webnovel

Kami Bukan Suami Isteri Selagi Tidak Berkahwin

編輯: EndlessFantasy Translation

Ou Ming melihat Yu Lili mula menangis, lalu menundukkan kepalanya dan menyapu air mata itu."Saya serius, Yu Lili. Saya dah ada perancangan ini empat tahun lalu, malah saya dah sediakan baju pengantin, majlis kahwin, cincin dan tempat… Saya hanya menunggu kamu beritahu saya kamu mengandung, kemudian saya akan terus lamar kamu, kahwin dengan kamu, jadikan kamu isteri saya dan ahli keluarga Ou."

Walau bagaimanapun, apabila Yu Lili mengandung, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Yu Lili tidak tahu kebencian Ou Ming kepadanya sejak empat tahun lalu sama seperti perasaan cinta lelaki itu kepadanya. Ketika Ou Ming bercakap, matanya tidak mempunyai perasaan yang lain. Mata itu seakan lautan yang penuh rasa cinta.

Tiba-tiba Yu Lili teringat lakaran baju dan tempat yang tidak sengaja dijumpainya di dalam bilik kerja Ou Ming dahulu.

Adakah semua itu… disediakan untuk saya? Empat tahun lalu, dia sudah menyediakan semuanya untuk saya? Benarkah?

Ia sukar untuk dipercayai. Yu Lili memandang Ou Ming lalu bertanya, "Bagaimana dengan tunang kamu?"

Ou Ming mengerutkan dahinya dan memandang Yu Lili dengan wajah tidak gembira. "Dia ada cari kamu?"

Ou Ming tidak menafikannya, bermakna ia memang benar. Shen Manting benar-benar ialah tunangnya. Ketika dia meninggalkan Ou Ming dahulu, dia sudah tahu kewujudan Cik Shen. Shen Manting telah bersama dengan Ou Ming sejak empat tahun lalu, bukan? Yu Lili berasa agak tidak selesa. Tetapi dia juga tahu dia tiada hak untuk memberitahu Ou Ming bahawa dia tidak gembira. Sekarang, bagi Yu Lili dirinya masih seorang perempuan simpanan. Yu Lili menundukkan mukanya lalu mengangguk. "Ya, dia ada telefon saya hari ini dan saya sekat nombor dia."

Mendengar perkara itu, Ou Ming tersenyum gembira dan berkata, "Bagus."

Yu Lili berasa keliru lalu bertanya, "Kamu tak mahu tanya apa yang berlaku? Bagaimana kalau saya buli tunang kamu?"

Ou Ming ketawa kecil, kemudian membelai rambut pendek Yu Lili dan berkata, "Tak perlu risau, sebab kalau dia jumpa kamu, pasti dia akan dibuli oleh kamu."

"Kamu tak suka dia?"

"Kamu rasa?" nada Ou Ming kedengaran kejam.

Yu Lili berasa gembira, tetapi menolak Ou Ming seolah-olah perkara itu agak tidak boleh diterimanya an berkata, "Kalau kamu tak suka dia, kenapa bertunang dengan dia?"

"Mama saya yang aturkan semuanya," kata Ou Ming sambil menarik Yu Lili ke arahnya kembali. "Umur saya dah 31 tahun. Jika saya tak berkahwin, bukan sahaja Mama, malah Papa juga akan terus mendesak disebabkan saya anak tunggal dalam keluarga kami."

Mendengar jawapan yang sudah dijangka itu, Yu Lili masih berasa agak kecewa. Disebabkan perkara itu diatur oleh ibu bapa, pastilah Shen Manting pilihan yang baik untuk keluarga Ou. Pasti kedua-dua keluarga mereka mempunyai hubungan baik, bukan? Tunang itu dipilih oleh Mama Ou Ming sendiri, sedangkan saya langsung tidak kenal wajah Mama Ou Ming…

Ou Ming memahami kekecewaan Yu Lili. Matanya dipenuhi kasih sayang dan tangannya membelai rambut Yu Lili. "Saya tak akan berkahwin dengan dia."

"Kalau begitu kenapa kamu bertunang dengan dia…" Bukankah bertunang bermaksud akan berkahwin?

"Kami bukan suami isteri selagi kami tak berkahwin. Mama dah aturkannya sejak lima tahun lalu. Kalau saya mahu berkahwin dengannya, pasti saya dah jadi suami orang sekarang."