webnovel

TAKDIR SEBUAH CINTA

CINTA yang kekal hanyalah pada Tuhan. Cinta pada manusia mampu pudar pada bila-bila masa. Apabila pudar, pasti bersebab. Athirah takut dia akan kehilangan cinta suaminya, Firash setelah mengetahui kecurangan suaminya bersama wanita lain. Dia tidak mahu perkahwinan mereka akan berakhir begitu sahaja. Namun, dia juga takut untuk meneruskannya, bimbang jika hatinya akan terluka lagi. Saat di waktu getir, muncul lelaki itu. Athirah cuba menolak lelaki itu, namun lelaki itu terus mendekati. Irsyad, hanya ingin wanita yang berusia tiga tahun lebih tua daripada tidak lagi terluka. Itulah niatnya. Dalam masa yang sama, Athirah kerap diganggu dengan mesej-mesej daripada nombor tidak dikenali, memberitahu tentang kecurangan suaminya dan cuba meracuni fikirannya untuk meninggalkan Firash. Apakah yang akan berlaku pada akhirnya? Kekalkah perkahwinan antara Firash dan Athirah? Adakah cinta Irsyad akan berbalas? Dan siapa sebenarnya pengirim misteri mesej yang menganggui hidup rumah tanggan Athirah dan Firash?

Pena_Putera · 现代言情
分數不夠
4 Chs

BAB 3

SETELAH memarkirkan kereta, Athirah berjalan masuk ke ruangan lif yang tersedia. Sejurus lif tiba di tingkatnya, dia memasuki ke dalam lif tersebut.

"Tunggu!"

Baru sahaja pintu lif tersebut mahu tertutup, tiba-tiba ada dua tangan memaksa lif itu terbuka semula. Terkejut Athirah dengan kemunculan dua tangan tersebut.

Apabila pintu lif tersebut terbuka, kelihatan seorang lelaki berkot biru tercungap-cungap menarik nafas. Athirah meneka lelaki itu berlari mengejar lif. Setelah itu, lelaki tersebut masuk ke dalam ruangan lif tersebut. Athirah menjarakkan diri untuk memberi ruang kepada lelaki itu.

Perlahan dia mengangguk kepalanya, menyapa lelaki tersebut.

"Maaf kalau saya buat cik terkejut."

"Tak apa." Athirah menjawab ringkas.

Suasana antara mereka menjadi sepi. Rasa sedikit janggal.

Mujurlah setelah itu, lif itu mula dipenuhi oleh orang lain dari ramai tingkat. Ketika sampai di tingkat pejabatnya, Athirah segera keluar tanpa menoleh kepada lelaki itu. Dia segera menuju ke ruangan pejabatnya.

Ketika tiba di mejanya, dia memerhati masih belum ramai pekerja yang tiba. Sebagai seorang pekerja di bahagian pemasaran, kerjanya tidak mudah namun dibantuk dengan rakan sekerja yang produktif dan bijak, kerja mereka semua menjadi mudah. Dia bersyukur kerana sudah tujuh tahun dia bekerja di situ.

Banyak yang datang dan pergi. Namun yang kekal kini hanyalah dia, Fazilah dan Aqash. Ada dua pekerja baru di dalam kumpulannya. Salah seorang daripada mereka baru sahaja menjadi lepasan graduan daripada universiti terkemuka di tanah air.

"Selamat pagi, Athirah. Awal sampai?" tegur Fazilah sebaik sahaja sampai.

Athirah tersenyum. "Aku tak awal pun. Baru juga sampai."

Fazilah duduk di tempatnya lalu meletakkan secawan kopi dia atas meja.

"Kau tahu hari ini kita akan dapat ketua baru?��

Hampir terlupa tentang itu, baru Athirah teringat mereka akan menerima ketua baru yang dipindahkan dari cawangan lain. Maknanya, akan muncul lagi seorang ahli keluarga baru.

"Rasanya okey macam Encik Fairuz?" tanya Fazilah.

Sebenarnya, sebelum ini bekas ketua pasukan kami dipecat kerana dituduh telah pecah amanah. Mereka semua terkejut kerana sepanjang mengenali Encik Fairus, dia merupakan seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam setiap kerjanya. Tidak dilupakan layanan yang baik untuk staf-staf di bawahnya. Sentiasa menjaga kebajikan mereka.

