Petang itu, Vee cuba untuk mengambil angin di laman rumah apabila dia melihat ibu mertuanya, Datin Sri Roqaiyah kelihatan sibuk mencatat sesuatu pada diarinya. Vee yang pada mulanya sekadar memerhatikan perbuatan ibu mertuanya itu tergerak hati untuk bertanya lanjut.
"Ibu tengah catit apa dekat dalam diari tu, sibuk benar Vee tengok?" Datin Sri Roqaiyah mendongak sambil tersenyum tipis.
Pen yang di gunakannya tadi di letakkan semula di atas diarinya.
"Bila Vee balik dari pejabat?" kening Vee bertaut erat.
Dahinya turut berkerut mendengar pertanyaan ibu mertuanya itu yang seolah - olah langsung tidak menyedari kehadirannya disitu sejak awal tadi.
"Vee dah lama tak masuk ofis, Bu. Abang yang tak suruh Vee masuk kerja. Dia nak Vee duduk rumah aje dan datang ke pejabat bila perlu ... Ibu dah lupakah?" Datin Sri Roqaiyah tersengih.
Dia betul - betul terlupa dengan anak menantunya itu. Semenjak dia sibuk berpersatuan sekarang ini, banyak perkara yang dia sudah terlupa. Lebih - lebih lagi kalau dia terlupa untuk mencatatnya pada buku diarinya, pasti dia tidak akan teringat lagi.
"Ibu ingatkan Vee masih masuk pejabat dengan Ariel lagi... Ibu dah lupa agaknya!"
"Sudah dekat lima bulan Vee tak masuk ofis, Bu. Abang kata dia boleh handle everything dekat sana dah sekarang ni..." balas Vee dengan senyuman penuh maknanya.
Ibu mertuanya turut melemparkan senyuman sebelum dia kembali menyambung semula catitannya yang terhenti tadi.
"Ariel itu sama aje dengan ayah dia, keras kepala! Sudah bapa borek, anak pun rintik jugalah... kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, iya tak?" Vee angguk mengiyakan kata - kata ibu mertuanya itu.
Suaminya memang kuat berkerja. Jarang sekali dia melihat dan mendengar rungutan keluar dari mulut suaminya mengenai kerja pejabat, di rumah. Ariel kelihatan bersahaja setiap kali dia balik dan langsung tidak menunjukkan yang dia letih berkerja seharian di pejabat. Vee tahu bukan mudah untuk suaminya menguruskan syarikat yang biasanya di uruskan oleh mereka berdua sebelum ini.
Namun bagi Ariel, dia lebih suka melihat Vee duduk di rumah berbanding duduk di pejabat. Bukan sebab tidak suka isterinya berkerja, tapi dia mahu Vee menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga mereka sahaja dan bukannya benda lain. Dia tidak mahu membebankan Vee dengan dua kerja yang penting dalam satu masa.
Urusan rumahtangga mereka jauh lebih penting dari urusan kerja pejabat dan dia takut akan memberikan tekanan kepada mereka berdua kelak kalau mereka berkerja di bawah satu bumbung yang sama. Namun Ariel tidak menghalang Vee berkerja dari rumah.Vee berkerja sebagai seorang freelancer untuk syarikat suaminya dan secara tidak langsung dia masih turut terlibat dalam menguruskan soal syarikat mereka, cuma bezanya dia tidak perlu berada di dalam pejabat sepanjang masa.
Vee cuba untuk melayan ibu mertuanya berbual memandangkan dia terasa bosan petang itu. Sekali sekala berbual panjang dengan ibu mertuanya bagus juga.
"Ery pergi mana, Bu? Sejak dia balik cuti ni, jarang benar nampak dia duduk dekat rumah. Sibuk sangatkah pusat tuisyen tu?"
"Erm, yang itu pun sama juga! Dua kali lima dengan suami kamu dan suami, Ibu. Entah apa saja yang dia dapat dengan mengajar dekat pusat tuisyen tu? Tak lama lagi dah nak flight balik pergi UK dah..... Kalau ianya pun jadi tutor dekat sana, tidak perlulah sibuk mengalahkan perdana menteri. Entah ke mana ajelah dia pergi merayap pun, Ibu tak tahu" balas Datin Sri Roqaiyah dengan keluhan kecilnya.
