Song Shuhang meneruskan penjelasannya dengan nada yang lembut. "Rancangan awal saya untuk rakam filem biasa dan tak perlukan sangat skrip. Kita boleh rakam dengan cara yang kita suka, itu saja... tetapi selepas kawan saya bangkitkan perkara berkaitan plot, saya rasa munasabah juga apa yang dia cakap. Selepas itu, kawan saya tu menawarkan diri untuk tolong saya cari penulis yang boleh tulis skrip untuk filem itu dan memberi jaminan yang dia akan menulis cerita yang menarik. Hasilnya, saya setuju dengan rancangannya."
Selepas mendengarnya, Gao Moumou menyentuh wajahnya. Sudut mulutnya mula menggerenyet.
"Jadi, beberapa hari lepas, saya terpaksa pergi ke tempat yang sangat jauh atas alasan peribadi. Selepas itu, saya tinggalkan tugas untuk cari penulis yang tulis cerita menarik itu kepada kawan saya yang boleh dipercayai. Saya serahkan segala-galanya kepada dia dan tak tumpukan perhatian kepada perkara itu lagi," kata Song Shuhang.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者