webnovel
#ROMANCE

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · 现代言情
分數不夠
44 Chs
#ROMANCE

Chapter 3

Mata bertentang mata,Ruth betul² terkejut gila saat dia menyedari lelaki yang memandangnya adalah Villiam,Ruth tidak tahu Villiam berkerja sebagai chef,Ruth menjadi tak tentu arah bila crushnya datang menjamu selera di tempat dia berkerja,Villiam juga tidak menyangka Ruth berkerja di sebuah cawangan yang sama,hotel dan restoran yang di miliki oleh syarikat yang sama.Semasa kesemua chef baru datang untuk makan di sini,mereka dah perasaan banyak juga gadis cantik di restoran ni,gadis di tempat mereka sudah biasa terlihat sehingga tidak mempunyai rasa teruja,bila mereka berpeluang datang ke restoran tempat Ruth berkerja,sebelum datang semua chef baru telah bercerita soal perempuan,mereka bukan datang untuk makan saja,tapi datang untuk belajar kemahiran baru dalam masakan dari chef china yang baru saja tiba menjadi guru di restoran ini.

Makanan yang di masak telah siap dihidangkan diatas meja,bermacam² jenis hidangan yang sudah tersedia di meja untuk sepuluh orang merasai hidangan baru,chef muda perlu melihat bahan yang di guna dan merasai rasa masakan,mereka juga perlu memikirkan perisa yang di gunakan dalam bahan masakan,markah akan di berikan kepada mereka yang tahu mengenai rasa,kemudian guru dari china keluar dari dapur untuk memperkenalkan diri...

"Hello,apa khabar semua...saya chef Wei Zing dari china,hari ini kita menguji rasa,siapa yang dapat meneka dengan betul akan mendapat markah yang tinggi."

Mereka semua saling menunduk menberikan hormat,kesemua chef baru mula meneliti bahan dan kemudian mereka juga merasa hidangan,mereka di berikan sehelai kertas untuk catatan,mereka perlu menulis nama sendiri sebelum kertas di berikan kepada chef Wei Zing.

Setelah semua chef baru habis merasai hidangan dan membuat catatan,pelanggan lain juga mula memenuhi ruang restoran,karena sekarang sudah hampir waktu tengahari.Pada saat itu Villiam sempat lagi melihat kemana arah Ruth pergi dan mengekorinya sebelum pulang,Ruth menuju ke tandas perempuan,bila crush ada kena sentiasa kelihatan cantik.

Pada saat Ruth keluar dari tandas,dia tak sangka Villiam menunggu di luar pintu,tersenyum melihat Ruth baru saja keluar,bunyi jantung di antara mereka berdua juga berdetak dengan laju,tapi mental yang kuat berjaya mengawal perasaan itu.

"Hei,tak sangka awak berkerja di sini?"kata Villiam.

"Saya pun tak sangka awak seorang chef."balas Ruth.

"Hmm,jadi awak tak ingat,saya memang seorang chef,saya dah cakap pada malam itu pada awak,jadi awak memang tak ingat,mesti awak sangat mabukkan?"

"Awak ada cakap pada saya ke?"

"Adalah,nanti kita keluar lagi nak tak?"ajak Villiam.

"nanti saya pikir dulu."

"Kesian saya,orang tak nak keluar dengan kita,okay...saya nak pergi bawa hati yang duka ini."lalu Villiam pergi.

"Hey,"Ruth bersuara pelahan.

Villiam meninggalkan Ruth,Ruth mengigit bibirnya sendiri,dia berfikir mengapa dia cepat sangat menolak,dia dah bujang selama lima tahun,apa lagi yang dia harapkan dari hubungan yang dulu,sesuatu yang dia tak pasti apa akan terjadi,bekas kekasihnya yang bersalah meninggalkan dia tanpa sebarang berita,untuk apa dia masih setia menanti lagi,mengapa menghampakan perasaan seseorang,Ruth harus berani berdepan dengan kehidupan,apa lagi dunia percintaan yang tak pasti pengakhirannya macam mana,Ruth harus berani mencuba....

"kalau kamu masih menolak,kamu menyesal kalau tidak ada orang yang nak lagi."bisik suara di kepala Ruth.

TEMPAT PAKING KERETA

Villiam menuju ke tempat paking kereta dengan wajah sedikit kecewa,Ruth menolak permintaan keluar bersama dengannya,mungkin dia bukan jenis lelaki idaman Ruth,dia mengeluh memikirkan apa yang tak kena padanya.

"Ruth tak suka pada pada saya,mengapa agaknya?"Villiam berkata sendiri.

Villiam memandu pulang ke rumah sewanya,di tempat dia tinggal ada berapa orang teman tinggal bersama,ada yang berkerja sama satu tempat dan ada yang berkerja di tempat lain,untung mereka semua boleh di katakan lelaki baik,tapi ada juga yang nakal,biasa lelaki duduk di bandar.

