Marvin kembali ke Feinan melalui Pagar Teleportasi yang dibuka oleh Louise.
Pagar itu telah membawa dia ke gua di dalam Lumber Woods.
Agak mengejutkan kerana Professor, Kangen dan Naga Metalik yang lain berada di sini.
Professor terus menghembus nafas lega apabila melihat Marvin muncul.
Professor memang rasa agak risau selepas Louise memberitahu yang dia membawa Marvin ke Alam Unsur Air.
Jangankan manusia, Naga yang hebat juga tidak ubah seperti cicak di depan Sovereign Unsur.
Walaupun Louise merupakan kawan Kangen tetapi wanita itu memang cepat naik angin. Siapa yang tahu apa yang boleh berlaku?
Dia akhirnya rasa lega kerana Marvin telah kembali dengan selamat ketika ini.
Kangen dan Professor perasan tempat ketibaan mereka telah berubah apabila melalui Pagar Teleportasi disebabkan mereka tiba agak lambat.
Mereka tidak muncul di Sempadan Mimpi Ngeri sebaliknya tiba di tempat yang lain pula.
在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者