webnovel

Di luar Kereta Kuda Gereja Silver.

Madeline mengetuk pintu bertalu-talu.

Tetapi Paderi pertengahan umur itu masih tidak berganjak.

Orang lain yang melihat keadaan itu rasa sangat terkejut. Mereka tidak pasti apa yang sudah berlaku!

Siapa yang berani cari pasal dengan Lord Bandar? Dan menyebabkan dia jadi tidak tentu arah?

"Apa yang kau orang tengok!?" Madeline berpaling ke belakang dan menjeling mereka.

"Cepat mara ke depan!"

Semua orang terus terdiam dan mula sibukkan diri dengan operasi mereka ke Banjaran Gunung Hall.

Collins duduk dengan selesa di dalam kereta kuda itu. Dia berkata dengan acuh tidak acuh, "Cik Madeline, tunggu tiga minit dan selepas itu janji aku sudah ditunaikan."

Wajah Madeline menjadi merah. Dia juga terkejut dengan naluri Isabelle.

Dalam banyak-banyak kuasa dalam ekspedisi ini, hanya lelaki yang berada di dalam kereta kuda itu sahaja boleh menghalang dia.

Itu ialah Constantine yang celaka!

鎖定章節

在webnovel.com支援您喜歡的作者與譯者