Vee mengukir senyuman, lucu dengan kata - kata ibu mertuanya...
Hai Bu... kata anak dengan suami sendiri, nombor satu. Hakikatnya ibu pun sama jugak dengan mereka. Jarang duduk lama dekat rumah. Biarpun duduk sebumbung, mereka jarang dapat duduk berkumpul sama - sama. Humm, rindu pulak dekat papa dengan mama. Apa yang diorang tengah buat dekat rumah sebelah?
"Biarlah Bu, janji dia tak buat benda tidak baik sudah. Manalah kita tahu kalau - kalau Ery tu jadi ahli parlimen satu hari nanti... Ibu dengan ayah juga yang bangga nanti"
"Kalau macam itu bagus juga, tidak sakit kepala kita nak fikirkan soal masa depan dia tu. Oh ya, Vee... bulan depan Ibu rancang nak sambut hari jadi Ariel dekat Hilton. Macam mana, Vee setuju tak?" Vee terdiam seketika dan membiarkan ibu mertuanya untuk terus bercakap.
"Ibu sudah tanya receptionist dia tadi, dewan dia orang available hari itu. Bayaran dia pun agak berpatutan juga. Ibu ingat kita just jemput teman - teman yang terdekat dan rapat saja kali ni. Last year dah buat dekat Sheraton, itu pun lewat dua hari sebab Ariel pergi Australia. Kalau Hilton dekat sikit. Vee setuju tak?" sambung Datin Sri Roqaiyah panjang lebar.
Vee masih lagi mendiamkan diri. Tujuh bulan hidup sebagai isteri Ariel membuat Vee faham dengan kesibukan suaminya itu yang amat komitment dalam menjalankan tangunggjawabnya sehinggakan dia kadangkala terlupa yang dia punya isteri dan sedang menunggunya di rumah.
"Kenapa tak buat dekat rumah je, Bu? Lagi jimat. Lagipun lebih afdal kalau kita buat kenduri doa kesyukuran berbanding celebrate dekat hotel. Hotel - hotel ni bukannya tak elok, cuma membazir banyak aje Bu....
Apa kata sesekali tu, kita buat dekat rumah ni. Pasti meriah juga macam dekat hotel. Batalkan ajelah tempahan Ibu dekat Hilton tu. Kalau soal menu yang Ibu bimbang, Ibu tak payah risau biar Vee dengan Mak Bibah saja yang sediakan semuanya. Bibik pun boleh tolong sekali. Tahun ini biar kita buat kelainan sikit. Vee yakin abang tidak akan bantah nanti..." Datin Sri Roqaiyah diam sejenak.
Dia memandang wajah menantunya itu. Betul juga apa yang di katakan oleh Vee. Kalau bukan resort atau hotel yang akan selalu di tempahnya bila dia mahu membuat sebarang majlis berkaitan dengan keluarganya. Dia seolah - olah sudah lali dan terbiasa dengan kehidupan grand dan elitnya sehinggakan dia terlupa dengan amalan kenduri kendara orang tua dulu - dulu.
Dia rindu dengan semua itu tapi dia tidak tahu hendak bermula dari mana memandangkan dia sendiri sudah lama meninggalkan tradisi lama itu di dalam keluarganya. Dia bangga dengan hotel dan resort sehinggakan dia terlupa dengan sedekah dan amal jariah di masjid - masjid.
Mujur dia masuk ke dalam persatuan yang terlibat dalam aktiviti - aktiviti kemasyarakatan dan dia kembali tahu soal derma serta sedekah dengan membantu golongan yang lebih memerlukan. Tapi dia masih juga sibuk menempah hotel dan resort untuk majlis ulang tahun kelahiran atau perkahwinannya.
"Waktu pagi, kita buat kenduri doa kesyukuran dan jemput ahli - ahli jemaah masjid datang. Malam pula barulah kita buat acara parti untuk sambut ulang tahun abang kali ni. Kalau Ibu setuju, biar Vee saja yang arrange kan semuanya. Err, abang tahu tak pasa birthday party dia ni?"
"Tak! Ibu ingat nak buat kejutan sebenarnya untuk dia. Suami kamu itu mana nak ingat tarikh lahir dia sendiri. Sama macam ayah jugak! Asyik sibuk dengan kerja sampai tarikh lahir sendiri pun tidak ingat...
