webnovel

MY LITTLE PRINCESS

pertemuan semula mendatangkan banyak salah faham di antara mereka berdua. siapa yang dapat menyangka kalau lelaki yang di anggapnya sebagai musuh seterunya itu merupakan sahabat baiknya ketika kecil dahulu... wujudkah perasaan cinta di antara mereka? atau persahabatan mereka cuma hanya tinggal kenangan sahaja...

cupideclipse · 青春言情
分數不夠
39 Chs

BAB TIGA PULUH TIGA

"Eh, kenapa dengan Vee ni? Vee menangis ya, sayang?" sapaan Puan Aisyah itu membunuh lamunan panjang Vee.

Puan Aisyah yang melihat linangan air mata yang mengalir pada pipi anaknya itu, menyekanya perlahan - lahan. Wajah teduh mama membuat hati Vee semakin terasa hiba. Namun dia cuba untuk berlagak biasa dengan mengukirkan senyuman. Pandangannya juga turut di larikan dari menjadi tumpuan mamanya.

"Tak adalah, Ma. Mata Vee tiba - tiba masuk habuk!" balas Vee berbohong.

Senyumannya terasa kelat. Dia meminta diri untuk keluar dengan alasan mahu menemui Shakira. Puan Aisyah dan Datin Sri Roqaiyah memandangnya serentak.

"Kenapa tak call Ariel dulu. Bagi tahu dengan dia, Vee nak ke mana. Tak pun message aje dulu, baru Vee keluar…" pujuk Datin Sri Roqaiyah lembut.

Dia seperti dapat menghidu sesuatu mengenai hubungan anak dan menantunya itu semenjak beberapa hari ini.

"Malaslah Bu. Abang bukannya selalu pun duduk dalam ofis tu. Dia sibuk meeting memanjang dekat luar. Kalau Vee call pun belum tentu dia nak angkat…" balas Vee memberikan alasan.

Tapi memang itulah yang terjadi dengan suaminya. Langsung tidak ingat hendak menelefon balik kalau dia ada hal di luar.

"Vee…" Vee lantas menguntum senyuman buat mamanya.

Dia mendekati mamanya sambil memeluknya erat. Datin Sri Roqaiyah sekadar memerhatikan sahaja kedua beranak itu tanpa sebarang bicara.

"Vee keluar dulu ya. Bu, Ma…" setelah meminta diri dan bersalaman dengan kedua wanita itu, Vee terus mencapai kunci keretanya dan berlalu pergi.

Dia tidak ke rumah Shakira seperti mana yang dia katakan kepada mama dan juga ibu mertuanya tadi. Sebaliknya dia menuju ke satu tempat yang sudah lama berlegar di dalam fikirannya sebelum ini, cuma dia tidak punya masa untuk kesitu. Kali ini dia nekad untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi dengan dirinya dan mengapa dia begitu banyak berubah sejak dua minggu kebelakangan ini.

Ucapan tahniah yang meluncur keluar dari mulut Doktor Maya membuat Vee teramat gembira. Patut sangatlah dia semakin kuat makan benda - benda masam sejak kebelakangan ini, rupa - rupanya dia bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Lantas teringat dengan pergaduhannya dengan Ariel baru - baru ini.

Emosinya juga menjadi tidak stabil dan banyak berubah mendadak bukan di sebabkan oleh dirinya, itu kerana dia sedang berbadan dua dan sedikit sebanyak membuatnya keliru dengan apa yang sebenar dia inginkan. Tidak pasal - pasal dia bergaduh dengan suami sendiri. Jadi tidak hairanlah mengapa dia suka meragam dengan perkara - perkara kecil. Rupa - rupanya dia sudah pun berbadan dua.

"Puan sudah mengandung tiga minggu! Tahniah puan … suami puan ada?"

"Saya datang sorang aje, Doc. Suami saya sibuk sikit. Faham sajalah dengan keadaan ekonomi kita sekarang ni…" balas Vee berkias.

