webnovel

Membunuh Menggunakan Tangan Musuh

編輯: EndlessFantasy Translation

Ini merupakan lorong yang sunyi dengan terkepung oleh bangunan di kiri dan kanan.

Tiada tempat untuk berlindung di lorong ini menyebabkan ia sangat sesuai bagi pemanah.

Walaupun bulan terlindung dari pandangan mata menyebabkan lorong ini gelap gelita. Tetapi Marvin ada Darksight!

Dia dapat melihat dengan jelas gadis cantik berdiri di atas atap tidak jauh dari situ sambil busur disasarkan kepada Marvin!

Itu pemanah perempuan.

Di arah hujung lorong arah satu lagi pula, satu kelibat mula menampilkan diri.

Ketika Marvin melihat wajah orang itu, Marvin tidak dapat menahan diri dari terkejut!

Orang itu pelayan bar yang Marvin telah pengsankan!

Lelaki yang telah memberikan informasi kepada Marvin berkenaan tiga ahli Pencuri Sosialit Marcus itu.

"Aku faham sekarang…"

"Lelaki ini cuba untuk membunuh dengan menggunakan tangan musuh."

Marvin rasa seram sejuk selepas berfikir.

Dia tidak sangka akan ditipu walaupun telah berhati-hati.

Pelayan bar ketika ini berbeza dengan perangai pemuda yang gelisah sebelum ini. Perbezaan dari segi tingkah laku sangat ketara.

Dia telah menukar pakaian dan memakai kelengkapan set bertempur. Dia juga seorang renjer yang menggunakan senjata kembar seperti Marvin.

Tetapi… Lelaki ini bukan renjer pangkat ke-2!

Mengikut Inspect, lelaki ini mempunyai kelas asas Renjer tetapi berada di level 7!

"Pemilik kelas pangkat ke-2… bersama seorang pemanah…"

"Tunggu sekejap! Dua orang…"

Dia tiba-tiba terfikir sesuatu dan tidak dapat menahan diri dari berkata," Kau adalah Wolf?"

Lelaki itu pula berhenti berjalan dan terus mengukir senyuman sinis. "Kau seorang yang bijak."

"Nampaknya kau agak berguna. Kau telah berjaya membunuh tiga orang anak buah aku."

"Dan juga dapat meneka identiti aku. Musuh yang agak menarik." Wolf berkata dengan terus terang apa difikirannya.

Betul?

Marvin terus rasa hampa.

Dia terus melihat kepada pemanah itu sambil berkata "Maksudnya itu pula Kitten."

Pencuri Sosialit Marcus masih berbaki dua orang.

Dan mereka muncul di depan Marvin pada waktu yang sama!

Marvin berada dalam keadaan bahaya.

"Kenapa kau ingin anak buah kau mati? Bukankah mereka rakan seperjuangan kau?"

Marvin terus bersandar di dinding. Dia cuba untuk melengahkan masa.

Pemanah itu sangat melecehkan terutama jika dia berada di tempat yang tinggi. Nyawanya dalam bahaya jika terkena anak panah.

Tambahan pula, Wolf berada di sini sambil memerhatikan Marvin seperti mangsa buruan. Lelaki ini renjer level 7. Walaupun dia tidak naik pangkat tetapi dia masih mampu menyekat Marvin.

Di Feinan, ramai pengembara tidak dapat mencari kelas lanjutan yang sesuai. Mungkin kerana kekangan kewangan, atau mungkin tidak dapat mencari guru yang sesuai. Oleh itu mereka hanya mampu tingkatkan kelas asas mereka sahaja. Kelas asas mampu menjadi pangkat ke-2 tetapi selepas level 10, mereka perlu dapatkan kelas lanjutan jika ingin terus meningkat naik.

Wolf merupakan salah seorang yang tidak dapat menjumpai kelas lanjutan dan hanya meningkatkan kelas asas.

Walaupun kelas asas lebih seimbang tetapi mereka tidak dapat bersaing dengan kelas lanjutan ketika ingin menjadi lebih kuat.

Sebab itu Marvin sangat pentingkan untuk naik pangkat.

Wolf tidak dapat menahan diri dari tersenyum ketika mendengar soalan Marvin. "Sudah tentu kami rakan seperjuangan. Kalau tidak macam mana informasi diberi sangat teliti?"

"Aku sangat berterima kasih kerana kau membunuh mereka. Aku berfikir macam mana untuk hapuskan mereka kebelakangan ini. Menggunakan tangan sendiri agak tidak munasabah bagi aku."

"Aku telah bekerjasama beberapa tahun dengan mereka. Aku teragak-agak untuk membunuh mereka sendiri."

Marvin rasa ingin muntah selepas dengan kata-kata hipokrit Wolf.

"Celaka, ragu-ragu? Membunuh dengan gunakan tangan orang lain, apa bezanya?"

"Kau masih tidak menjawab soalan aku. "Kau mahu simpan semua harta sendiri."

"Masih ada dua di antara kami, sebab itu tidak dikira simpan seorang saja," Wolf membalas dengan ceria.

Dia rasa keputusan seperti telah ditentukan.

Tetapi berdasarkan situasi sekarang, rasanya keputusan memang seperti itu. Wolf mempunyai 2 level lebih tinggi dari Marvin dan terdapat pemanah di kawasan tinggi. Jika Marvin tidak berjaga-jaga, mereka pasti dapat membunuh Marvin dengan mudah!

"Jangan kata perkara tidak berfaedah lagi!"

"Cepat bunuh dia dan kita bertolak malam ini ke tempat jauh! Pemanah yang berdiri di atas atap itu berkata dengan dingin.