Dulu masa Ariel kecil, dia tidak tinggal pun dengan Ibu dengann ayah. Dia duduk dengan arwah mak, Ibu dekat kampung. Setiap kali hari lahir dia muncul, Ibu dengan ayah akan bawa dia balik KL. Itu pun bukan selalu Ibu dengan ayah dapat jenguk dia dulu. Maklum sajalah Ibu dengan ayah sibuk dengan kuliah dan kerja masing - masing waktu tu..." ada nada kesal pada suara Datin Sri Roqaiyah.
Vee yang tertarik dengan cerita ibu mertuanya itu mengambil kesempatan tersebut untuk bertanya lanjut mengenai kehidupan suaminya ketika waktu dia masih kecil dahulu. Mungkin Ariel lah orang yang di carinya selama ini, atau mungkin juga tidak. Tapi bila teringat dengan nama yang sering di ucapkan oleh suaminya membuatkan dia tertanya - tanya sendiri.
Sejak kebelakangan ini juga Ariel semakin kerap memanggilnya dengan nama Sweety. Nama yang hampir - hampir dengan nama panggilannya ketika di kampung dahulu. Sweet dengan Sweety tidak terlalu jauh berbeza dan dia yakin suaminya seperti sengaja mahu dia mengingati nama itu.
"Kampung Ibu dekat mana?"
"Dekat Melaka. Kampung Hilir nama dia. Kalau dekat kampung memang seronok sebab banyak benda yang kita boleh buat. Budak bandar mana tahu cara budak kampung berseronok, betul tak?" Vee angguk.
Senyumannya lebar sebaik sahaja mendengar penjelasan singkat, ibu mertuanya itu. Ariel merupakan orang yang di carinya selama ini. Mereka adalah orang yang sama.
"Vee dulu pun tinggal dekat kampung jugakan? Vee tinggal dengan siapa?"
"Vee tinggal dengan nenek tiri sebelah mama. Memang seronok masa duduk dekat kampung dulu. Macam - macam yang boleh kita buat" Datin Sri Roqaiyah angguk.
Wajah yang tadinya suram kelihatan ceria kembali. Pasti dia amat merindui kampung halamannya, detik Vee dalam hati.
"Ibu pun masa duduk kampung dulu memang suka pergi mandi sungai. Panjat pokok buah dekat dusun ... pendek kata memang tidak boleh nak duduk diamlah. Tapi bila sudah belajar dekat bandar, semuanya pun berubah. Banyak benda yang Ibu sudah lupakan!" ujar Datin Sri Roqaiyah dengan nada kesal.
Namun dia tetap ceria bercerita mengenai bekas kampung halamannya dengan penuh semangat. Walau pun tidak lagi punya kampung sendiri sekarang, tapi sekurang - kurangnya dia pernah merasa bagaimana cara hidup orang kampung yang sebenarnya.
"Masa Ariel kecik dulu pun orang kampung tak panggil dia dengan nama Ariel, tapi mereka lebih mengenali dia dengan nama Aloy. Entah kenapa nama itu pula yang melekat dengan dia berbanding dengan nama dia sendiri pun Ibu tak faham....
Bila Ibu panggil dia Ariel, orang kampung kata Ibu sudah salah nama. Bukan Ariel tapi Aloy! Bila dia tinggal dengan Ibu semula, Ibu tak panggil dia dengan nama Aloy, tapi Ibu panggil dia dengan nama sebenar dia, Ariel. Itu yang sampai sampai sekarang dah tak pakai lagi nama Aloy tu ... Ibu tidak fikir pun suami kamu ingat lagi dengan nama timangan dia masa dekat kampung dulu" Vee sekadar tersenyum.
Ibu mertuanya memang langsung tidak tahu tentang anaknya sendiri. Ariel bukanlah seorang yang pelupa sebenarnya. Daya ingatannya agak kuat, cuma kerana terlalu sibuk dia kadangkala terlupa untuk mengingatinya saja. Patut sangatlah suaminya suka sangat memanggilnya dengan nama Sweety.