Doktor Maya angguk faham sambil tersenyum manis. Doktor Maya turut memberikan beberapa panduan awal kepada Vee dan juga cara - cara yang paling mudah untuk dia menjaga kandungannya itu sehinggalah masuk bulan ketiga. Dia perlu mengelak dari membuat kerja berat agar tidak menjejaskan bayinya nanti.

Gambar scan yang mengandungi zuriat Ariel itu di masukkan ke dalam sampul surat. Biarpun belum terlalu jelas kelihatan kehadiran janin di rahimnya, dia mahu memberikan gambar itu kepada suaminya sebagai hadiah yang paling istimewa untuk mereka berdua.

Dia juga mahu menjernihkan suasana mereka yang sedikit keruh itu dan berharap kehadiran cahayamata pertama mereka itu akan menjadi titik tolak kebahagian mereka berdua sebagai suami isteri selepas ini. Boleh jadi nuysuz dan berdosa besar dengan suami, kalau Ariel tidak memaafkannya nanti.

Berita gembira itu di rahsiakan dari pengetahuan seluruh ahli keluarganya. Dia mahu Ariel menjadi orang yang pertama untuk mengetahuinya. Perdana V6, kembali meluncur membelah jalan semula. Hatinya sudah pun berasa tenang dan kembali berbunga riang semula. Senyumannya juga tidak lekang dari wajahnya dan dia kembali bersemangat dan ceria seperti biasa. Dia besyukur dengan apa yang dia ada sekarang dan berdoa agar ianya akan berkekalan sehingga tiba waktunya, kelak.

Setibanya di rumah, Vee terus berlalu ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam biliknya dan mulai mengeluarkan barang - barang miliknya dahulu dari dalam kotak. Gelang pemberian Aloy yang masih lagi kelihatan baru itu di teliti penuh minat. Serpihan kecil besi aloi yang sengaja di lekatkan pada gelang tersebut turut masih jelas kelihatan. Terasa seperti baru semalam dia dan Aloy berpisah.

Sesungguhnya detik yang mereka lalui bersama banyak menguji hati dan perasaan mereka berdua. Jelas kesabaran dan juga penantian mereka yang selama ini sudah di anggap sia - sia berakhir dengan ikatan yang cukup kuat dan indah. Vee tersenyum puas. Dia tidak henti - henti mengucapkan rasa syukur ke hadrat ILLAHI dengan anugerah yang DIA berikan kepadanya dan juga suaminya itu.

Dia mencintai dan menyayangi suaminya sepenuh hati. Tidak mungkin akan ada insan lain yang mampu menggantikan tempat suaminya di dalam hatinya. Vee lepas keluhan kecil bila teringat semula dengan pertelingkahan mereka. Pasti Ariel masih lagi berjauh hati dengannya.

"Hai, sayang!" Vee yang terkejut dengan kemunculan tiba - tiba Ariel di bilik tidur mereka, cepat - cepat menyorokkan gelang yang berada di dalam tangannya ke bawah bantal.

Sejambak bunga ros merah turut di hulurkan kepada Vee yang masih lagi kaku di tempat duduknya. Ariel lantas mengucup hangat pipi isterinya yang kelihatan terkejut dengan kemunculannya itu. Walaupun isterinya tidak memberikan sebarang reaksi terhadap perbuatannya tadi, dia sudah cukup senang kerana isterinya tidak melenting seperti hari sebelumnya. Namun melihat isterinya dalam keadaan sebegitu membuat Ariel kembali risau. Tanpa sedar, dia akhirnya melepaskan keluhan beratnya.

"Sayang masih marah lagikah?"

"Huh?!" Ariel tersenyum sumbing.

Ternyata isterinya langsung tidak memberikan perhatian kepadanya tadi. Patut sangatlah isterinya tidak memberikan apa - apa reaksi kepadanya. Rupa - rupanya wanita itu duduk sambil termenung jauh. Wajah yang sedikit pucat itu mengundang rasa bersalah, di hati Ariel. Dia sebenarnya sengaja pulang awal hari itu kerana mahu memujuk isterinya dan seterusnya mahu meminta maaf kerana terlalu mengikutkan perasaan marahnya semalam tanpa memikirkan soal sakit dan sihat isterinya selama ini.

