webnovel

Jari Lich Terputus

編輯: EndlessFantasy Translation

"Celaka! Bukankah hamba-hamba itu bergosip Morris selalu bermalam di makmalnya?"

Apabila Marvin ternampak sepasang kasut dari bawah katil itu, dia tidak dapat menahan diri dari mencarut di dalam hati.

Di dalam Boknin, hanya ada seorang sahaja yang boleh masuk sesuka hati di bilik ini iaitu Lord Bandar Morris.

Dia berpangkat ke2 Penyihir Roh dan juga Duta Roh Jahat, agak bermasalah.

Jikalau orang tua ini jenis yang berwaspada….

Walau Marvin seorang yang berhati-hati, dia terpaksa menghadapi perkara yang boleh berubah, dia tidak dapat jamin yang dia tidak membuat sebarang kesilapan pada malam ini.

Dia hanya mampu berdoa yang Penyihir Roh itu tidak menjumpai dia di tempat persembunyiannya.

Satu perkara yang melegakan hatinya kerana persepsi Penyihir Roh itu sama seperti orang biasa, tidak begitu hebat. Dia tidak akan dapat menjumpainya melainkan dia menggunakan magik pengesanan.

Penyihir Roh Morris yang memegang lilin itu bermundar-mandir di dalam bilik itu seketika.

Morris kemudian membuka tirai.

Dari posisi tersebut, Marvin hanya dapat melihat di sebalik tirai itu sebuah almari.

Rasanya terdapat cermin di dalam almari tersebut.

Orang tua itu tiba-tiba melutut sambil meletakkan lilin di atak kepala dan sambil melaungkan sesuatu.

Permukaan cermin itu berombak seperti permukaan tasik.

Ternampak keringat di dahi Marvin.

"Lord Alam Bawahan mana yang ingin dia hubungi?"

"Celaka! Boleh pula masa ini dia cuba hubungi Lord Alam Bawahan?"

Dia masih lagi tenang, sambil memikirkan tiga cara untuk melepaskan diri, tetapi cara-cara ini semua harus bergantung kepada Lord Roh Jahat itu tidak dapat masuk ke Bokmin sesuka hati.

Disebabkan beberapa banyak sekatan dewa, lord roh jahat tidak dapat menjejakkan kaki ke Benua Feinan. Tetapi ini dunia lukisan!

Ini Boknin!

Renjer level 4 menghadapi legenda lord roh jahat yang hebat…Walau dengan pengetahuan yang banyak juga tidak berguna!

Dia hanya mampu berdoa yang kedua-dua mereka tidak menjumpainya di tempat di bersembunyi di bawah katil.

"[Syaitan Nefarious] yang Agung, hambamu menanti arahan darimu."

Suara orang tua dengan penuh rasa hormat bergema di bilik.

"Morris, engkau telah berada di dunia lukisan ini untuk masa yang lama," suara menyeramkan dari dalam cermin itu berkata. "Ada sesuatu yang aku mahu engkau lakukan. Segera lakukannya! Boknin mempunyai empat pintu yang bersambung dengan dunia Feinan, dan dua dari pintu tersebut engkau mampu gunakan. Pergi cari [Pembela] Fegan. Dia akan membantu kau."

"Aku telah dapat melihat sedikit keadaan masa hadapan. Kesemua dewa dari syurga tidak mahu ketinggalan. Tetapi mereka tidak akan menjangka yang ini era roh jahat, era kita."

"Aku mahu kau sebarkan benih…"

Marvin tidak memahami perkataan yang diperkatakan selepas itu.

Mereka bertutur dalam bahasa alam bawahan, setiap perkataan akan membangkitkan rasa kekejaman dan ketakutan dalam manusia.

Tetapi ini membuatkan Marvin sedikit gembira dan terkejut sepanjang proses ini berlaku, mereka berdua tidak menyedari kehadirannya.

Mungkin nasib dia baik kerana mereka berdua tidak menyedari kehadiran orang ketiga di dalam bilik lord Bandar itu.

