webnovel

[Zombie yang dirasuk]

Lv 4

HP – 60/60

Tubuh Badan: Gemuk

Kuasa serangan dua kali ganda dari Holy Light dan Air Suci.

Kuasa serangan kurang separuh jika menggunakan serangan asas.

Tanpa Air Suci, zombie ini yang mempunyai kulit dan daging yang tebal merupakan masalah yang besar untuk pengembara.

Tetapi bagi Marvin yang mempunyai Air Suci, setiap zombie ini adalah nilai pengalaman yang bergerak. Asalkan dia berhati-hati menyelesaikan mereka, ianya tidak akan menimbulkan isu yang banyak.

Dia pun mengarah, "Kau uruskan di sebelah kanan dan halang zombie dari cuba memasuki."

Anna pun mengangguk. Kebolehan Marvin yang luar biasa menyebabkan dia mendengar dan melakukan seperti yang disuruh untuk menghalang retakan di sebelah kanan.

Satu kepala yang hodoh yang berjaya meloloskan kepalanya disepak oleh Anna!

Kekuatannya agak menakjubkan.

"Terbaik," Marvin memuji. Dengan kerambit di tangannya, dia pun menyerang di sebelah kanan papan itu untuk melebarkan kesan retakan.

Bang! Bang!

Retakan kecil itu menjadi semakin besar.

"Apa kau cuba lakukan? Anna bertanya dalam keadaan terkejut.

Selepas retakan itu semakin lebar, zombie yang gemuk itu seperti memakan perangsang dan meloloskan diri; Marvin telah memberikan dia pintu masuk, hanya muat dia seorang meluru masuk!

Marvin dengan tenang dan kaki yang pantas, menyerang kepala zombie tersebut dengan kerambit di tangan!

[Serangan Asas Berjaya!]

[Efek diganda dua kerana Air Suci! Anda telah mengenakan 24 kuasa serangan kepada sasaran anda!]

Zombie yang dirasuk ini tidak bernyawa, walaupun telah dibelah, mereka akan terus mampu menyerang.

Zombie itu pun menderam, sambil cuba untuk memaksa dirinya masuk.

Marvin pun mengelak dan Anna dengan pantas menyepak perut zombie itu, membuatkan zombie itu terhuyung-hayang.

"Bagus!" Marvin pun meluru kearah zombie itu pada waktu yang tepat. "Lakukan seperti itu, jangan serang dan serahkan mereka kepada aku."

Marvin tidak pasti sama ada Anna boleh mendapat nilai pengalaman (exp) dari membunuh zombie, disebabkan tidak mahu membiarkan nilai pengalaman (exp) dibazirkan, dia yang akan membunuh mereka.

Dia menyerang dengan agresif, mengayun pisau belati di tangan kanannya ke arah zombie gemuk tersebut mengakibatkan kerosakan 28 nilai kuasa serangan dan meninggalkan tanda disebabkan Air Suci yang disapu di pisau belati itu. Zombie itu mati selepas itu.

Zombie gemuk itu memberikan Marvin 32 nilai Exp pertempuran.

Selepas itu, peristiwa yang berlaku adalah mudah dan membosankan. Ini disebabkan dia telah berjaya aplikasikan Air Suci ke atas senjatanya, beberapa hayunan sahaja sudah mampu menghapuskan zombie tersebut. Di tambah pula di sisinya terdapat Pelawan level 5 yang mengawal situasi. Bantuan Anna selalunya datang pada waktu yang tepat dan tidak merebut nilai pengalaman yang diperoleh. Ini membuatkan Marvin mengeluh senyap sendiri. Di mana dia boleh mencari rakan sepasukan seperti ini?

Mengambil kesempatan ke atas zombie yang tidak boleh berfikir itu dan juga pembukaan kecil di rumah kayu itu, Marvin mencipta keadaan sempit yang menguntungkan.

Kesemua zombie datang masuk ke hadapan, dan mati seorang demi seorang, memberikan Marvin nilai pengalaman yang banyak.

Selepas 20 minit, di luar bilik kayu itu dipenuhi dengan mayat zombie. Terdapat beberapa yang masih hidup disebabkan mayat yang banyak menghalang pintu masuk. Marvin dengan gembiranya membunuh mereka semua.