"Abang tanya apa tadi? Sorry, Vee tak berapa dengar apa yang abang cakap…"

"Sayang masih tak sihat lagikah? Kenapa asyik duduk termenung sorang - sorang dalam bilik?" Vee lantas menggelengkan kepalanya.

Dia turut melemparkan senyuman. Ariel yang duduk berlutut di hadapan Vee, menjamah wajah wanita itu dengan segenap pandangannya. Entah mahu dia berbuat apa lagi untuk memujuk hati isterinya yang tercinta. Ariel sudah kehabisan idea.

"Abang nak minta maaf kalau kata - kata abang sebelum ini menyakitkan hati sayang. Abang tahu abang salah sebab tidak mengambil berat dengan keadaan sayang baru - baru ni….. You know I didn't mean that, right? You know how much I love you and need you in my life… abang, tahu…" Vee lantas menghentikan ucapan suaminya dengan meletakkan jari telunjuknya di bibir lelaki itu.

Dia tidak mahu Ariel terus menyalahkan diri sendiri kerana yang jelas mereka bukannya sengaja mahu membuat rumahtangga mereka berkocak dengan pergaduhan seperti itu. Dia sendiri turut bersalah kerana tidak dapat mengawal emosinya dengan baik.

Namun kerana emosi itu jugalah dia sedar yang dia sudah tidak seorang diri lagi. Dia kini sudah di huni oleh insan lain dan emosinya juga bakal mempengaruhi insan kecil itu tanpa sedar.

"Sayang… kenapa ni?" soal Ariel mulai berasa risau. Hatinya semakin gelisah melihat perubahan isterinya itu.

"Kenapa apa? Ada apa - apa yang tak kena dengan wajah Vee?" Ariel kerut dahi. Dia semakin risau dengan setiap tindak - tanduk isterinya itu...

Angin apa pulak kali ni??... stop making me nervous, Honey!

Wajah isterinya kelihatan tidak tegang seperti semalam dan dia tidak menunjukkan yang dia geram atau apa pun terhadap Ariel saat itu. Namun reaksi itu cukup membuatkan Ariel kembali resah.

"Betul sayang tak ada apa - apa ni? Abang risau kalau sayang terus diam aje macam ni. Abang rasa bersalah dengan …...."

"Vee tak ada apa - apa. Abang tak perlulah rasa bersalah dan risau sangat. Vee sihat, tak ada apa - apa pun…" ujar Vee pantas memotong kata - kata suaminya.

Sudah cukup untuk suaminya merasa bersalah. Vee kuntum senyuman lebar dan manis. Dia turut menjamah wajah suaminya di dalam genggamannya. Wajah itu sudah banyak berubah. Ariel menarik nafas lega mendengar kata - kata isterinya. Senyuman yang selama ini menghilang sudah kembali muncul semula.

Tapi kenapa dia masih banyak berdiam dan kuat termenung? Takkan dia kena sampuk kot??…

Mata Ariel beralih pada barang - barang milik isterinya yang berselerak diatas katil mereka. Dia bangkit dan mengumpul semua barang tersebut dan memasukkannya semula ke dalam kotak.

"Sayang nak buat apa dengan benda - benda ni semua?"

"Saja nak refresh memory balik. Boleh tak kalau abang tolong simpan balik dekat atas tu…" Ariel angguk sambil mengangkat kotak sederhana besar itu dan memasukkannya ke dalam ruang kabinet almari mereka yang kosong.

"Thank you..." ujar Vee perlahan.

Ariel kembali memandang isterinya. Naik pening kepalanya melihat perubahan tidak menentu isterinya itu setiap masa. Sekejap dia OK, sekejap dia KO balik. Ariel duduk dan mendekati isterinya dengan penuh berhati - hati dia memulakan bicaranya.

"Vee, abang nak cakap sikit dengan sayang boleh?"

"Cakaplah…" wajah di hadapannya itu memang cantik bila di renung lama - lama.

Senyuman isterinya juga sentiasa menggetarkan hatinya. Dia kembali jatuh cinta dengan wanita itu setiap kali mereka duduk berdua dalam keadaan sedemikian. Andai sahaja dia boleh menjamah wajah itu semahunya seperti dulu, pasti dia tidak akan memberikan isterinya peluang untuk meloloskan diri.

