webnovel

Kultus Ular Kembar

編輯: EndlessFantasy Translation

Ada satu kegelisahan kelihatan di wajah semua skuadron pengawal.

Kesemua pemuda ini sangat berani. Untuk Lord, mereka tidak kisah jika terpaksa untuk menyerang pintu masuk Bandar River Shore.

Mereka pengawal Lembah White River, dan mereka hanya setia dan mengikut arahan dari Lord mereka sahaja.

Tetapi sekarang mereka perlu mengikut arahan daripada pembunuh upahan.

Ia sesuatu yang sukar untuk diterima. Walaupun mereka baru sahaja tiba di Bandar River Shore, tetapi mereka telah dengar pelbagai khabar angin mengenai pembunuh upahan ini.

Dikatakan dia dengan seorang diri telah memusnahkan satu kumpulan? Tidakkah itu sangat menakutkan?

"Cik Anna…"

Andre melihat separuh-elf pembantu itu dengan pandangan yang tidak selesa.

Tetapi Anna hanya berkata dengan muka yang dingin, "Ini arahan dari Lord!"

Andre terpaku seketika dan mengangguk, selepas itu berkata "Baiklah, aku terima!"

Marvin berkata dengan suara yang garau, "Jangan bazir masa? Bukan senang nak menghantar peronda keluar dari sini. Malam ini kita kena bertindak pantas. Mari ikut aku cepat!"

Kelibat Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng itu hilang di lorong itu.

Kesemua dua puluh pengawal itu dengan pantas mengikut.

Dan Anna hanya tunggu di situ.

Dia mempunyai tugas lain yang lebih penting untuk diselesaikan.

Marvin dengan mahir bergerak di celah lorong, lagipun dia tahu mengenai carta kedudukan kuasa di bandar ini.

City Lord yang terkuat, dia tidak dapat ditandingi dan hampir menjadi ahli sihir legenda. Jeneral terkuatnya ialah ketua dari Kor Ahli Sihir.

Selepas itu peronda. Setiap askar pasukan peronda ialah pelawan pangkat ke-2 dan agak kuat.

Mereka bertanggungjawab ke atas keselamatan awam di Bandar River Shore.

Asalkan dia dapat menghalau peronda keluar dari sini, Marvin tidak takut dengan benda yang lain.

Walaupun Miller sangat kaya, tetapi pertahanan di halaman rumah agam dia hanya mempunyai lima atau enam askar upahan yang membentuk pasukan kecil dan juga dua orang yang memiliki kelas pangkat ke-2.

Jika mengikut perancangan Marvin, Miller sudah mati.

"Sanggup dengan kejam meracun abang kandung sendiri."

"Aku tidak akan biarkan orang seperti ini hidup lama di dunia ini."

Dia berjanji di dalam hati.

Selepas membelok, mereka tiba di kawasan yang agak terpencil.

Kelihatan satu goblin tua berkaca mata menunggu sambil tersenyum. Dia dikenali dengan nama Bane, dan walaupun di luaran dia menguruskan kedai pajak gadai, dia mempunyai banyak hubungan dengan kumpulan samseng tempatan.

Asalkan kau membayar wang yang secukupnya, mereka ini sanggup menjual apa sahaja.

Selepas Marvin kembali ke Bandar River Shore, ini kali pertama dia menebus kembali rantai tersebut. Selepas itu, dia menggunakan identiti sebagai Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng untuk berurusan dengan goblin tua Bane.

"EncikPembunuh Senjata Kembar Bertopeng, mari ikut ke sini."

"Bane ketawa kecil dan membawa kesemua mereka ke vila di kawasan orang kaya.

Pengawal yang muda tersebut berasa gemuruh melihat kesemuanya.

Kumpulan ini mengambil kesempatan ke atas kegelapan malam untuk pergi ke vila dan goblin tua tersebut mengeluarkan kunci dan membuka pintu dengannya.

Ini satu gudang yang dipenuhi dengan peti simpanan.

"Sejumlah 20 pasang perisai kulit dan juga senjata untuk latihan askar ada di dalam."

Goblin tua itu tergelak, "Asalkan engkau mempunyai wang yang cukup, kami, kumpulan perdagangan Black Claw boleh menjual apa sahaja yang engkau mahukan."

