webnovel

Membaca Fikiran

編輯: EndlessFantasy Translation

Ekspresi Lorie penuh risau di atas tembok Bandar Hope itu.

"Mereka secara rasmi telah bermula." Dia dapat rasakan aura kedukaan.

Satu perintang yang besar menyelubungi seluruh Pekan Lion. Ini memang ritual Pengorbanan yang menakutkan sehingga Bangsa Gelap juga tidak terlepas.

Mereka telah mengikut Naga Hitam Clarke menyerang Gunung Rocky untuk terus hidup dan dapatkan makanan!

Tetapi memang bukan untuk melontarkan nyawa mereka seperti ini.

Tetapi sejak Cik Tess mati, bala tentera Elves Gelap telah menunjukkan tanda tidak stabil dan bangsa lain pula lebih rasa risau kerana ritual Pengorbanan ini ada termasuk sedikit orang mereka.

Banyak orang dari Bangsa Gelap ingin berundur.

Pekan Lion mempunyai banyak makanan dan bekalan ini cukup untuk mereka melalui musim sejuk yang panjang.

Tetapi Naga Hitam yang jahat itu tidak benarkan perkara ini berlaku.

Mereka akan dibunuh dengan kejam jika cuba untuk melarikan diri.

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者