"Villiam,baru balik, nampak tidak ada mood...mengapa?"tanya kawan Villiam,Tony.

"Tony,kamu tahu mengapa perempuan tidak mahu keluar bila di ajak?"tanya Villiam.

"Ooo,ini masalah kamu...mungkin dia tidak percaya atau tak suka pada awak."jawab Tony.

"Apa muka saya nampak jahat sangat ke?"kata Villiam tertekan.

"Tidak jahat,hanya terlalu kacak sampai dia takut."balas Tony bergurau.

"Seriuslah,saya ingin tahu, perempuan baru yang saya kenal ini,orangnya comel...masa dia mabuk saja."

"Mungkin dia masih malu,nanti bagi dia minum lagi,lepas itu pandai kamulah supaya dia tidak malu lagi."nasihat nakal dari si Tony.

"kamu ingat saya seperti kamu,mahu main²."marah Villiam.

”Tenanglah kawan...

Lalu Villiam masuk ke biliknya,dia merasakan ideal kawannya itu tidak menbantu,tetapi Villiam tidak mahu berputus asa,sebab dia merasakan keselesaan sewaktu bersama Ruth.Villiam dapat merasakan ketenangan dan rasa hangatnya kemesraan yang sudah lama dia tidak rasakan,Villiam pernah bercinta dengan seorang gadis sebelum ini,tapi hubungan mereka tidak bertahan kerana bekas kekasihnya merasakan pekerjaan Villiam tiada masa depan,akhirnya mereka berpisah dengan baik,sejak itu Villiam menumpukan sepenuhnya kepada bidang masakan yang dia sukai,menjadi chef.

Setelah siap mandi Villiam terfikir untuk menberi mesej kepada Ruth,tapi sekarang Ruth pasti berkerja lagi,dia berfikir malam nanti baru dia menghantar mesej,sebab sekarang Villiam ingin berehat,Villiam juga seperti Ruth mereka suka tidur,semuanya akan baik² saja selepas mereka bangun dari tidur.

DI RESTORAN

Ruth sedang sibuk menghantar makanan ke meja pelanggan dan menbersihkan meja yang di tinggalkan pelanggan,biar pun waitress berpuluh orang,pada saat pelanggan terlalu banyak mereka memang terlalu sibuk,pelanggan keluar masuk untuk makan sehingga waktu tertentu,akhirnya mereka ada peluang ke tandas,kalau tidak memang tiada masa biar pun kaki terasa letih mereka tetap berkerja.

"Selamat malam Ruth,berhati² memandu kereta."kata Noty

"okay²,saya balik dulu."

Akhirnya selesai juga, mereka sangat sibuk hari ini sebab pelanggan terlalu ramai kerana hari cuti.

KAWASAN APARTMENS

Ruth memandu pulang ke rumahnya,pada saat dia menletakan kereta di paking kereta,dia menuju ke pintu masuk ke kawasan apartmentnya,di luar ada sesorang menunggunya,siapa lagi kalau bukan Villiam.

"hei,baru balik."sapa Villiam.

"Villiam, awak buat apa di sini?"

"Tunggu awak, awak fikir saya akan berputus asa,kalau saya suka seseorang,saya berani mengejarnya hingga awak terima saya."kata Villiam.

"Awak...awak nak minum teh hijau di rumah saya?"tanya Ruth.

"Minum teh, awak mengajak saya ke rumah?"

"Mmm,di rumah saya."Ruth menahan rasa malu.

"Okay, saya terima,nak juga rasa teh hijau yang awak buat."kata Villiam gembira.

Rasa gembira Villiam mendapat pelawaan dari Ruth tiba²,Ruth berjalan dulu,Villiam menuruti dari belakang,sungguh Villiam tidak sangka Ruth akan menbawa dia masuk ke rumahnya.

DI RUMAH RUTH

"Masuklah,ini rumah abang saya."

"Abang awak dia ada di rumah ke?"

"Sekarang tidak ada,dia kerja."Ruth bohong,dia tidak menberitahu kalau dia tinggal sendirian.

"Bagus juga ada saudara,saya tiada adik beradik."

"Jadi awak anak tunggal?"

"Ya,sudah jadi anak yatim piatu."

"Saya ada dua orang abang dan ayah,ayah saya sangat garang,kalau dia tahu saya bawa lelaki masuk rumah lagi,dia pasti akan pindah sini."

"Jadi sebelum ini, awak pernah bawa masuk lelaki ke rumah?"tanya Villiam tertawa.

"Pernah bekas kekasih saya yang curang...jawab Ruth jelas.

Villiam berfikir,tidak sangka Ruth jujur menjawab,menbuat dia semakin menyukai Ruth.

"Duduk dulu,saya buatkan teh."

Villiam duduk di sofa,melihat rumah Ruth kemas dan cantik,memang tempat tinggal seorang gadis.

"Ini teh hijau,saya harap awak suka,sebab ini saja yang ada di rumah saya."kata Ruth.