Perbualan mereka tamat selepas 10 minit kemudian. Cermin itu ditutup semula dengan kain yang tebal.

Duta roh jahat Morris meninggalkan bilik tersebut dengan pantas.

Marvin mengelap keringatnya dan menarik nafas lega. Dia tidak merancang untuk berada lebih lama. Dia menggunakan [Stealth] dan dengan pantas meninggalkan istana lord Bandar itu.

Cuba memasuki lebih susah berbanding meninggalkan istana, terutama sekali pada waktu malam dimana efek [Stealth]nya lebih menakjubkan.

Dia akhirnya berjaya keluar dari istana dan tiba di jalan yang sempit.

Tetapi dia dapat merasakan dia diperhatikan oleh sesuatu.

Burung gagak bermata merah yang banyak secara tiba-tiba terbang dari dalam istana. Dia dapat mendengar jeritan selepas itu.

"Alamak! Aku telah dikesan!"

"Kepala itu sudah semestinya memyai tanda yang akan dicetuskan ketika dibawa keluar dari istana dan akan menyebabkan Morris tersedar mengenainya!"

Hanya ada satu sahaja di pemikiran Marvin.

Dia perlu cepat meninggalkan dunia ini sekarang.

Nasib baik dia tidak berapa jauh dari pokok locust yang pelik itu.

Dia memecut laju selepas memikirkannya.

Di dalam makmal istana, raungan kemarahan oleh duta roh jahat itu memenuhi bilik.

"Pencuri bangsat! Hantar burung gagak pemerhati dan kesatria gelap! Bunuh dia dan dapatkan kembali kepala hamba yang aku hargai itu!"

"Di kawasan istana yang dalam, banyak burung gagak terbang dari tempat salib. Selepas kesemua gagak itu terbang, kelihatan tubuh badan manusia yang reput terikat di tempat salib tersebut.

Tapak kaki kuda yang menghentam tanah bergema dengan setiap kesatria keluar dari kawasan gelap untuk membunuh.

Kelibat Marvin dengan pantas bergerak melintasi sawah gandum itu.

Dia tidak dapat menyembunyikan diri kerana kuantiti gagak pemerhati yang banyak!

Oleh itu dia berhenti menggunakan [Stealth], terus mendedahkan dirinya dan berlari pada kelajuan terpantas ke arah lokasi pokok yang dia ingat itu.

Gagak pemerhati itu menerkam ke arah Marvin untuk memperlahankan kelajuan Marvin berlari.

"Pergi Mampus!"

Marvin mengamuk.

Dia menghayun kerambit di tangannya seperti hayunan berbentuk jerat.

Dalam sekelip mata, lima atau enam gagak mati di tangannya.

Tetapi lebih banyak kumpulan gagak menerjun menerkam ke bawah, disebabkan itu Marvin hanya mempu berguling untuk mengelak mereka dan bangun semula selepas itu.

Kemahirannya dari pengalaman dia PKing yang banyak dahulu. Kemahiran mengelak seperti ini nampak seperti dia terdesak tetapi kemahiran yang berguna ketika berlawan.

Tetapi, gagak pemerhati itu berjaya memperlahan dan melambatkan Marvin.

Sedang dia menuju ke arah hutan dengan badan dipenuhi darah, salah satu kesatria gelap sudah sampai untuk menyerang dia dari tepi.

Clang!

Kesatria gelap itu mengeluarkan pedang beratnya. Dia yang memakai topi di kepala itu mengangkat pedang di sebelah tangan dan memegang tali kekang kuda di tangan lagi satu.

Kuda itu meluru dengan pantas ke arahnya.

Jika mereka di kawasan yang tidak rata, mereka boleh berlawan seperti askar darat, tetapi tidak kisah yang mana, mereka mampu menindas lawan mereka. Dengan daya kuda yang meluru, melainkan orang gasar, tiada pengembara lain yang sanggup berdiri di hadapan mereka.