Ariel tersenyum nakal, bila teringatkan akan kisah cinta dia dengan isterinya ketika mula - mula mendirikan rumahtangga mereka dahulu. Dia lantas menarik tangan isterinya ke dalam genggamannya dan mengelusnya lembut. Vee hanya memerhatikan tingkah laku suaminya itu dengan pandangan matanya.

"Macam ni... next week abang kena pergi out station pergi Perth. Abang pergi selama seminggu. Sayang nak ikut abang tak?" tutur Ariel dengan penuh debaran.

Dia takut mood isterinya tiba - tiba berubah semula kalau dia tidak berhati - hati menuturkan kata - katanya.

"Tak boleh nak cancel kah?" Ariel kembali menelan liurnya.

Kalau dia mahu membatalkannya memang boleh tapi dia sudah pun terlanjur berjanji dengan kawan ayahnya. Itu pun kerana terlalu mengikut perasaan marahnya, jadi dia terus bersetuju tanpa berfikir panjang atau berbincang terlebih dahulu dengan isterinya itu.

Datuk Sri Anuar, sahabat ayahnya ingin membeli sebuah rumah ladang disana dan berhasrat untuk membangunkan kawasan itu sebagai kawasan Inn atau pun rumah tumpangan seperti homestay. Rumah ladang itu cukup luas dan berdekatan dengan kawasan hutan paya bakau semulajadi dan juga kawasan pantai.

Namun bukan mudah hendak membuat urusan di negara kangaroo itu. Banyak yang perlu mereka lalui sebelum urusan mereka di luluskan. Perlahan - lahan Ariel menggelengkan kepalanya. Matanya masih lagi terarah pada wajah isterinya. Dia mahu melihat reaksi wajah itu tanpa berpaling sedikit pun. Vee lepas keluhan kecil.

"Tak apalah kalau abang tak dapat nak cancel. Yang penting abang selamat pergi dan balik, itu aje…"

"Sayang tak nak ikut abang pergi sana?" soal Ariel masih lagi dengan nada berhati - hatinya.

"Tak naklah. Vee tunggu abang dekat sini aje" balas Vee perlahan.

Ariel meraup wajahnya. Dia kembali merasa bersalah dengan isterinya. Tangannya menjamah wajah isterinya penuh kasih sayang.

"Betul sayang tak nak ikut abang pergi sana?" Vee angguk untuk kesekian kalinya. Renungan suaminya di balas dengan pandangan kosong.

"Nak abang belikan something untuk sayang?" sekali lagi Vee menggelengkan kepalanya.

"Tak perlu. I don't need anything. Just bring yourself home safely.... itu sudah cukup buat Vee dah" kata - kata isterinya itu mengundang perasaan sebak di dalam hati Ariel. Begitu tulus kata - kata itu di rasakannya meresap ke dalam lubuk hatinya.

Ariel meninggalkan Vee kembali melayan perasaannya sendirian di dalam bilik sementara dia pergi ke rumah ibunya sebentar. Ada perkara yang mahu dia bualkan dengan ayah disana. Sebaik saja suaminya berlalu pergi, Vee pantas mengambil gelang dan sampul surat yang dia sembunyikan di bawah bantal, tadi.

Dia meletakkan gelang dan sampul itu di dalam laci meja disisi katil mereka lantas menguncinya. Sebaik sahaja meletakkan kunci meja itu di dalam tas tangannya, tiba - tiba perutnya berasa lapar dan kali ini dia mengidam mahu makan daging rusa panggang.

Air liurnya tiba - tiba kecur setiap kali dia teringat akan kelazatan daging tersebut ketika dia melancong ke luar negara dulu. Tapi dengan siapa dia mahu meminta daging itu? Mahu mencarinya juga bukan mudah.

Vee mencapai telefon bimbitnya. Dia mencari sesuatu di dalam internet. Senyumannya lebar. Ternyata dia masih cukup bertuah lagi. Lantas Vee bangkit dan mencapai kunci keretanya semula. Kepada Mak Bibah dia berpesan, untuk memberitahu suaminya yang dia keluar sebentar kalau Ariel tiba - tiba mencarinya nanti.

