Tetapi Marvin tidak membiarkan Perantis itu melancarkan sihir dan menyerang dulu!
Ketika dia masih berada di pangkat ke-2, dia telah berani untuk membunuh orang dari Menara Three Ring. Hari ini kekuatan dia sudah lebih tinggi dan boleh melangkah ke Realma Legenda jika dia mahu. Oleh itu kenapa dia perlu takut terhadap kumpulan kecil seperti [Blackfire Lava]?
Pada masa itu, Perantis Ahli Sihir tersebut baru membaca mantera satu per tiga dari jampi penuh sebelum satu kelibat muncul di depan dia sepantas kilat.
"Bang!"
Marvin tanpa rasa ragu menumbuk muka dia!
"Crash!" Macam mana Perantis Ahli Sihir yang kasihan dapat menerima serangan dari Separuh-Legenda? Tumbukan tersebut menyebabkan giginya patah dan tercampak di udara sambil jatuh ke tanah dengan keadaan penuh menyedihkan.
Perantis yang lebih tua sedikit itu terkejut beruk. Gerakan Marvin itu sudah cukup untuk menunjukkan kekuatan dirinya.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者