiu menyedari sesuatu yang aneh. Dengan kebolehan Sleeping Moon, dia seharusnya mampu untuk membunuh Phantom Cat dengan mudah sekali, asalkan dia terus mengelakkan dari terkena serangan cakarnya. Tetapi dia memilih untuk bersemuka secara berhadapan pula. Tambahan lagi, serangan balasnya kelihatan lebih lemah dari sebelum ini.

"Adakah kamu kehabisan 'mana' (kuasa sakti)? Tanya Ye Xiu. Dia menggerakkan tetikus ke arah penyata kuasa Sleeping Moon, tetapi ternyata ini bukan masalahnya. Dalam sejenak masa, Ye Xiu menyedari apakah yang sedang berlaku. Dia cuba untuk memberikan amaran kepada teman-teman yang lain, tetapi pada saat itu jugalah Sleeping Moon menjerit: "Jahanam! Musuh sudah terlepas dari kawalan saya!"

avataravatar
Next chapter