6 Payung Seribu Manifestasi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Mengapakah kemahiran yang dipilih untuk Lord Grim diketawakan?

Pertama sekali, tahap-tahap awal akan berlalu dengan cepat. Oleh kerana itu, adalah tidak wajib untuk seseorang memadankan kemahiran mereka dengan penuh berhati-hati pada waktu ini. Kebanyakan orang memilih untuk tidak terikat dengan sebarang kemahiran, sebaliknya hanya menunggu untuk mencecah tahap 20 sebelum melakukan perkara tersebut.

Kedua, sungguhpun pemain yang berada di bawah tahap 20 tidak dibenarkan untuk memilih kelas mereka, kebanyakannya sudahpun mempunyai idea tersendiri: 'Mage', 'Swordsman' ataupun 'Gunner' misalnya. Tetapi lain pula dengan Ye Xiu, dia memilih untuk menggunakan kelebihan yang ada pada setiap kelas. Namun, sungguhpun dia boleh mempelajari apa-apa kemahiran sekalipun pada waktu ini, kekuatan kemahiran tersebut adalah tertakluk pada senjata yang dimilikinya.

Misalnya, jika seseorang mempelajari kemahiran kelas 'Sniper', 'Floating Bullet' ia tidak boleh digunakan jika pemain memilih untuk menggunakan pedang. Untuk Lord Grim mempelajari kemahiran ini, dia harus membawa senjata daripada setiap kelas. Pada detik-detik awal permainan seperti ini, menukar senjata secara bertalu-talu adalah sangat menyusahkan. Hanya pemain 'unspecialized' sahaja yang akan memilih untuk berbuat sedemikian. 

Apakah itu pemain 'unspecialized'? Mereka adalah pemain tanpa kelas tertentu. Pemain-pemain sebegini kebiasaannya hanya wujud pada masa dahulu, iaitu sewaktu tahap maksimum yang boleh dicapai dalam Glory adalah tahap 50. Apabila tahap maksimum tersebut dipertingkatkan dan pembahagian kelas diwujudkan, pemain 'unspecialized' hampir tidak wujud lagi. Para pemain pada zaman ini pasti tidak tahu-menahu tentang pilihan sebegini, jadi mereka pasti akan ketawa melihatkan pemilihan kemahiran Lord Grim.

Ye Xiu tidak mempedulikan perkara ini. Lord Grim hanya memiliki Pedang Gangsa bersamanya, dan pedang tersebut sudahpun dijual apabila Ye Xiu singgah ke sebuah kedai.

Tidak lama selepas menjual senjatanya, Ye Xiu menuju ke sebuah peti simpanan yang terletak di sebuah gudang. Tanpa disangka-sangka, sebuah senjata terkandung di dalam peti tersebut.

Akaun yang berpindah server seharusnya kosong. Kosong dari segi pengalaman, emas, peralatan, peti simpanan dan juga sebarang suratan.

Tetapi untuk Lord Grim yang baru sahaja berpindah ke server kesepuluh, terdapat pula sebuah senjata yang menantinya!

Tiada sesiapa yang mengetahui kenapa ini boleh terjadi, tetapi Ye Xiu pula seperti sudah menjangkanya. Dia tahu dia akan menemui sebuah senjata di sini, tetapi tidak kelihatan sebarang perasaan gembira pada wajahnya, sebaliknya perasaan sedih yang terpancar. Tangan kanannya menggigil. Kali terakhir perkara sebegini berlaku adalah sewaktu dia kehilangan One Autumn Leaf. Sekarang, ia berlaku lagi sewaktu dia mengeluarkan senjata tersebut.

Tetikus Ye Xiu diletakkan pada senjata itu.

[Payung Seribu Manifestasi] – Tahap 5

Berat: 23 kg, Kelajuan Serangan: 5

Serangan Fizikal: 180, Serangan Sakti: 180

Itu sahaja. Ia tidak memiliki sifat-sifat lain. Ia hanyalah sebuah senjata kosong.