"Nampaknya mereka berdua ini pasangan pencuri. Patutlah mereka berpakat untuk bertindak kepada tiga ahli yang lain!" Marvin terus faham.

Sambil pisau belati terpancar dari pisau belati, Wolf terus mengeluh, "Tiada apa yang boleh aku buat, aku berkahwin dengan wanita yang garang."

"Aku ingin berbual dengan kau lagi tetapi sudah sampai masa untuk selesaikan semua."

"Disebabkan kau dah bantu aku untuk menyelesaikan mereka, aku akan biarkan kau mati dengan penuh bangga. Aku akan cuba biarkan mayat kau dalam keadaan sempurna, macam mana?"

Belum sempat habis dia berbicara, satu kelibat yang menggunakan kerambit kembar terus menerpa ke arahnya.

Marvin tidak cuba untuk melepaskan diri!

Dia tahu cuba melepaskan diri tidak akan mengubah keputusan dia.

Nilai persepsi Marvin dapat merasakan sesuatu di belakang dia. Pemanah tersebut telah mensasar pada dia sepanjang masa ini!

Jika dia berundur, dia akan menjadi sasaran yang mudah!

Dia hanya boleh bangkit untuk berlawan!

Marvin terus menerpa ke depan dengan kerambit kembarnya!

Blade Technique – Rapids!

Satu blade technique yang hebat ditonjolkan di bawah sinaran bulan. Setiap gerakan Marvin sangat tepat. Marvin dan Wolf setanding ketika ini!

Muka Wolf terus terkejut.

Wolf mempunyai kelebihan dari segi level dan juga penguasaan senjata lebih kuat. Tetapi teknik senjata Marvin sangat tepat. Serangan Wolf yang bertalu-talu tidak dapat menembus pertahanan Marvin!

Wolf rasa perkara ini sangat tidak masuk akal.

Tetapi ini keputusan Marvin selepas meningkatkan kekuatan dengan bersusah-payah!

Memang benar level Wolf lebih tinggi tetapi level penguasaan senjata mereka sama dan Marvin juga ada blade technique!

Kerambit Marvin dan Wolf bertembung bertalu-talu menyebabkan cahaya bersinar di lorong tersebut dan bunyi "Clank" kedengaran.

"Nampaknya Wolf hanya ada kekuatan sebanyak ini saja!"

Hati Marvin mula rasa tenang sedikit.

Walaupun lelaki ini pemilik kelas pangkat ke-2 tetapi dia masih tidak dapat kelas lanjutan menyebabkan dia tiada atribut bonus.

Kelebihan 2 level tinggi hanya tambahan beberapa nilai kemahiran kelas dan juga nilai atribut. Dan kemahiran membunuh Marvin berlipat kali ganda hebat dari Wolf!

Marvin dapat selesaikan dia dalam masa 3 minit saja jika satu lawan satu!

Tetapi ini bukan satu lawan satu. Masih ada pemanah yang mensasar Marvin dari belakang.

Dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menggunakan sepenuh tenaga!

Dia juga terpaksa membahagikan perhatian kepada Busur Kitten.

Disebabkan dia tidak dapat fokus berlawan Wolf, keadaan sekarang menjadi buntu!

"Celaka! Jika masih berterusan, aku pasti akan kalah!" Jantung Marvin berdegup dengan kencang.

Ini disebabkan dia tidak dapat bertarung dengan lama kerana stamina yang rendah!

Tambahan pula membunuh tiga orang sebelum ini menggunakan stamina yang banyak. Keadaan ketika ini yang satu berlawan dua ditambah pula salah seorang dari mereka ialah pemanah menyebabkan tekanan yang kuat kepada Marvin!

Dia terpaksa mencari cara untuk mengubah keadaan ini!

"Bang!"

Selepas mereka bertembung dengan sengit sekali lagi, Wolf perasan sesuatu dan berundur.

"Woosh!"

Anak panah telah dilepaskan!

Marvin berguling sambil mengelak dengan tipis anak panah tersebut! Tetapi kali ini dia mengelak dengan penuh kekok.

Wolf ketawa jahat, mengangkat kerambitnya untuk menggunakan kemahiran beheading slash yang kejam!

Disebabkan Marvin mengelak sebelum ini, Marvin telah kehilangan peluang untuk membalas. Dia membongkok badan dan mengangkat kerambit untuk menahan serangan itu!

Tetapi kemudian dia melontar kerambit di tangan kanan dan membaca mantera dengan pantas!

Vine Metamorphosis!

Tangan dia terus bertukar menjadi tumbuhan menjalar dan melilit buku lali kanan Wolf.

Wolf tidak sangka ada muslihat seperti ini!

Jampi Renjer sesuatu yang sangat sukar ditemui!

Tambahan lagi dengan druid di selatan semakin kurang aktif.

Vine Metamorphosis memecahkan rentak Wolf. Marvin mengambil kesempatan untuk biarkan wolf terjatuh di tanah.

Marvin menarik nafas dengan dalam sambil menyerang ke arah bawah dengan tangan kiri!

Tetapi baru separuh jarak serangan ingin terkena, dia terus mengelak ke sisi setengah langkah!

"Woosh!"

Satu lagi anak panah!

Marvin tidak dapat mengelak sepenuhnya anak panah kali ini. Kepala anak panah itu terkena bahu Marvin.

Marvin terus dapat rasakan kesakitan yang perit!

"Bangsat!" Dia menjerit. Dia tidak berfikir dua kali untuk teruskan serangan mengelar kepala Wolf!

Pemanah yang dari jauh itu meraung kesedihan dan memanah dengan banyak!

Ia nampak seperti hujan anak panah ketika ini.