Dia perlu pergi ke satu tempat sebelum terlambat. Mak Bibah yang pelik melihat perubahan anak majikannya itu mengerut dahi seribu. Belum pun sempat dia bertanya lanjut, Vee sudah hilang dari pandangannya...

Hai, apa sajalah yang penting sampai tak boleh nak cakap panjang? Vee... Vee! Ariel pun sama. Hilang macam itu aje. Ummm... pelik betul pasangan suami isteri ni tau!

Mak Bibah duduk menghadap Vee yang sedang makan mangga muda dengan penuh berselera sekali di hadapannya. Sebelum ini dia tidak pernah lagi melihat anak majikannya itu makan benda masam seperti itu di rumah. Lagipun Vee bukannya suka sangat makan benda - benda yang masam.

Melihat perubahan selera Vee membuat hati tuanya berdetik, hebat. Dia menghulurkan segelas air kepada Vee yang kelihatan berpeluh menikmati makanannya itu tadi. Air yang di hulurkan tadi habis sekelip mata. Mak Bibah semakin pelik melihat perubahan Vee. Dia menunggu wanita muda di hadapannya itu selesai makan terlebih dahulu sebelum dia bertanya lanjut.

"Bukan main selera lagi Mak Bibah tengok Vee semenjak dua menjak ni… ada apa - apakah?" ujar Mak Bibah dengan senyuman penuh maknanya. Vee sekadar mencebikkan bibirnya sambil menggelengkan kepala.

"Betul tak ada ni?" soal Mak Bibah bersungguh - sungguh.

"Betul!"

"Iyakah betul? Dah tu yang tetiba makan benda asam macam itu kenapa? Vee mengandung ya?" terasa mahu keluar mangga yang berada di dalam kerongkongnya itu semula.

Vee pantas meneguk air bagi mengelakkan dia tercekik. Dia menarik muncung panjangnya di hadapan Mak Bibah yang tersenyum manis. Ternyata wanita separuh abad itu dapat menghidu perubahannya dalam diam.

"Mana ada! Vee terasa je nak makan benda masam ni lepas tengok rancangan masakan Chef Wan tadi tu hah! Bukan sebab lain. Mak Bibah janganlah fikir yang bukan - bukan pula" balas Vee menidakkan tekaan Mak Bibah yang sememangnya betul.

"Alah, Vee janganlah nak berahsia sangat dengan Mak Bibah. Cakap ajelah kalau Vee sudah berisi. Mak Bibah janji takkan cakap dengan orang lain" ujar Mak Bibah lagi. Vee senyum, geli hati melihat reaksi wajah wanita itu di depannya.

"Tak ada! Vee saja nak makan bukan sebab Vee dah berisikah apa. Hish, Mak Bibah ni… karang mama dengar masalah besar Vee nanti"

Mak Bibah yang kelihatan tidak berpuas hati dengan jawaban Vee berjalan mengelilingi bangku Vee perlahan - lahan sambil matanya melihat bentuk tubuh badan Vee dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

Tangannya turut menjamah perut Vee yang masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan besar terhadap bentuk tubuh badannya. Perutnya langsung tidak jelas kelihatan. Cuma wajahnya sahaja yang bertambah tembam sedikit dan selera makannya semakin bertambah. Namun dari segi bentuk tubuh badan, dia masih tidak banyak yang berubah.

Mak Bibah kelihatan mengerut dahinya seribu. Keningnya juga turut bertaut, seolah - olah dia ada terlepas sesuatu disitu. Matanya masih lagi tertumpu pada perut Vee.

"Hurm, betul tak mengandung ni?"

"Kenapa Mak Bibah pasti sangat yang Vee mengandung? Hanya sebab Vee makan mangga mudakah, Mak Bibah cakap macam tu?" Mak Bibah diam seketika sebelum dia kelihatan menggelengkan kepalanya.