Rupa - rupanya dia sudah lama tahu identitinya yang sebenar. Jauh di sudut hati Vee, dia amat gembira mendengarnya dan segala teka - teki yang cuba di mainkan oleh suaminya kini sudah terjawab. Pasti mama dengan papa juga sudah lama mengetahui tentang hal tersebut, cuma mereka tidak mahu memberitahunya sahaja kerana sudah berjanji dengan suaminya terlebih dahulu.
Hump, pakatlah tu! Takpe.... nasib baik ada ibu yang tak lokek kongsi cerita. Sekarang, time aku pulak nak kenakan dia balik! Nak buat macam mana ehk? Ah! Birthday dia.
Hari jadi Ariel jatuh pada 14 februari dan cuma tinggal sebulan saja lagi untuk dia membuat persiapan. Dia mahu memberikan kejutan yang paling besar untuk suaminya itu nanti. Biar dia tahu akibat berbohong dengan isteri sendiri...
You're done this time, Hon! Hehehe...
Ariel terasa pelik dengan perubahan mendadak isterinya yang semakin suka duduk termenung sendiri dan sering mengelak dari dirinya. Dulu bukan main manja lagi wanita itu bila menyambut kepulangannya dari mana - mana, sekarang mahu melihat senyuman dari wanita itu juga amat payah sekali. Mahu duduk bergurau dengan isterinya pun dia takut isterinya pula yang akan mengamuk.
Vee sekarang pula semakin suka melenting. Tidak kiralah sama ada Ariel bergurau dengannya atau pun tidak, pasti ada saja yang tidak kena pada pandangan mahu pun pendengarannya. Mod hantu isterinya sudah menyerang semula. Malah Vee sekarang, langsung tidak menitik beratkan soal pemakanannya.
Kalau dahulu dia cukup berhati - hati bila mengambil sebarang makanan yang berminyak mahu pun yang bergula kerana takut terlebih kolestrol atau sebagainya. Tapi kini, semua makanan itu habis di makannya. Ariel yang pelik melihat perubahan drastik isterinya, sekadar mampu melihat sahaja. Dia tidak berani menegur isterinya, terus.
Selagi tidak ada masalah besar yang timbul di dalam rumahtangga mereka berdua selagi itulah Ariel akan cuba untuk bertahan dan terus memujuk. Dia terlalu sayangkan wanita itu dan dia mahu mengekalkan keharmonian rumahtangga mereka sampai bila - bila.
"Sayang tak sihat?" soal Ariel penuh kasih takala melihat wajah pucat isterinya.
Vee sekadar melemparkan senyuman tipis tanpa menjawab pertanyaan suaminya. Tangannya sibuk menggoreng ikan di dalam kuali. Sesekali Vee akan turun ke dapur untuk membantu Bibik menyediakan makanan mereka sekeluarga. Itu pun kalau dia terlalu bosan. Entah mengapa sejak kebelakangan ini dia selalu berasa letih.
"Kenapa dengan Vee ni?... Sudah seminggu abang tengok sayang macam ni, abang risau tau. Cakaplah dengan abang, apa yang tidak kena..." Vee menarik nafas dalam.
Dia masih lagi mendiamkan dirinya. Tidak mahu membuat Bibik perasan dengan pertelingkahan kecil mereka suami isteri, Vee berlalu ke anjung dan meminta Bibik mengambil alih semula kerjanya.
Udara petang yang sedikit panas menerpa kulit wajahnya yang mulus dan pucat. Mulutnya terasa berat untuk di buka berbicara petang itu. Ariel yang melihat reaksi isterinya, menggaru kepala yang tidak gatal. Dia boleh gila kalau Vee buat perangai lamanya lagi.
Cukuplah kisah lalu di antara mereka menjadi lipatan sejarah dalam perhubungan mereka suami isteri dan Ariel sudah tidak mahu kembali melaluinya semula. Bukan mudah untuknya memiliki sekeping hati wanita yang bernama Vee Ifti Herlina itu yang sememangnya agak keras untuk dia takluki.
Ariel tahu dan yakin kalau isterinya masih lagi merindui Aloy dalam diam. Kalau boleh Ariel sendiri mahu membongkarkan identitinya saat itu juga agar isterinya tidak berterusan merajuk seperti itu. Tapi masih belum tiba masanya untuk dia berbuat begitu. Dia mahu membuat kejutan pada hari ulangtahun pertama perkahwinan mereka, pada bulan julai nanti. Biar hari itu menjadi sejarah buat mereka berdua.
