34 ‘Damage’ Lebih Tinggi

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Satu, dua, tiga….

Wajah Ye Xiu tidak menunjukkan ekspresi setengah mati seperti kebiasaannya. Kedua biji matanya tidak berkelip langsung dan dia kelihatan sedang menumpukan sepenuh perhatian. Tangan kanannya yang stabil mengheret Kuku Midnight Cat satu demi satu. Setelah berjaya meletakkan sebanyak 8 keping kuku tanpa kesilapan, Ye Xiu menghembus nafas lega. Dia menggoncang-goncangkan tangannya dan klik pada pelan dasar Payung Seribu Manifestasi. Kemudian, dia sekali lagi mengeluarkan gandar payung tersebut yang menyambungkan kesemua rusuk.

Sesungguhnya pelan dan model payung ini sangat rumit. Setelah gandar dikeluarkan, Ye Xiu meletakkannya di sebelah Baiduri Gelap yang dimilikinya. Dia menekan butang 'copy' dan 'progress bar' senjata tersebut meningkat dengan lancar. Baiduri Gelap yang dimasukkan kelihatan sedang berputar-putar dan dikilatkan oleh sistem permainan. Gandar yang digabungkan dengan Baiduri Gelap ini kemudian dicantumkan pula dengan kelapan-lapan rusuk payung. Bunyi 'klik' jelas kedengaran apabila setiap rusuk dicantumkan. Setelah proses yang rumit ini selesai, Ye Xiu sekali lagi menarik nafas lega.

Melihatkan hasil kerjanya, Ye Xiu menyalakan sebatang rokok sambil termenung. Mindanya mengimbas kembali memori waktu lalu.

Kekuatan senjata buatan sendiri tergantung kepada proses pembuatannya dan juga bahan mentah yang berjaya dikumpulkan. Sejak awal lagi, Ye Xiu telah menjalankan kajian tentang cara terbaik untuk menguatkan Payung Seribu Manifestasi dan dia tahu apa yang diperlukannya untuk memaksimumkan kekuatan senjata ini. Perjalanan dia dan senjata ini masih jauh, masih banyak bahan yang perlu dikumpulkan. Namun, senjata ini lebih kuat dari sebelumnya hasil daripada gabungan bahan mentah yang telah dikumpulkan setakat ini.

Ye Xiu menekan butang 'Confirm' untuk menyempurnakan segala modifikasi yang dilakukannya hari ini. Model Payung Seribu Manifestasi kini menunjukkan lapan keping Kuku Midnight Cat menghiasi lapan bilah rusuk tajamnya.

Ye Xiu menutup 'editor' senjata tersebut dan kembali ke permainan. Dia membuka ruangan senjata Lord Grim dan melihatkan perubahan pada atribut Payung Seribu Manifestasi. Dia mengarahkan Lord Grim untuk menggoncangkan payung tersebut dan ia bertukar kepada bentuk tombak pertarungan. Kini, mata tombak tersebut dan kelapan-lapan Kuku Midnight Cat boleh digunakan untuk menikam dan mencakar pihak lawan. Attribut payung tersebut juga telah meningkat dengan banyaknya.

[Payung Seribu Manifestasi (Bentuk Tombak Pertarungan)] – Tahap 15

Berat: 2.3kg, Kelajuan Serangan: 5

Serangan Fizikal: 290 ; Serangan Sakti: 220

Jika dibandingkan dengan payung yang asal, kuasa serangan sakti tidak meningkat dengan banyak, tetapi kekuatan serangan fizikal sudah meningkat sebanyak 110 mata! Tahapnya ialah 5-25 kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan tombak pertarungan berkelas ungu, biru, hijau dan putih!

Blue River dan rakan-rakanya yang sedang menyelubungi Lord Grim terkejut sehingga melompat apabila melihatkan Lord Grim tiba-tiba menghunuskan senjatanya. Tidak ada seorang pun di kalangan pakar seperti mereka yang mengenali senjata yang sedang dipegangnya itu.

"Abang dah kembali?" tanya Blue River sambil menghantar jemputan kumpulan kepadanya.

"Ya," jawab Ye Xiu ringkas dan menerima jemputan tersebut.

"Apa kata abang sertai persatuan kami terlebih dahulu? Bila abang dah sertai, rekod menyelesaikan dungeon ini akan didaftar dengan nama persatuan kita!" Blue River lantas menghantar jemputan untuk menyertai persatuannya pula.

"Saya faham," Ye Xiu menerima jemputan tersebut dan kini dia ahli Persatuan Blue Brook. Jika rekod sebuah 'dungeon' dipecahkan oleh sebuah kumpulan yang dibentuk oleh 5 orang ahli daripada persatuan yang sama, rekod tersebut akan didaftarkan di bawah nama persatuan itu, seperti yang diterangkan oleh Blue River tadi.

"Jadi, kita boleh mula?" tanya Blue River.

"Sebentar…." kata Ye Xiu sambil melihat pada senjata setiap orang untuk menentukan kelas mereka.

Blue River ialah seorang 'Swordsman' dengan kelas 'Blade Master'. Senjatanya ialah sebilah pedang elemen cahaya, kelas ungu tahap 20. Nama senjatanya Flaming Sun.

Bound Boat ialah seorang 'Priest' dengan kelas 'Cleric'. Senjatanya kelas ungu tahap 20, dinamakan Saint's Cross.