Mata Marvin berkelip. Hanya terdapat satu kesatria sahaja!

"Aku masih ada peluang!"

Dia dengan pantas mengeluarkan kedua-dua bilah kerambit dari pinggangnya dan mula berlari ke arah hutan tetapi berpusing jauh.

Kesatria itu itu tidak berhenti mengejar.

Marvin mengambil langkah panjang ke hadapan dan pergi ke belakang pokok besar.

Kesatria gelap itu menarik tali kekang tersebut, mengawal dengan cermat kudanya dan bergerak melintasi pokok itu.

Tetapi pada saat ini, titik buta terpancar di pandangan Marvin.

Saat dia membawa kuda berpusing di belakang pokok itu, Marvin muncul di depannya.

"Pergi mampuslah kau!"

Dia melompat tinggi dan memaut pada dahan dengan kedua tangan dan selepas itu menendang dada kesatria gelap itu.

Pada masa itu, kuda yang berlari pantas itu menjadi liabiliti oleh kesatria gelap itu.

Tubuhnya tidak dapat menahan dari terjatuh ke belakang.

Marvin cepat membetul dan menyesuaikan diri dengan badan yang sangat fleksibel dan duduk menunggang kuda tersebut.

[Sedang menunggang kuda…Dalam semakan (Ketangkasan 19)…]

[Menunggang Kuda (30) digunakan… Kemahiran berjaya digunakan!]

"Nasib baik tubuh badan ini tahu [Menunggang Kuda]!"

Marvin berasa dia perlu menarik balik kata-kata dia tentang tubuh tidak berguna ini. Salah satu kelebihan bangsawan, mereka boleh belajar kemahiran menunggang kuda yang hebat.

Rakyat tidak mampu menamg kos untuk mempelajari menunggang kuda, dan kenyataannya, mereka juga tidak mampu untuk membela kuda.

Badan dia rapat ke kuda dan dia memaksa kuda itu meluru ke arah pokok.

Dia dapat mendengar semakin banyak bunyi kuda di kedua-dua arah.

Nampaknya semakin banyak kesatria gelap mengegnya.

Marvin menarik nafas dalam dan menggunakan kesemua kekuatan untuk memaksa kuda itu berlari laju ke arah pokok itu!

Kesatria gelap semakin dekat dari kedua-dua arah dan salah seorang dari mereka menghayun pedang panjang kepadanya.

"Sekarang!"

Marvin melompat dan mengelak tetakan tersebut tetapi menerjah ke arah kesatria itu.

"Jatuhlah kau!"

Dia menarik pinggang kesatria itu, dan mengambil kesempatan ketika kesatria itu tidak dapat mengimbangi diri dan berjaya menjatuhkan dia dari kuda.

Tetapi dengan tidak dijangka kuda tersebut meringkik berbunyi dan jatuh ke bawah disebabkan hilang imbang badan.

Marvin juga terjatuh ke tanah.

Dan jarak antara dia dan pokok itu hanya 10 tapak sahaja!

Tetapi satu lagi kesatria tiba dan menetak ke arahnya.

Marvin menarik nafas dengan dalam dan menghalakan tangan kanannya:

"Vs'bon!"

Rainbow Jet!

Cahaya pelangi yang menakutkan membentuk jaring dan menghalang kemaraan kesatria semua.

Marvin mengambil kesempatan ke atas situasi yang berlaku dan bangun dari lantai untuk berlari pergi ke arah pokok itu.

"Selamat!"

"Badan Marvin rebah ke Koridor Berhantu itu.

Dengan secara mengejut, lukisan gadis tidak berkepala itu hilang dari dinding.

"Terima kasih banyak-banyak, aku telah menutup pintu ini, oleh itu raksasa dari Boknin tidak boleh melalui buat masa sekarang."

Suara yang merdu kedengaran di telinganya.

"Ini kepala kau…"

Marvin mengeluarkan bungkusan dan meletakkannya di tanah.