Terdapat berjumlah 29 zombie yang memberikan 856 Exp pertempuran kepada Marvin! Nilai pengalaman ini cukup untuk meningkatkan levelnya kepada level 4.

Marvin pun dengan girang membuka menu, sambil memikirkan Penyihir Heiss sangat bermurah hati. Dia bukan juga sahaja memberikan banyak nilai pengalaman, malah juga memberikan kelengkapan. Lagipun level Marvin masih rendah, disebabkan itu dia menghantar zombie yang dirasuk untuk dijagakan.

Selepas berfikir seketika, dia membuat keputusan untuk tidak menggunakan nilai pengalaman untuk menggunakan kesemua nilai pengalaman untuk menjadi Renjer level 4.

Menaikkan Renjer level 4 dari Renjer level 3 memerlukan 800 nilai Exp, tetapi dia hanya akan dapat beberapa nilai kemahiran, Nilai Nyawa (HP) dan bonus dari kuasa serangan dilakukan. Bagi Marvin, perkara ini bukan yang penting buat masa sekarang.

Nilai pengalaman pertempuran mempunyai kegunaan yang lain.

[Menggunakan 500 Exp pertempuran…]

[Cutthroat berjaya dipelajari]

Kemahiran pangkat kedua Pembunuh Hendap Bayang pun muncul dalam senarai kemahiran individu Marvin.

[Cutthroat 46]

Kemahiran individu tidak boleh dinaikkan menggunakan nilai kemahiran dan hanya boleh dinaikkan dengan menggunakan dengan kerap kali. Penggunaan Mengelar Leher oleh Marvin adalah agak lancar dan menyebabkan ianya bermula dengan nilai setinggi 46 mata!

Alasannya untuk melambatkan untuk menaikkan level adalah untuk menggunakan nilai pengalaman pertempuran untuk menukar kepada kemahiran yang semestinya lebih unggul dalam dunia Feinan ini.

Serangan asas dan serangan dari kemahiran adalah sangat berbeza!

Pertama, walaupun Marvin lazim dengan [Cutthroat], jika dia gunakan sebagai serangan asas, mungkin akan terdapat beberapa kelemahan. Kelemahan ini mungkin tidak berbahaya tetapi ia akan memberikan efek kepada keadaan ketika berlawan, dan kelemahan ini tidak akan berlaku jika menggunakan kemahiran.

Lagipun, kuasa serangan dari kemahiran adalah dua kali ganda dari serangan asas!. Dengan peningkatan dari mata kemahiran, kuasa serangan juga akan meningkat. Apabila menyerang raksasa kecil ini, [Cutthroat] boleh menyebabkan pukulan kritikal. Tetapi apabila menghadapi raksasa berperisai dan juga mereka yang mempunyai penjanaan semula nyawa, serangan asas [Cutthrot] tidak berguna.

Akhirnya dia berjaya mempelajari kemahiran serangan pertamanya, [Cutthroat]!

Dipadankan dengan efek 50 kemahiran Stealth [Sneak Attack], dia mampu menggandakan kuasa serangan kepada empat kali ganda dari nilai serangan asas!

Renjer dianggap sebagai seorang yang berbakat kerana sifatnya yang serba boleh untuk memilih jalan yang pelbagai. Sudah tentu, serba boleh bermaksud kebolehannya adalah agak sederhana dan biasa, tetapi Marvin tidak akan membiarkan ianya berlaku. Sebagai pemain level Legenda, dia mengetahui pelbagai maklumat tentang dunia ini dan boleh meningkatkan kekuatannya melalui pelbagai cara.

Langkah seterusnya adalah mempelajari beberapa kemahiran Renjer yang hebat.

Renjer datang dengan kemahiran tersendiri dan kebolehan asas. Kemahiran yang hebat perlulah dipelajari melalui tunjuk ajar guru, mempelajari sendiri dan juga dengan membaca buku kemahiran luar biasa. [Cutthroat] adalah kemahiran kelas Lanjutan Pembunuh Hendap Bayang yang hanya boleh dipelajari melalui buku.