"Bukan sebab itu saja. Yang sebenarnya Mak Bibah risau tengok keadaan Vee macam ni…." kening Vee bertaut.

Dia lantas menongkat dagu memandang wajah wanita yang sudah pun begitu lama berkhidmat kepada mereka sekeluarga.

"Kenapa Mak Bibah risau, bukannya Vee sakit pun? Kan Vee sihat ni…"

"Hum, memanglah sihat. Tapi Mak Bibah tengok hubungan kamu suami isteri macam dah tak mesra dan intim macam dulu lagi.... Vee gaduh dengan Ariel ya? Kenapa, Ariel ada orang lainkah?" Vee lantas ketawa mendengar kata - kata wanita yang di kasihinya seperti ibu sendiri itu. Dia lantas menolak tuduhan Mak Bibah.

"Vee tidak gaduh dengan abang pun. Vee aje yang suka tukar - tukar mood dengan abang, sebab itulah Mak Bibah jarang nampak kami berdua macam dulu. Mak Bibah pun tahukan Vee ni perangai macam mana…..

Hubungan kami dingin pun sebab abang sekarang ni tengah sibuk dengan urusan kerja dia. Takkan Mak Bibah nak tengok Vee bermanja terus dua puluh empat jam dengan abang kot? Abang pun kena berehat jugak! Nak layan Vee setiap saat, rasanya abang tak larat kot…" Mak Bibah mencebik geram dengan jawaban yang meluncur keluar dari mulut anak majikannya itu.

Vee langsung tidak berfikir panjang bila menjawab. Ternyata sikap anak majikannya itu masih belum berubah sepenuhnya lagi.

"Hish, budak ni! Sekeh kepala tu kang baru tahu. Mak Bibah tahulah yang suami kamu itu sibuk kerja siang malam. Penat bila balik rumah… bukan Mak Bibah maksudkan benda tu…." Vee pecah ketawa semula.

Geli hatinya bila wanita itu berfikir sedemikian dengan ucapannya itu tadi.

"Habis itu Mak Bibah nak Vee jawab macam mana lagi kalau Mak Bibah tanya soal hubungan Vee dengan abang dingin dan tak intim macam dulu lagi? Takkan nak Vee cakap bohong dengan Mak Bibah pulak!"

"Suka hati kamulah! Malas Mak Bibah nak layan…" Vee sekadar kuntum senyuman.

Dia berasa lega kerana Mak Bibah sudah tidak curiga lagi dengannya buat masa sekarang. Dia perlu lebih berhati - hati kalau dia mahu merahsiakan kandungannya itu dari pengetahuan ahli keluarganya yang lain. Vee mengusap perutnya perlahan - lahan. Rasa tidak sabar pula untuk dia menimang cahaya matanya sendiri. Dia bangkit dan membersihkan tempat makannya terlebih dahulu sebelum dia berlalu ke biliknya semula.

"Maafkan mama ya, sayang. Mama dah berbohong tentang kewujudan sayang dalam perut mama dengan Mak Bibah tadi… In Shaa Allah, nanti mama cakap terus terang dengan mereka semua…"

Vee berbaring malas diatas katil. Dia bosan duduk bersendirian di dalam bilik tanpa membuat apa - apa kerja. Laptopnya yang terbuka kembali di tutup semula. Dia turut malas mahu membuat kerjanya. Lama berfikir dia bangkit dan masuk ke dalam bilik air.

Disana dia berendam di dalam tab mandi sambil menutup mata. Baru terasa lega dan segar badan di rasakannya. Berendam di dalam air suam dan di penuhi dengan wangian aroma terapi yang turut di hasilkan dari lilin yang di nyalakannya di tepi tab mandi mengundang seribu satu ketenangan padanya. Matanya terbuka luas bila wajahnya tiba - tiba di jamah seseorang. Suaminya muncul dengan senyuman manis.

"Kenapa tak ajak abang sekali?"

"Huh?" tanpa menunggu jawaban dari isterinya, Ariel lantas masuk ke dalam tab mandi.

Vee yang pura - pura merajuk, menjeling suaminya. Ariel ketawa. Dia lantas memeluk wanita itu erat di dalam pelukannya.