33 Dia Datang Untuk Memalukan Diri Sendiri

Translator: EndlessFantasy Translation Editor: EndlessFantasy Translation

Setelah membereskan Midnight Phantom Cat dengan cepat, Ye Xiu berjaya mendapatkan tiga keping Kuku Midnight Cat lagi. Sekarang, dia sudahpun mempunyai 9 keping kuku. Dia sangat gembira kerana telah mencapai jumlah yang diperlukan. Di samping itu, dia turut mengumpul 4 keping cakar Midnight Cat. Dia tidak memerlukannya, tetapi mungkin ada orang lain yang lebih memerlukan, jadi dia menyimpannya.

Fikirannya beralih kepada Blue River dan tawaran yang dibuat. Lantas, Ye Xiu mengarahkan Lord Grim untuk keluar dari dungeon. Dia dengan segera mengeluarkan kad akaun Chasing Haze supaya dia dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Lord Grim seorang sahaja. Setelah berehat selama sepuluh minit, dia kembali ke 'Beginner's Village' untuk mempelajari beberapa kemahiran baru dengan menggunakan kesemua 1255 'skill points' miliknya. Biasanya seorang pemain hanya akan mempunyai 1250 'skill points' sahaja di tahap 20, tetapi disebabkan oleh buku kemahiran yang diperolehi Ye Xiu pada awal permainan, dia mempunyai 5 markah lebihan. Setelah selesai mempelajari kemahiran baru, dia melangkah keluar dari 'Beginner's Village' dan menuju ke arah Hutan Fros.

Apabila tiba, Ye Xiu melihat Hutan Fros sudah dipenuhi dengan ramai pemain. Suasana di sini agak riuh-rendah. Hutan Fros ialah 'dungeon' pertama yang akan ditemui oleh pemain setelah keluar dari 'Beginner's Village', jadi ramai pemain memilih untuk mendirikan gerai masing-masing demi menjual barangan yang telah mereka kumpul. Keadaannya tidak ubah seperti sebuah pasar besar!

"Saya dah sampai di kawasan persekitaran Hutan Fros. Kamu semua di mana?" Ye Xiu menghantar mesej peribadi kepada Blue River.

Sambil menunggu jawapan, Ye Xiu melihat ke gerai-gerai yang telah didirikan. Keadaannya agak kelam kabut! Ada pemain baru yang tamak, mereka meletakkan harga yang melampau tinggi buat barangan mentah yang tidak bernilai. Pemain yang berpengalaman pula tidak akan begitu bodoh untuk menjual barangan mentah yang bernilai. Lord Grim langsung tidak memerlukan sebarang bahan mentah, kelengkapan mahupun senjata yang sedang dijual. Dia sudah memiliki apa yang diperlukan buat waktu ini, tetapi perjalanannya masih jauh lagi, dan tujuan utamanya masih belum tercapai.

Blue River membalas mesej Ye Xiu dengan memberikan koordinat lokasi mereka. Ye Xiu bergegas ke situ dengan segera.

Blue River dan ahli kumpulannya yang lain mula berasa cemas apabila melihatkan kemunculan Lord Grim. Akhirnya mereka semua bertentang mata dengan jaguh yang paling terkenal di server kesepuluh pada waktu ini. Apa yang menariknya Lord Grim mempunyai gabungan peralatan dan senjata yang agak cacamerba.

"Apakah maksud semua ini? Benarkah dia ini seorang jaguh?" fikir mereka semua di dalam hati masing-masing.

Sistem permainan Glory tidak mempunyai fungsi khas untuk melihat perincian senjata dan peralatan seorang pemain. Semuanya tergantung kepada kebolehan mata kasar mereka untuk membuat penilaian. Terdapat 5 jenis baju perisai yang berbeza pada tubuh Lord Grim pada waktu ini: perisai kain, perisai kulit, perisai ringan, perisai berat dan perisai besi.

Gaya seperti ini agak biasa kelihatan di 'Beginner's Village', tetapi jarang sekali kelihatan di tahap ini. Ini kerana apabila pemain memilih kelas watak khas, dia akan memilih baju perisai yang sesuai untuk dirinya sahaja. Baju perisai yang lain akan dijual atau dibuang. Sekali-sekala, para pemain akan mempunyai beberapa helai baju perisai tambahan yang akan dipakai pada waktu tertentu. Tetapi pemain seperti Lord Grim yang mempunyai 5 jenis baju perisai berbeza tidak pernah kelihatan sebelum ini!

Sedang mereka semua tercengang, Ye Xiu mengarahkan Lord Grim untuk berdiri di sebelah mereka dan berkata "Helo, helo!" melalui mikrofon.

"Ya, saya boleh dengar suara kamu," kata Blue River.

"Hai semua!" ucap Ye Xiu dengan riang.

"Hai…."

"Biar saya perkenalkan. Ini Bound Boat, Flower Lantern dan Thundering Light. Mereka semua jaguh dari persatuan Blue Brook" Blue River memberikan pengenalan yang sepatutnya.

"Hai semua! Err…..boleh tunggu sekejap lagi tak? Minta maaf ya!" Ye Xiu mengucapkan kata-kata ini dan Lord Grim pun berhenti bergerak sepenuhnya.

"Kamu biar betul, Blue River? Lawak apakah ini?" kata salah seorang pemain di dalam ruangan perbualan kumpulan mereka.