Apa yang boleh disimpulkan, Encik Fairuz dijadikan kambing hitam dan diperangkap oleh dalang sebenar yang masih belum sesiapa dapat tahu. Namun begitu, senarai nama suspek menjadi bualan hangat oleh setiap pekerja, cuma tidak berani dipanjangkan isu tersebut kerana suspek yang disyaki adalah orang-orang atasan.

Nasib orang bawahan, keluh Athirah dalam hati. Apabila orang atasan buat masalah, senang sahaja terkena tempiasnya pada orang bawahan. Akibatnya, kehilanganlah seorang pekerja yang berdedikasi hanya untuk menutup kesalahan sendiri.

"Kalau dia okey pun… lepas ini dia patut berhati-hati. Dia tak patut jadi mangsa seterusnya." Athirah perli. Walaupun bukan pada Fazilah, tetapi Athirah berharap kes ini tidak akan berlaku lagi walaupun mustahil harapannya akan menjadi kenyataan.

"Gosip apa pagi ini?"

Aqash muncul bersama beg galasnya. Lelaki itu gemar membawa beg galas ke tempat kerja. Setiap bulan, rekaannya berbeza. Berfesyen tetapi simple. Rasanya, tidak banyak lelaki di syarikat mereka membawa beg galas ke pejabat.

"Tak gosip apa pun. Cuma kau tahu hari ini ada pengurus baru nak masuk department kita?" soal Fazilah pada Aqash.

Aqash angguk. "Tahu. Dengar cerita pengurus itu muda orangnya. Hot stuff. Digilai wanita."

"Eleh, klise drama Melayu sangat!" Fazilah buat muka meluat.

"Itu tak penting. Aku dengar, dia anak Datuk tau." Aqash menyambung lagi.

"Anak Datuk rupanya. Patutlah usia muda pun, dah dapat pangkat pengurus. Kita yang nak masuk tiga puluh tahun ini, jadi pekerja bawah orang juga," luah Fazilah kesal. Sememangnya dia rasa tidak adil dengan situasi itu.

Bayangkan betapa sukarnya orang biasa bekerja keras untuk mendapatkan kerja pada hari ini, namun bagi mereka yang ada kuasa dan hubungan baik, senang sahaja mendapat jawatan yang mereka mahukan.

Itulah dunia. Yang bawah, tetap di bawah. Yang atas, tetap di atas.

Sejurus itu, pekerja-pekerja lain mula muncul satu persatu. Mereka semua mula fokus dengan kerja masing-masing. Tiada lagi ruang untuk bersembang. Masa bekerja adalah masa untuk bekerja. Timbunan kerja yang banyak perlu diselesaikan secepat mungkin.

Tidak lama setelah itu, muncul pengurus besar bersama seorang lelaki di sampingnya.

"Selamat pagi, semua," ucap lelaki separuh usia itu kepada semua pekerja kumpulan pemasaran. Mereka semua bangun dan membalas ucapan tersebut.

Masing-masing mula tertumpu perhatian kepada lelaki di sebelah pengurus besar itu. Rasanya sudah dapat diteka itulah lelaki yang bakal menjadi ketua pasukan mereka. Athirah memandang raut wajah lelaki itu. Seperti dia ada terlihat di mana-mana lelaki itu.

Athirah menggumam dalam hati. Mengingat semula kata Aqash. Lelaki itu kelihatan muda daripadanya. Tidak pasti berapa usianya. Dia sendiri berusia 29 tahun, agaknya berapa usia lelaki itu.

"Seperti kamu semua tahu, hari ini pasukan kamu akan menerima ketua baru. Saya perkenalkan, Encik Irsyad selaku ketua pasukan baru untuk Kumpulan Pemasaran 2." Encik Hanafi memperkenalkan lelaki tersebut.

Irsyad tersenyum. "Selamat pagi semua. Mulai hari ini saya akan menjadi ketua anda semua. Saya harap kita dapat berkerjasama dengan baik."

Semua pekerja di situ membalas senyumannya. Menanti apakah yang bakal dilalui mereka bersama dalam bekerja sebagai satu pasukan, dibawah pimpinan orang baru pada masa akan datang.

"KACAK!" puji Liyana, salah seorang junior dalam pasukan pemasaran 2. Mereka yang lain hanya memandang Liyana yang bagaikan sudah angau setelah bertemu dengan Irsyad.