"Cuma jelas sekali jangan menyerang Rumah Agam Lord Bandar dengan benda ini… Aku tidak risau akan masalah engkau timbulkan tetapi aku risau engkau tidak akan dapat pulang."

Bane melawak pada waktu tidak kena.

Tiada siapa yang akan menggunakan senjata askar yang lama ini untuk menyerang rumah agam Lord Bandar.

Ini era ahli sihir, dan ahli sihir yang menggunakan [Greater Ice Ring] boleh membuatkan semua pengawal kehilangan separuh kekuatan untuk berlawan. Dan menghadapi ahli sihir pada era ini satu jenaka.

Bencana Besar belum berlaku lagi, Kolam Magik Alam Semesta masih tidak diserang dan Dewa di Syurga masih belum bersepakat lagi.

Tetapi Marvin tahu semua ini akan berlaku tidak lama lagi.

"Masuk." Marvin mengarah, "Pakai semua perisai kulit ini. Aku tahu kamu semua telah dilatih dengan latihan askar asas, tetapi musuh kamu askar upahan profesional."

"Aku berjanji satu perkara kepada lord kamu yang tidak akan ada seorang pun dari pihak kita yang akan tumbang mala mini."

"Oleh itu, budak mentah, cepat pakai perisai kulit untuk aku!"

Marvin mengarah seperti seorang yang berpengalaman tinggi membuatkan Andre sedikit tidak berpuas hati tetapi tidak boleh naik marah.

Sebenarnya, ketika dahulu dia bermain, Marvin ialah peninjau profesional yang pernah membabitkan diri dalam satu ekspedisi bandar bawah tanah bertempur dengan elves gelap. Dia telah melalui latihan askar yang ketat, lebih kuat dari beberapa askar di depan itu sekurang-kurangnya.

Manusia bawah tanah sendiri lebih kuat dari manusia di permukaan dan Marvin tidak perlu mengatakan bagaimana pula dengan elves gelap. Dari pandangan Marvin, untuk menunjukkan perkara yang tidak kena ialah sangat mudah.

Belum lagi berlawan, Marvin telah menunjukkan keupayaan dirinya kepada pemuda di depan dia ini.

Untuk meyakinkan mereka semua. Mereka perlu mematuhi arahan dia untuk pertarungan seperti ini.

Pemuda di depan ini semuanya terlatih dan tidak mengambil masa yang lama untuk memakan perisai kulit itu.

Pertahanan sangat penting dalam pertarungan kerana tubuh badan manusia sangat lemah. Sebelum mencapai pangkat ke-3 [Heavenly Enligtenment], kesemua pemilik kelas tidak akan terselamat dari tercedera tanpa memakai kelengkapan perlindungan. Tetapi, ahli sihir terkecuali. Magik ahli sihir memusnahkan kemahiran kelas lain. Inilah punca kenapa ahli sihir memerintah dunia.

Orang semua berkata walaupun dewa terkuat juga mempunyai berat sebelah. Dewa kuno nombor satu Lance mencipta Feinan dan menyayangi semua bangsa, tetapi lebih berat kepada ahli sihir.

Tetapi semua ini akan berubah tidak lama lagi.

"Aku dengar kesemua peronda telah pergi ke kawasan pelabuhan?" Goblin tua itu memerhatikan di tepi kesemua pengawal siap memakai kelengkapan mereka, dan tidak dapat mengawal matanya dikecilkan seperti ada sesuatu di kepala dan bertanya.

Marvin dengan dingin menjawab, "Peniaga jangan terlalu banyak bertanya."

Bane tergelak, "Sudah tentu, sudah tentu. Tetapi peronda bukanlah isu terbesar kamu." Goblin tua itu tersengih, "Sir Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng, aku tahu sasaran kamu. Kawasan orang kaya 31, si gemuk bernama Miller. Aku ada informasi yang bernilai untuk dijual kepada kamu."

Marvin berkerut.

Berkata penjualan informasi ketika ini, tujuan goblin tua itu sangat jelas.

Dia ingin mengambil kesempatan untuk meningkatkan harga.