"Terima kasih, terima kasih banyak-banyak. Akhirnya aku dapat… Kebebasan."

Bungkusan itu terbuka sendirinya, cahaya kelabu terpancar darinya.

Hari Marvin berdegup dan menoleh ke belakang.

Di belakangnya berdiri seorang gadis yang sangat cantik. Dia patut berada dalam bentuk roh. Selepas kepalanya dikembalikan, dia sepatutnya sudah menjadi roh biasa sahaja.

"Aku ingin pergi, ini tempat yang tidak menyenangkan. Kau tidak patut berada lama lagi di sini," Vanessa berkata dengan lembut. "Ketika kau membantu aku mendapatkan kepalaku semula, aku membantu untuk membuka mangga magik di peti tersebut. Anggaplah ini hadiah kecil dari aku. Terima kasih…"

Suaranya semakin perlahan dan perlahan sehingga badan dia semakin hilang dan akhirnya cuma senyuman manis sahaja yang tinggal.

Marvin menunduk sedikit dan tangan kanan diletakkan di jantung, tanda menunjukkan hormat kepada gadis bangsawan comel itu.

Rohnya sangat suci. Roh jahat yang ditukar dari roh seperti ini selalunya amat kuat. Ini sebab utama kenapa duta roh jahat Morris memerhatikan Vanessa.

Marvin pernah mendengar muslihat roh jahat. Orang biasa tidak akan dapat melawan mereka tetapi Vanessa melawan.

Kepalanya diasingkan dari badan dan berbagai penganiayaan dilakukan siang dan malam tetapi dia tetap tidak tunduk kepada kejahatan.

Di dunia ini, orang seperti itu amat jarang dijumpai.

Akhir kata, manusia ialah makhluk yang lemah.

Tetapi, orang bijaksana pernah berkata, manusia juga hebat. Ia bukan disebabkan potensi mereka untuk mengatasi bangsa lain tetapi pada waktu susah dan kegelapan, sinar harapan akan datang dari bentuk orang-orang yang suci seperti ini. Mereka ini tidak tercemar dengan gaya hidup biasa dan akan menghalang manusia makin tenggelam ke dalam kegelapan.

Selepas roh gadis tidak berkepala itu pergi, bunga platycodon itu ditinggalkan dalam bentuk aksesori. Ini ganjaran cabaran Marvin.

Manakala peti harta karun tersebut, merupakan hadiah kepadanya.

Marvin membuka peti tersebut dan terkejut dengan apa yang ada di dalamnya.

Dia terkejut selepas mendapati jari terputus di dalamnya!

Ini bukan jari terputus biasa.

[Engkau telah berjaya jari terputus separuh dewa lich…]

[Pengetahuan – Dewa +8]

Nota dari Penterjemah: Nazmir

Nampaknya 20 bab novel ini telah aku siapkan. Aku dapat tahu novel yang aku terjemah telah dimasukkan ke dalam laman web www.webnovel.com

Perkara yang lebih membuatkan aku gembira dan terkejut seramai 7000 orang yang telah membuka novel ini. Aku rasa mungkin ini perasaan penterjemah yang selama ini aku pernah baca novel terjemahan mereka. Walau ada 1 orang sekali pun yang membaca, pasti itu sudah cukup menggembirakan mereka.

Aku akan cuba untuk konsisten dalam membuat terjemahan setiap minggu dan sebarang komen yang baik dan buruk dapat diberikan supaya dapat membantu aku untuk memperbaiki diri aku.

Diharap pembaca meneruskan pembacaan dan juga membaca novel terjemahan bahasa melayu yang lain. Tujuan kami memang untuk memberikan peluang kepada pembaca untuk membaca dalam bahasa melayu.

Diharap juga para pembaca dapat menyokong kami supaya kami dapat meneruskan perjuangan untuk menanam minat membaca di kalangan kita semua.

dracarys3064creators' thoughts