Flower Lantern, juga seorang 'Priest' tetapi dengan kelas 'Knight'. Senjata kelas ungu tahap 20, sebilah kapak tarung dinamakan Guardian of Justice.

Thundering Light, seorang Mage dengan kelas 'Elementalist'. Senjata kelas ungu tahap 20, sebatang tongkat gangsa tanpa nama.

Selain daripada senjata mereka, peralatan keempat-empat pemain ini bertahap biru dan terdapat juga beberapa peralatan tahap ungu. Kesemua peralatan ini disesuaikan dengan kelas masing-masing. Server baru sahaja dibuka untuk beberapa hari, tetapi mereka semua sudah pun berjaya mengumpulkan peralatan dan senjata tahap tinggi seperti ini. Sebenarnya, ini bukanlah disebabkan oleh tuah, tetapi kerana kekuatan persatuan mereka.

"Ada apa-apa lagi tak?" Flower Lantern sudah mula hilang sabar.

"Kalau kita nak pecahkan rekod, saya cadangkan kita tukar beberapa pemain untuk dapatkan kelas yang lebih sesuai," kata Ye Xiu.

"Nak tukar apa?" tanya Blue River.

"Kita tidak perlukan 'Cleric'", jawab Ye Xiu.

"Tak perlukan 'Cleric'? Kamu buat lawak ke??" jerit Flower Lantern.

"Tukar 'Cleric' dan masukkan kelas yang mempunyai DPS (Damage Per Second) tinggi," kata Ye Xiu dengan tenang.

"Abang, abang tak rasa cadangan abang ni agak tak munasabah ke?" tanya Blue River dengan sabar.

"Saya tahu kita akan menghadapi tekanan, tetapi semua orang di sini ialah jaguh. Kita hanya perlu tumpukan perhatian pada kedudukan kita dan mengelak semua serangan, kita tak perlukan 'healing'," kata Ye Xiu lagi.

"Tapi, 'healing' itu sebenarnya sangat penting untuk 'Main Tank' kita, pemain yang akan menerima paling banyak serangan musuh," jelas Blue River.

"Ya, saya faham. Maksud saya, sebenarnya, 'Main Tank' pun tak diperlukan. Kekuatan serangan dia sangat rendah, jadi kita patut tukarkannya juga untuk watak yang mempunyai 'damage' yang lebih tinggi!" jawab Ye Xiu.

"Jahanam!!!" jerit Flower Lantern. Pada mulanya, dia bersuara bagi pihak Bound Boat, 'Cleric' yang bakal disingkirkan. Tetapi sekarang dia akan turut disingkirkan juga!

"Kamu tak nak pakai 'Main Tank'?? Eh, kalau kita menghadapi jumlah raksasa yang kecil, tak apa. Tapi bila kita menentang bos, kita nak buat macam mana? Siapa yang nak menerima semua serangan bos tu? Kamu ke??"

"Ya, sayalah!" jawab Ye Xiu.

"Kamu gila ke??" Flower Lantern berasa teramat geram.

"Saya kata, saya akan bertugas untuk menerima semua serangan bos dan mengawal serangannya juga!" kata Ye Xiu.

"....." semua orang terdiam. Memandangkan Ye Xiu sudah menyertai kumpulan dan persatuan mereka, mereka tidak boleh berkomunikasi melalui mesej peribadi lagi. Blue River menaikkan keningnya dan bertanya,

"Jadi, maksud abang, kelima-lima pemain perlu mempunyai DPS yang tinggi?"

"Betul, ini kumpulan yang akan paling cepat menyelesaikan 'dungeon'," jawab Ye Xiu.

"Di 'Beginner's Village', kamu buat macam ni juga ke?" jerit Flower Lantern.

"Tak penting 'dungeon' mana pun, asalkan kita semua ada DPS yang tinggi, kita akan dapat selesaikan 'dungeon' dengan cepat," kata Ye Xiu.

"Betul, tapi masalahnya, kumpulan yang sekadar mempunyai DPS tinggi sahaja takkan dapat menyelesaikan 'dungeon', abang! Kita semua akan mati awal!" kata Blue River.

"Siapa kata? Kalau kamu tak percaya, kamu biarkan saya jadi ketua kumpulan," kata Ye Xiu.

Blue River berasa seperti ditembak dengan pistol. Sudahlah Ye Xiu menghalau 2 orang ahli persatuannya, sekarang dia mahu jadi ketua pula!

"Ok, tak apa!" Flower Lantern tiba-tiba menjerit, "Saya nak tengok betapa hebat kamu ni! Bound Boat, kamu keluar, pergi panggil ahli yang lain!".

Setelah selesai berkata-kata, Flower Lantern sendiri keluar dan meninggalkan kumpulan. Thundering Light segera menuju ke arahnya dan Bound Boat demi memujuk mereka.

"Kawan-kawanku, janganlah sedih. Cuba berfikir positif. Kalau kita semua mati nanti, kamu berdua takkan rasa malu! Betul tak?"

"Eh pertarungan belum mula pun lagillah!" Flower Lantern melepaskan geramnya pada Thundering Light.

"Bound Boat, cepat berambus. Saya dah panggil ahli lain untuk datang!" jerit Flower Lantern pada Bound Boat pula.

avataravatar
Next chapter