"Amboi, gatal betul. Tak boleh jumpa lelaki hensem sikit, auu kacak… auu hensem," seloroh Irwan, merupakan pekerja termuda yang kedua dalam pasukan tersebut. Liyana mencebik bibirnya.

Athirah, Fazilah dan Aqash hanya tersengih melihat kelakuan kedua-dua pekerja muda itu. Mereka berdua sudah dianggap seperti adik sendiri. Walaupun kedua-duanya baru sahaja beberapa bulan bekerja di syarikat itu, tapi kemesraan mereka dengan rakan sekerja tidak mewujudkan rasa kekok untuk bonding dengan pekerja lain.

"Kak Thirah dengan Kak Faz tak rasa ke ketua baru kita itu kacak gila? Persis macam model dalam majalah itu. Ya Allah, jawline dia itu tajam sampai boleh potong bawang. Indahnya ciptaan Tuhan…" Melambung-lambung pujian dilemparkan daripada mulut Liyana. Terbayang-bayang wajah Irsyad di fikirannya.

"Usia macam akak ini, dah tak nilai lelaki daripada rupa. Sebagai seorang lelaki sejati, dia sepatutnya menghargai wanita yang dia sayang." Fazilah memberi pendapatnya.

Pendapat itu membuatkan Athirah tersentak.

"Kutuk tunang sendiri ke tu?" perli Aqash. Fazilah hanya tersenyum.

"Entahlah. Kalau dah tak nak, jangan buat orang tertunggu. Rasa macam tunggul kayu."

"Dengar itu Irwan. Kau kalau ada girlfriend, jangan buat dia tertunggu," nasihat Aqash secara tiba-tiba.

"Eh, tiba saya pula kena. Abang itu pun sama." Irwan tak mahu mengalah.

"Apa pula abang? Abang punya dah tak perlu menunggu sebab abang dah ikat perhubungan kami berdua."

���Hurm, tak kisahlah itu tunggu tak tunggu. Tapi jangan suatu hari nanti, bila kita korbankan masa kita untuk tunggu dia, pada akhirnya dia khianati cinta perempuan itu," celah Liyana.

Athirah yang sedang minum jus dalam cawannya, tersedak. Terbatuk-batuk dek kerana tersedak. Dia menepuk-nepuk dadanya untuk melegakan diri.

"Eh, tersedak pula dia. Cakap pasal itu pun terkejut," ujar Aqash yang terkedu.

Fazilah menjeling kepada Aqash, tanda menyuruh lelaki itu diam. Dia menghulurkan gelas air kepada Athirah supaya dapat mengurangkan batuknya.

"Aku okey. Aku nak pergi tandas sekejap." Athirah meminta diri. Dia segera meninggalkan meja di mana dia dan rakan sepejabatnya makan tengah hari bersama.

Athirah mengelap kesan basah pada bajunya dek kerana tersembur air. Kesannya kelihatan kerana dia memakai baju berwarna krim. Setelah itu, dia membetulkan tudungnya. Sambil menatap wajahnya di sebalik cermin, kata-kata Liyana bermain semula di fikiran.

Dia tidak mahu mengambil terlalu serius, tetapi kata-kata tersebut sungguh makan dalam. Dia juga tahu Liyana tidak berniat untuk berkata begitu kerana masalahnya tiada siapa yang tahu.

Selepas selesai urusan di tandas, Liyana keluar dari situ dan pada masa itu jugalah, telefonnya berdering memberi nofikasi mesej baru masuk.

Athirah melihat nofikasi tersebut. Nombor yang sama menghantar mesej kepadanya.

'Kau tak akan percaya apa yang aku nampak.'

Itulah yang tertera pada skrinnya. Sejurus itu, satu mesej mengandungi gambar dihantar. Athirah keberatan untuk memuat turut gambar tersebut. Dia cuba untuk mengabaikan dan menutup semula skrin telefonnya.

Namun perasaan ingin tahunya terlalu kuat.

Dia membuka semula skrin telefonnya dan memuat turun imej tersebut.

Bagai dihempap batu, hampir sahaja dia terjatuh gara-gara kepalanya mahu pitam secara tiba-tiba. Dan pada ketika itu jugalah, seorang lelaki menyambutnya daripada terjatuh.

Athirah cuba memandang jelas wajah lelaki tersebut, dan semakin jelas dia melihat, dia tergumam.