Marvin terus berpusing ke belakang selepas mendengar jeritan Hera.
Satu Azmyth sedang mengambil budak kecil Guy dari tangan Hera!
Ia berteriak dengan penuh bangga dan ketawa sambil dia terbang di udara. Hera pula menjerit penuh dengan rasa sedih.
Ia berlaku dengan sangat pantas dan hilang dari pandangan Marvin.
Azmyths merupakan makhluk yang keji!
Selalunya mereka akan menangkap mangsa mereka untuk bermain-main sahaja. Nampaknya ini yang berlaku kepada budak kecil Guy itu. Mereka akan terus terbang tinggi di langit dan kemudian lepaskan mangsa mereka untuk jatuh ke bawah supaya terhempas menjadi daging hancur!
"Sir Robin!" Hera menjerit dengan sepenuh tenaga yang dia ada.
Marvin tahu apa maksud dia.
Dia kemudian menggenggam penumbuknya dan membuka pintu belakang kincir angin sebelum membawa Raven masuk ke dalam.
"Tolong tengokkan dia untuk aku!"
"Kunci pintu dan jangan biar Azmyths masuk ke dalam."
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者