Pertemuan semula dua sahabat yang kini sudah pun sah bergelar suami dan isteri. Pasti isterinya terkejut besar bila perkara itu di ketahuinya nanti. Tapi buat masa sekarang dia akan cuba untuk terus memujuk agar rahsia itu kekal buat sementara waktu lagi.
"Sayang kenapa ni?" soal Ariel mencuba sekali lagi.
Dia mengusap rambut isterinya penuh kasih sayang. Dia mahu isterinya tahu bertapa dia amat mencintai dirinya. Vee yang langsung tidak ada mood untuk melayan suaminya petang itu, menepis tangan Ariel dari terus mengusap rambutnya. Dia rimas dengan belaian Ariel.
Ariel yang terkejut dengan tindakan isterinya tidak mudah melatah. Dia sekadar melemparkan senyuman takala isterinya memberikan jelingan tajam kepadanya.
"Nothing bad is going to happen between us. I'm sure about that!..." guman Ariel sendiri selepas Vee pergi dan meninggalkannya bersendirian di anjung, merenung kaki langit yang mulai berubah warna.
Ariel cuba untuk mententeramkan fikirannya yang sarat dengan pelbagai masalah dan juga persoalan dengan menghayati dan mengagumi keindahan alam ciptaan yang ESA, itu bersendirian. Di dalam hati dia tidak putus - putus berdoa untuk kebahagian rumahtangganya. Ariel lepas keluhan berat. Dia meraup wajahnya yang suram, sesuram jiwanya kini, tanpa kehadiran gelak tawa dan juga rungutan manja isterinya yang tercinta.
Vee sendiri tidak tahu mengapa dia boleh bersikap sedingin itu dengan suaminya. Sedangkan belaian suaminya itulah yang amat dia perlukan saat itu. Langsung tidak terniat untuk menghina suaminya dengan bersikap sedemikan tapi dia tidak mampu mengawal perasaannya yang tiba - tiba berubah dalam sekelip mata. Vee menyeka air matanya yang gugur. Hatinya berasa sedih mengenangkan tindakannya terhadap Ariel sebentar tadi.
Sudah tiga hari Vee tidak sedap badan. Malah dia semakin kerap berasa loya dan sering muntah tanpa sebab. Namun janji dengan ibu mertuanya untuk membuat jamuan majlis ulangtahun suaminya itu, membuat dia cuba untuk bertahan. Mama kadangkala turut sama berbincang dengannya mengenai menu dan bilangan tetamu yang akan mereka jemput pada hari itu nanti kerana mereka akan membuat dua acara yang berbeza dalam satu hari. Sementara itu hubungannya dengan Ariel juga sudah hampir seminggu berlalu dingin. Masih terniang lagi pertengkaran kecil mereka semalam, di telinga Vee.
"Apa yang tak kena dengan U ni, Vee? I ada buat salah dengan U kah? Sampai I nak sentuh sikit pun, U dah macam orang yang kena suntik dengan jarum! Cakap apa salah I! jangan buat I bingung boleh tak?!" ujar Ariel dengan nada yang agak tinggi dan tegang semalam.
Itu juga merupakan kali pertama Ariel menggunakan perkataan I dengan U semula semenjak mereka berkahwin.
"Ask yourself, why? You already had the answer to all of it..." jawaban isterinya itu membuat dia terkejut besar.
Dia langsung tidak faham apa yang sedang di maksudkan oleh isterinya saat itu. Jawaban untuk kesemua pertanyaannya? Ariel cuba untuk bernafas, normal. Perasaan panasnya ketika itu perlu di bawa untuk bertenang sebaik mungkin.
"Apa yang U maksudkan sekarang ni?! I ada affair dekat luar, macam tu?!" ujar Ariel masih lagi, panas.
Dia meraup wajahnya beberapa kali. Kalau bukan kerana dia ingat wanita itu ialah isterinya, mungkin sejak tadi lagi pipi putih gebu itu sudah merasa pelempangnya.