Tetapi warna pada perkataan Payung Seribu Manifestasi tersebut bukan putih, sebaliknya warna perak.

Dalam dunia Glory, tahap sebuah senjata akan dibezakan melalui warna-warnanya iaitu: Oren, Ungu, Biru, Hijau, Putih. Senjata putih tidak memiliki sebarang sifat istimewa. Senjata hijau hanya boleh diperoleh sebagai ganjaran setelah menyelesaikan 'quest'. Senjata biru biasanya ditemui di dalam dungeon, tetapi sesetengah 'quest' turut memberikannya sebagai ganjaran, ia adalah senjata yang sering digunakan oleh kebanyakan orang. Senjata ungu dan oren pula adalah senjata-senjata mahal, ia hanya mampu dimiliki oleh pemain yang unggul atau kaya sahaja.

Warna perak Payung Seribu Manifestasi ini pula tidak tergolong dalam mana-mana kumpulan warna yang disebutkan tadi. Jika Chen Guo terjaga dan melihat senjata ini, dia pasti akan kekaguman. Warna perak adalah tanda senjata buatan sendiri, dan ia hanya mampu dihasilkan dengan menggunakan 'penyunting senjata'. Ia juga dianggap sebagai ganjaran yang hanya akan dimiliki setelah menghabiskan keseluruhan permainan.

Terdapat sebuah pepatah terkenal dalam dunia Glory, ia berbunyi seperti ini: "Senjata buatan sendiri tidak semestinya paling kuat, tetapi senjata paling kuat adalah buatan sendiri."

Senjata buatan sendiri mampu untuk mengatasi kekuatan senjata oren. Dalam Kesatuan Profesional, setiap kelab akan melabur untuk sebuah pasukan yang menyelidik tentang senjata buatan sendiri. Malah, 'Battle God One Autumn Leaf' turut menggunakan senjata buatan sendiri yang dinamakan Tombak Pertarungan Perak Pemusnahan Kejam! Ia adalah sebuah senjata unggul dan satu-satunya di dalam dunia Glory.

Senjata buatan sendiri teramat sukar untuk dicipta, tetapi sifatnya sangat unik.

Sungguhpun begitu, ia tetap berisiko untuk menjadi sebuah sampah yang unik juga!

Adakah Payung Seribu Manifestasi ini sebuah harta karun ataupun sampah semata-mata?

Jika Chen Guo terjaga dan melihat sifat-sifat senjata itu, dia pasti boleh membuat keputusan serta-merta.

Kualiti terbaik. Payung Seribu Manifestasi sememangnya adalah senjata berkualiti tinggi yang jauh mengatasi senjata oren. 180 Serangan Fizikal dan Serangan Sakti. Ia sekuat senjata oren tahap 10! Kebiasaannya, senjata yang mempunyai kuasa serangan setinggi ini adalah sangat berat dan perlahan. Tetapi payung ini tidak berat dan kepantasan serangannya adalah 5, iaitu kelajuan biasa. Berdasarkan sifat ini sahaja, ia sudah jauh mengatasi senjata oren tahap 10. 

Tetapi, kelemahannya juga agak ketara. Payung Seribu Manifestasi hanya mempunyai attribut asas, tiada sebarang attribut tambahan. Tahap 5 juga tidaklah tinggi, ia mampu diatasi oleh pihak lawan dengan cepat.

Ye Xiu langsung tidak mempedulikan perkara ini, kerana dia sedar bahawa Payung Seribu Manifestasi adalah sebuah senjata agung. Setelah melalui pelbagai eksperimen dan kegagalan, kejayaan mencipta senjata ini sudahpun dikira sebagai pencapaian yang menakjubkan. Senjata buatan sendiri mampu untuk terus diperkuatkan tanpa batasan, jadi ia tidak akan ketinggalan zaman!

