Pergerakan Marvin yang sangat pantas itu membuatkan semua orang terkejut.
Bangsawan dan askar dari Bandar River Shore ini anggap Marvin umpama anak ikan yang dibela oleh Madeline.
Apabila Marvin masuk ke dalam kereta kuda Madeline, mereka semua memandang dia dengan rasa menyampah.
Apabila Grail Suci Magik muncul, akhirnya mereka sedar ada tujuan Lord Bandar dapatkan bangsawan dari kawasan terpencil itu.
Sebenarnya berita di Bandar River Shore tersebar agak cepat. Dan persembahan Marvin semasa Pertandingan Grail Suci telah tersebar di seluruh Pantai Timur.
Tetapi watak utama dalam Pertandingan Grail Suci sebelum ini ialah Ahli Sihir. Oleh itu mereka anggap khabar angin berkenaan Marvin telah ditokok tambah dan anggap dia ingin menunjuk-nunjuk.
Mereka lebih sanggup untuk percaya adik Marvin yang membuat persembahan terbaik dan memberikan kemenangan serta penghormatan pada adik-beradik tersebut untuk menerima Grail Suci.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者