"I work hard all this time for what? For who?! Takkan sebab I selalu pergi out station dan balik lewat malam, U tuduh I ada hubungan sulit dekat luar! Bullshit! I tak sejahat itu tau... Kalau I nak dah lama I dapat. Tapi I tak pernah terfikir sekali pun nak buat macam tu di belakang U. And now you accusing me? Wow... I'm speechless.... I think I know you now but...." ujar Ariel tidak menghabiskan kata - katanya kerana dia mulai hilang sabar.
Dadanya turun naik cepat, cuba menahan amukannya sendiri. Semakin lama dia berada disitu semakin terasa bahang badannya meresap ke segenap tubuhnya. Bila - bila masa sahaja dia mungkin boleh hilang pertimbangannya sebagai seorang lelaki dan suami di depan isterinya.
Vee terkejut mendengar suara suaminya yang semakin kuat dan kasar. Mujur juga cuma mereka berdua yang tinggal di dalam rumah ketika itu. Mama dengan papa sedang menghadiri majlis di hotel dan mungkin tidak akan balik sehingga pagi besok, sementara Mak Bibah pula pulang ke kampung menjenguk anak perempuannya yang baru saja lepas bersalin.
"Vee tidak cakap macam itu pun dengan abang! Yang abang tiba - tiba melenting tu kenapa? Bila Vee dingin, abang mengamuk. Pernah tak abang fikir tentang Vee? Sihat sakit Vee selama beberapa minggu ni, pernah tak? Tak adakan?!....
Abang sibuk kejar bisnes abang tu ... meeting dekat sana sini, tak habis - habis. Tapi Vee langsung tak mengadu sedikit pun dengan abang sebab Vee tahu abang kerja pun untuk keluarga kita jugak! Tapi bila Vee tiba - tiba macam ni, abang pulak yang terasa lebih!" air mata yang mengalir di seka kasar.
Dia semakin sensitif dan penuh dengan emosi sejak beberapa hari ini. Perubahan yang paling ketara sekali dia rasa ialah, dia semakin kuat makan makanan yang masin dan masam. Tidak termasuk lagi dengan rasa loya yang sering mencucuk - cucuk leharnya. Dia cuma mahukan sedikit perhatian sahaja dan bukannya meminta lebih dari suaminya. Tapi kalau itu pun mengundang kemarahan suaminya, dia tidak boleh berdiam diri terus. Dia pun ada hati dan perasaan juga.
Siang malam suaminya asyik bercakap soal kerja sehingga suaminya kadangkala tidak ada masa untuk bermesra dengannya lagi seperti dulu. Vee rasa tersisih bila suaminya lebih mementingkan perkerjaannya dari dia, sebagai isteri. Kegagalan Ariel yang sudah berjanji hendak menyediakan sarapannya pagi tadi juga membuatkan dia cukup terkilan dan sedih.
Suaminya suka bersikap sambil lewa bila berjanji dengannya. Siapa yang tidak makan hati kalau suami sendiri bersikap begitu. Perasaannya bercampur - baur menjadi satu dan dia sendiri kadangkala keliru dengan perubahan sikapnya yang begitu mudah berubah.
"Jangan buat abang angkat tangan dengan Vee pulak! Vee bukannya anak dara lagi tau. You are someone wife now.... my wife!" ujar Ariel geram.
Wajahnya merah mencuka. Terasa ringan tangannya untuk melempang pipi pucat isterinya saat itu.
"Ooo, so now you really want to hit me? Then try it, Ariel, if you dare.... if that is what you wish for, I will never move an inch... Apa lagi yang awak tunggu? Hit me!!" Ariel ketap bibir. Dia mendengus kasar.
"Arggh!.. U!!!"
DUMP!!!
Berdentum bunyi pintu bilik mereka di hempas Ariel malam itu. Jantung Vee terasa berhenti berdenyut untuk seketika. Dia betul - betul tidak sangka yang mereka akan bergaduh besar malam itu. Dia juga rasa bersalah kerana berani mencabar kewibawaan suaminya sendiri...
Kenapa perlu bertengkar??
Malam itu Ariel tidur di dalam bilik bacaan buat kali pertama semenjak mereka berkahwin. Fikirannya kusut memikirkan akan kata - kata isterinya yang langsung tidak masuk akal.
"Why?!" Ariel melabuhkan badannya ke sofa.
Dia cuba untuk melelapkan matanya dengan perasaan geram, sakit hati dengan sikap tidak munasabah isterinya.