Ye Xiu menempatkan Payung Seribu Manifestasi tersebut ke tangan Lord Grim dengan lembut. "Mari kita bermula!" katanya dengan suara yang perlahan dan serta-merta mengarahkan Lord Grim untuk masuk ke 'dungeon' Hutan Hijau.

Hutan Hijau adalah 'dungeon' yang boleh memuatkan 5 pemain dan memerlukan pemain untuk mencecah tahap 5 sebelum dimasuki. Jika seseorang pemain sudah mencecah tahap 10 ataupun lebih, sebarang pencapaian yang direkodkan mereka di dalam 'dungeon' ini tidak akan dikira dan tidak akan dicatatkan pada papan pendahulu. Pelbagai kumpulan pemain sudahpun duduk di luar 'dungeon' tersebut. Apabila Lord Grim tiba, dia terus menerima beberapa jemputan bermain. Ye Xiu memilih untuk menyertai sebuah kumpulan yang masih memerlukan seorang pemain.

"Bagus, bagus, bagus!' Kata ketua kumpulan yang bernama Sleeping Moon sebaik sahaja Ye Xiu menyertai mereka.

"Macam mana kita akan bahagikan ganjaran daripada bos tersembunyi?" tanya Ye Xiu.

"Oh? Soalan yang bagus!" Dari nada percakapan Sleeping Moon, nampak gayanya dia bukanlah seorang pemain baru. Sekurang-kurangnya dia tidak bertanya apakah maksud 'bos tersembunyi'.

Kumpulan yang dibentuk akan berpeluang untuk bertemu dengan bos tersembunyi apabila memasuki 'dungeon'. Kekuatan bos tersembunyi adalah lebih kuat daripada bos biasa di dalam sebuah 'dungeon', tetapi mereka akan memberikan ganjaran luar biasa jika ditewaskan!

Sebenarnya, dengan kekuatan dan kemahiran pemain profesional seperti Ye Xiu, dia tidak akan mempunyai masalah untuk mengatasi 'dungeon' ini secara bersendirian. Tetapi, dia memerlukan kumpulan untuk bertarung dengan bos tersembunyi tersebut. Dia memerlukan ganjaran yang diberikan oleh bos tersembunyi untuk memperkuatkan Payung Seribu Manifestasi miliknya. Ye Xiu sedar bahawa menguatkan senjatanya adalah lebih sukar dari menguatkan Lord Grim sendiri, jadi dia memilih untuk bermula awal.

Untuk 'dungeon' bertahap rendah seperti Hutan Hijau, tidak kiralah sebaik manapun peralatan yang ditemui, ia tidak akan kekal lama. Ini kerana para pemain akan menemui peralatan yang jauh lebih baik di 'dungeon' seterusnya. Para pemain lebih tertarik kepada bahan mentah yang dapat diperolehi dengan mengalahkan bos tersembunyi. Bahan-bahan ini akan sentiasa berguna dan berharga. Bahkan di server-server lama sekalipun, para pemain mencuba nasib di Hutan Hijau demi mendapatkan bahan-bahan mentah ini.

Sleeping Moon menyedari akan hakikat ini, jadi dia terus memberikan cadangan: Setiap bahan yang diperolehi daripada bos tersembunyi adalah sangat berharga, jadi pembahagian akan dilakukan melalui lontaran dadu!

"Baiklah." Itu sahaja yang mampu Ye Xiu katakan. Sungguhpun dia ingin membolot kesemua bahan mentah tersebut untuk dirinya seorang, dia sedar dia berada bersama kumpulan yang tidak dikenalinya. Dia tidak mempunyai hak untuk membolot.

"Bagus. Jika semua orang sudah sedia, jom kita masuk!" kata Sleeping Moon.

Ye Xiu sedang berbual dengan Chen Guo sebelum ini, jadi dia tidak memakai fon kepala. Sebaik sahaja dia memakainya, sebuah ngauman jelas kedengaran dari dalam 'dungeon'.

"Wah, bertuahnya kita! Kita terus berjumpa dengan bos tersembunyi!"

avataravatar
Next chapter