Andre dan yang lain semua sudah bersedia. Mereka melihat kedua-dua orang ini sedang berbincang dan terkejut melihatnya. Mereka hanyalah askar sahaja, dan pemikiran mereka tidak pantas untuk memproses semuanya.

Marvin berbisik, "Berapa?"

"5 keping emas."

Crook!

Satu cahaya terpancar dan kerambit tersebut sudah berada di leher goblin tua tersebut.

"Tidak boleh murah lagi ke?" Marvin bertanya.

Goblin tua itu tetap bertegas, "Informasi ini boleh menyelamatkan nyawa kau."

Woosh!

Marvin menyimpan semula kerambitnya dan melontar 5 keping emas dari konc kosongnya.

Cahaya keemasan melintas di sebalik lilin yang bernyala di gudang dan hampir menyilaukan mata Andre dan yang lain.

Mereka semua orang yang miskin dari Lembah White River, mereka tidak pernah melihat wang sebanyak itu!

"Bos, adakah menjadi pembunuh upahan boleh mendapat duit yang banyak?"

Satu lagi ahli berbisik, "Itu 5000 keping perak!!!!"

Andre senyum pahit, juga rasa keliru.

Rasanya Lord tidaklah begitu kaya? Di mana dia dapat mencari pakar hebat seperti ini?

Perangai Andre sangat lurus: jika dia tidak dapat memahami, dia malas untuk ingin memahami.

Oleh itu, jika ini arahan Lord, kita hanya perlu ikut sahaja.

Raut wajah muka goblin tua itu terus bertukar serius selepas menerima duit itu, "Aku tahu kau telah menerima wang untuk menghapuskan keluarga Miller. Tetapi kekuatan di sebalik orang tua itu lebih hebat dari yang dijangka kau."

"Engkau pasti boleh menghapuskan mereka pada malam ini tetapi aku takut engkau akan mengalami banyak masalah selepas ini."

Marvin berkata dengan dingin, "Aku bunuh, aku tidak takut masalah."

Bane mendengus, "Kultus Ular Kembar, pernah kau dengar?"

Kelopak mata Marvin mula mengecil.

Kultus Ular Kembar!

Dia pernah mendengar nama tersebut!

Lebih dari mendengar, dia dan pengikut iblis yang jijik itu pernah berlawan lebih dari berdozen kali di hayat yang lalu.

Dia masih teringat lagi kematian pertama di dalam permainan video itu ketika berlawan dengan pengikut kultus ular kembar; dia telah mati dalam letupan oleh pengikut fanatik yang meletupkan diri sendiri.

Ini satu penghinaan dalam kerjaya permainan video Marvin.

Bagaimana boleh dia tidak ingat?

"Miller dari Kultus Ular Kembar?"

Marvin mula serius.

"Patutlah tiada apa berita sekian lama dari dia walaupun sudah bertahun-tahun dan tiba-tiba dia kembali ke Bandar River Shore dengan penuh kekayaan. Jika dia pengikut Kultus Ular Kembar, dan semua ini masuk akal!"

"Tunggu!"

Tiba-tiba, Marvin mendapat ilham!

Pengikut Kultus Ular Kembar selama ini beroperasi secara rahsia.

Disebabkan ahli sihir legenda Anthony dari Pantai Timur Menara Holy Light menggunakan [Eyes of the Bright Sun] setiap hari untuk memerhatikan setiap pergerakan mereka. Anak perempuan ahli sihir legenda ini mati di bawah konspirasi dari Ular Kembar, dan asalkan dia masih hidup, Kultus Ular Kembar tidak berani beroperasi.

Tetapi kini, Kultus Ular Kembar sudah muncul di Bandar River Shore!

Jika Marvin tidak silap, ini bermaksud ahli sihir legenda Anthony hampir mati.

Kematian Anthony bukanlah semulajadi.

Ia disebabkan oleh dewa yang dikenali [Putera Bayang].

Inilah langkah pertama kumpulan dewa ke atas kemusnahan Kolam Magik Alam Semesta.

"Aku perlu cepat!" Marvin berfikir dengan risau. "Bencana Besar datang lebih cepat dari yang dijangka!"