Mereka tidak dapat dapat buat apa-apa tentang perkara ini. Memang perkara yang sangat jarang bagi manusia biasa untuk masuk ke Neraka dengan badan berdaging dan mempunyai darah.
Walaupun di penghujung Neraka.
"Habislah kita…"
Marvin menarik nafas dengan dalam.
Walaupun mereka tidak semestinya mati dalam situasi ini tetapi keadaan mereka ketika ini memang sangat teruk.
Melainkan mereka sanggup untuk tandatangan kontrak dengan Pemerintah Syaitan yang jahat, memang agak mustahil untuk mereka melepaskan diri.
Tetapi kontrak ini mempunyai harga yang biasanya perlu dibayar iaitu roh orang tersebut!
Ekspresi Ivan juga menjadi teruk.
Keturunan diraja Elven memang abadi. Selepas mereka mati, roh mereka akan pergi ke air terjun eternal pada sempadan rahsia dan mereka akan dilahirkan semula selepas bertahun-tahun lamanya.
Tetapi ini tidak akan berlaku jika roh mereka jatuh ke tangan Syaitan.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者