webnovel

Benar-Benar Kamu…

編輯: EndlessFantasy Translation

Kedengaran suara-suara yang mula menyedari siapa lelaki itu. Semua orang di Bandar Kingstown mengenalinya. Walau bagaimanapun, semua orang menyangka dia telah mati empat tahun lalu. Sekarang, lelaki itu tiba-tiba muncul dengan cara ini?

"Ya Tuhan, hantu!"

Mata Su Qianci tidak berganjak dari lelaki itu ketika mereka berjalan ke arah satu sama lain. Li Sicheng semakin kelihatan jelas dan semakin dekat. Lelaki itu membawa di tangannya sejambak bunga yang besar. Matanya yang dingin dan tajam kelihatan gelap seakan langit malam. Li Sicheng kelihatan begitu menakjubkan sehingga Su Qianci terasa seakan bermimpi.

Tiba-tiba Su Qianci berasa takut untuk menghampiri lelaki itu. Sambil memegang bunga-bunga yang diterimanya tadi, air matanya mengalir perlahan ketika dia membuka mulutnya. Suaranya bergetar ketika dia bertanya, "Itu kamukah?" Suaranya yang berbaur tangisan itu kedengaran perlahan. Dia mengucapkannya dengan berhati-hati kerana takut andai suaranya terlalu kuat, lelaki itu akan hilang lagi seperti sebelum ini. Sudah beberapa kali bayangan suaminya itu muncul di hadapannya, tetapi sebaik sahaja Su Qianci bergerak sedikit atau bernafas sedikit kencang, suaminya itu terus lenyap. Setelah itu Su Qianci tidak dapat mencarinya lagi tidak kira bagaimana dia berusaha.

Dia takut, amat takut…

Bagaimana kalau ini tidak benar. Bagaimana kalau ini cuma ilusi… cuma khayalannya… apa yang patut dia lakukan…

Mendengar pertanyaan itu, Li Sicheng tersenyum kecil. Sebelah tangannya memegang jambangan bunga itu dan sebelah lagi tangannya didepakan. Suaranya yang dingin kedengaran lembut ketika dia berkata, "Saya dah kembali."

Ini dia, ini dia! Ini memang dia!

Tangan Su Qianci menggeletar dengan kuat dan bunga-bunga di tangannya terus jatuh ke bawah. Dia terus berlari dengan rambutnya beterbangan di udara. Tubuhnya yang kecil terus masuk ke dalam pelukan tubuh sasa itu ketika semua orang di situ menjerit gembira. Li Sicheng memeluk isterinya dengan erat. Su Qianci dapat merasakan lengan suaminya memeluk pinggangnya erat dan kegembiraan yang dirasakannya membuatkan tangisannya semakin kuat.

Sentuhan yang benar, suhu yang benar, semuanya benar...

"Memang kamu, ia memang kamu…" Su Qianci membenamkan wajahnya pada dada Li Sicheng dan menangis dengan kuat. "Li Sicheng, kamu tak guna!" Dia memeluk suaminya dengan erat dan memukul belakang lelaki itu sambil menjerit, "Tak guna, bodoh, tak bertimbang rasa!"

Li Sicheng memeluk isterinya dan berasa amat puas hati apabila merasakan isterinya itu benar-benar sudah berada dalam pelukannya. Pada masa yang sama, kebahagiaan yang sudah lama tidak dirasakan kembali menyelubungi dirinya. Dia mencium atas kepala isterinya dan berbisik, "Ya, ini saya, ini memang saya."

Su Qianci terus-terusan menangis seperti seorang kanak-kanak yang sedih baru bertemu seorang dewasa yang menjadi tempat pergantungannya. Air matanya membuatkan baju baru Li Sicheng menjadi comot. Kegembiraan yang dirasakan Su Qianci tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Dia terus memeluk suaminya dengan lebih erat dan tidak mahu melepaskannya. Dia tidak berani untuk melepaskannya.

Seseorang di kalangan orang ramai itu mula menyanyi sebelum diikuti oleh yang lain. Suara lelaki dan wanita bercampur ketika mereka semua menyanyi dengan kuat, "Akhirnya aku temui kamu. Syukurnya aku tidak berputus asa. Kebahagiaan bukan mudah, jadi aku akan lebih menghargainya…"

"Encik Li…"

"Ya."

"Li Sicheng."

"Ya."

"Sayang."

"Ya."