Sebab itu dia buat sementara waktu ini tidak menggunakan nilai kemahiran yang berharga kerana apabila dia menjumpai buku kemahiran, dia akan dapat meningkatkan level kemahiran dengan pantas.

Pada pandangan Anna, perubahan Marvin adalah sangat mengejutkan, daripada Tuan Muda Marvin yang suci dan baik hati kepada sekarang, Renjer yang membunuh kumpulan Zombie dengan muka yang serius. Ianya tidak dapat dibayangkan.

Dia pernah terfikir adakah Marvin mungkin berlakon. Tetapi dia tahu perangai Marvin, dan perasan yang Marvin telah menjadi semakin berani, kerana dia telah menjaga Marvin selama beberapa tahun ini.

Cuma dalam semalaman saja dia sudah menjadi besar.

"Aku tidak pasti apa yang dia telah mimpikan…" Anna melihat Marvin mengutip kesemua harta rampasan, secara tiba-tiba-

"Pakai cincin ini."

Marvin memberikan cincin Heiss kepadanya.

"Untuk aku? Anna terpegun melihatnya.

Marvin tersenyum. "Sudah tentu, engkau layak memilikinya. Tanpa bantuan kau, aku tidak akan dapat membunuh Heiss dan zombienya.

"Lagipun, aku tidak mempunyai jampi sihir, oleh itu aku tidak boleh menggunakan cincin berlian Heiss buat masa ini. Bukankah kau tahu jampi sihir elven?"

Anna mengangguk.

"Pakailah." Marvin pun menarik tangan kanan Anna secara spontan dan memasukkan cincin berlian Heiss ke jari manisnya.

Anna pun tersipu malu, walaupun dia tahu yang Tuan Muda Marvin tidak mempunyai niat yang lain tetapi hatinya tidak dapat berhenti dari berdegup kencang.

"Cincin ini mampu melancarkan magik yang dipilih sekelip mata. Ianya agak berguna."

Marvin tidak mengambil peduli hal yang lain, tetapi apabila dia memerhatikan keadaan sekeliling, dia berbisik, "Lekas kita beredar dari sini."

Bandar East, Rumah Penginapan Black Horn Eagle.

Selepas membayar wang yang lumayan untuk bilik di sini, pemilik yang separuh usia dan gemuk itu dengan tangan terbuka menjemput kehadiran dua tetamu yang berani berada di luar waktu perintah berkurung.

Di bilik yang paling bagus, Marvin mula mengeluarkan barang rampasan diperolehnya.

Kekayaan perompak kubur itu amat menakjubkan! Selepas menolak kos penginapan, dia masih mempunyai 378 keping perak lagi.

Selepas mereka tiba di Bandar, tidak pernah sekalipun mereka berasa selesa ketika di dalam Bandar.

Jika dikira sekali 3 kelengkapan luar biasa, setiap kelengkapan tersebut bernilai lebih dari 1000 keping perak. Tetapi Marvin tidak akan menjualnya.

"Tuan Muda Marvin, apa yang kita harus lakukan seterusnya?"

Mungkin disebabkan harapan tinggi yang diberikan oleh Marvin, gadis separuh-elf itu agak bersemangat.

Selepas meneliti sistem penggera yang ketat yang dipasang di pintu dan tingkap, dia pun terus merebahkan dirinya ke atas katil.

"Pergi berehat, Kita perlu melakukan persiapan esok."

"Aku akan pastikan Kumpulan Acheron menerima padahnya."

Cukup sudah 10 bab aku terjemah untuk novel ini. Maaf jika terdapat kesalahan yang dibuat semasa menterjemah novel ini. Ini merupakan novel pertama yang aku terjemah. Aku amat berterima kasih ke atas peluang yang diberikan ini.

Diharap para pembaca yang sebelum ini perlu membaca novel ini dalam Bahasa Inggeris dapat menikmati dan membaca dalam Bahasa Melayu. itulah tujuan yang dibuat supaya orang ramai dapat menikmatinya.

Diharap dapat anda meninggalkan sebarang komen sama ada baik atau pun buruk dan terus memberikan sokongan kepada novel ini.

Insigniacreators' thoughts