"Mengarut semua ni!"

"Dia belum memilih kelas pun lagi??" tanya Thundering Light.

"Dia kata dia akan pilih tak lama lagi…" jawab Blue River dengan rasa malu.

"Eh kalau macam ini gaya dia, boleh ke dia bantu kita pecahkan rekod?" tanya Flowering Lantern dengan penuh keraguan.

"Kalau dia tak boleh, kita pun tak boleh! Tujuan utama kita untuk melihat kebolehan dia, betul?" kata Blue River.

"Ada banyak yang kita tak tahu, tapi saya tahu asal-usul namanya ini," kata Thundering Light.

"Apa dia?"

"Dalam bahasa Cina, 'Lord Grim' boleh diterjemahkan sebagai 'Tuan-tuan, tolong jangan ketawa!', bunyinya hampir-hampir sama. Eh, saya rasa dia sengaja nak memalukan diri dia sendiri kan??"

"Okay, semua orang, tolong jangan buat kesimpulan hanya berdasarkan penampilan semata-mata. Dia belum memilih kelas lagi, jadi penampilan seperti ini agak normal, okay?" Blue River sebenarnya tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi, jadi dia terpaksa mencipta alasan untuk menyedapkan hatinya sendiri. Sejujurnya, Blue River sendiri tidak pernah melihat pemain yang berpakaian seperti Lord Grim ini.

"Dia tidak memilih kelas khas, adakah kerana dia hendak bermain sebagai watak 'Unspecialized'?" tanya Bound Boat yang tidak mengucapkan sepatah perkataan pun sejak awal lagi. Dia seorang pemain veteran dan masih ingat akan waktu pemain 'unspecialized' dianggap popular.

"Pemain 'unspecialized'? Itu sudah berzaman-zaman dahulu! Benda itu wujud sebab pada waktu itu 'awakening quest' tahap 50 belum tercipta lagi!" Flower Lantern tidak setua Bound Boat, tetapi pengalamannya agak banyak juga, dan dia tahu tentang tempoh waktu yang dikatakan itu.

Waktu itu merujuk kepada waktu pembukaan server Glory yang ketiga. Pada ketika itu, tahap maksimum seorang pemain ditingkatkan daripada tahap 50 kepada 55. Jika seorang pemain ingin merempuhi tahap 50, mereka perlu menyelesaikan 'awakening quest' buat kelas khas mereka. Pemain 'Unspecialized' pula tidak akan diberikan 'awakening quest', jadi mereka akan tersangkut di level 50 selama-lamanya. Sungguhpun perbezaan 5 tahap mungkin kelihatan tidak terlalu banyak, tetapi ia lebih dari cukup untuk pemain profesional menewaskan satu sama lain dengan mudah! Dengan terciptanya 'awakening quest', semua pemain menyedari yang tidak ada faedahnya jika mereka memilih untuk bermain watak 'Unspecialized'.

"Mungkin dia nak bermain sampai tahap 50, barulah dia memilih kelas?" kata Flower Lantern lagi.

"Kalau macam tu, dia akan rugi dari segi 'attribute points'!" kata Thundering Light. Setiap kelas mempunyai pertumbuhan atribut yang berbeza. Seorang Blade Master tahap 50 akan mempunyai atribut yang berbeza sama sekali dengan Elementalist tahap 50, misalnya. Pemain 'Unspecialized' akan mempunyai pertumbuhan yang berbeza dengan pemain yang memilih kelas tertentu. Jika menunggu sampai level 50 barulah hendak menukar kelas, mereka pasti akan kerugian dari bermacam-macam aspek!

"Siapa tahu? Mungkin dia tak peduli ataupun terlalu bodoh nak memikirkan semua ni?" kata Flower Lantern.

Mereka semua terdiam. Mereka semua jaguh-jaguh bertaraf elit, tetapi tidak pernah sekali pun terfikir untuk bermain secara 'Unspecialized', jadi sememangnya mereka tidak berpengalaman untuk berbicara tentang baik-buruknya.

"Eh buat apa kita nak buang masa agak-mengagak. Jom kita tanya terus pada dia!"

Flower Lantern menuju ke arah Lord Grim dan bertanya secara terang-terang,

"Abang, abang tak nak tukar kelas ya? Jadi adakah abang bercadang nak bermain secara 'Unspecialized?"

Tiada jawapan.

"Yoohoo. Abang? Abang di situ?" jerit Flower Lantern.

"Dia suruh tunggu kan? Rasanya dia baru saja keluar," kata Blue RIver.

"Saya terfikir sesuatu. Kalau dia bermain watak 'Unspecialized', adakah dia membawa senjata dari setiap kelas?" Thundering Light mengelilingi Lord Grim sebanyak dua kali kerana curiga. Tangan Lord Grim kosong tanpa senjata.

Ini kerana Payung Seribu Manifestasi sudahpun dibawa oleh Ye Xiu ke dalam 'equipment editor'. Senjata ini sangat rumit dan bukan mudah untuk diubahsuai.

Pada saat ini, Ye Xiu sedang menanggalkan Kuku Midnight Phantom Cat secara berhati-hati dan memasangnya pada cabang-cabang tajam Payung Seribu Manifestasi itu.

avataravatar
Next chapter