"Saya suka juga minum teh hijau,boleh tenang sikit."jawap Villiam yang agak gementar.

"Hmm,awak sudah berapa lama jadi chef?"tanya Ruth.

"Dalam lima tahun juga,awak bekerja di situ berapa lama?"

"baru dua tahun saja."

"Awak suka kerja di situ?"

"suka juga,masa terlalu cepat dan banyak kenal orang."

"Tentu banyak kenal lelaki handsome?"

"Sudah tentu,tapi tidak semua kita suka kerana handsome."jawab Ruth tertawa.

"Ruth,awak betul² tiada teman lelaki?"Villiam bertanya.

"Tidak ada,mengapa?"

"Saya berterus terang,saya memang suka sangat pada awak sejak malam itu,bila awak selalu menolak saya,saya rasa betul kecewa ,jadi saya nak tahu malam ini."Villiam ingin kepastian agar dia tidak mengharap lagi.

"Villiam saya juga suka pada awak,tapi rasa takut kalau saya sudah jatuh cinta,saya akan kecewa seperti dulu,di tinggalkan sangat menyakitkan...tapi kalau awak nak cuba juga saya terima...

"Betul ke?!"Villiam bersemangat tidak terkata.

"Betul,saya tidak pasti awak jujur atau nak main saja,tapi saya nak cuba sebab saya takut kalau betul awak jujur,saya kecewakan awak secara tidak sedar."

"Jujur,jujur saya jujur sangat jujur tidak main² atau bohong,saya sangat suka pada awak."

Mereka berbual berapa jam hingga hampir pukul tiga pagi,tidak sedar masa yang telah berlalu,Villiam meminta diri untuk balik,senyuman di wajah mereka dapat dilihat mereka semakin mesra.

BERAPA BULAN BERCINTA SECARA RAHASIA

Villiam dan Ruth merancang untuk pergi bercuti di sebuah pulau,mereka memilih tempat yang tenang dari kesesakan orang,jadi mereka memilih untuk bercuti di pulau yang cantik.

Sampai di sana mereka menempah sebuah bilik diresort,pada waktu petang mereka berjalan menyusuri pantai tidak berselipar,melihat air laut yang cantik serta pasir yang bersih sangat menenangkan jiwa,mereka berdua jalan berpegangan tangan dengan gembira.

Di kawasan pantai yang berbatu,mereka berdua duduk menikmati cahaya matahari dan angin laut,senyuman di wajah masih kelihatan,keduanya cantik dan comel bagai pinang di belah dua,tiada siapa yang tahu mereka sedang bercinta,termasuk teman dan keluarga.

"Awak lapar tak?"tanya Villiam.

"Sedikit,biasa kalau saya rasa seronok,saya tak lapar sangat."

"Mari kita pergi cari makanan."

"Saya dengar di marina bay ada makanan sedap dan murah."kata Ruth.

"Macam mana awak tahu?"tanya Villiam.

"Saya ada buat pencarian di google."

"Okay,mari kita pergi cari."jawap Villiam

Mereka pergi ke restoran resort itu untuk makan,malah ada orang sedang berkaraoke di situ, meriah dengan pelanggan yang ada dan suasana yang menarik,makanan pun sedap dan murah,pada sebelah petang mereka berdua berjalan² di jeti pulau untuk berselfie bersama.

MALAM TIBA

Malamnya mereka berdua nampak tenang tapi seperti cacing kepanasan,bila duduk berdua dalam satu bilik yang sama, pergerakan menjadi tidak tentu arah.

"Awak mandi dulu."kata Villiam.

"Okay,jangan mengintip saya...

"Jangan takut,itu bukan hobi saya."

tapi dalam hati Villiam menjawab lain dari yang keluar dari mulutnya.Ruth pergi mandi dahulu,sementara Villiam keluar bilik menuju ke pantai.

"Ah!!...Villiam menjerit.

Hatinya tak tenang memikirkan malam yang panjang,apa yang harus dia lakukan.

"Aku orang baik,aku orang baik."Villiam berkata pada dirinya sendiri.

Saat Villiam kembali melihat Ruth sudah siap mandi dan memakai baju tidur kemeja dan berseluar panjang,dia merasa lega Ruth tidak ingin mengodanya,sedikit terasa hampa,apa dia tidak handsome, orang sepertinya Ruth tak tertarik.

"Saya dah siap,awak pergi mandi cepat."kata Ruth.

"hmm.... Villiam menjadi penurut.

Ruth perhatikan saja tindakan Villiam,Villiam sedang berlawan dengan sifat kejantanannya sendiri,Ruth ingin melihat juga sejauh mana kejujuran Villiam terhadapnya,dalam berapa bulan bercinta,Villiam menlayan Ruth dengan baik,tidak meminta yang bukan² atau berkata kotor,bukan maksud mereka berdua tidak berpengalaman,hanya saja tidak mahu bercinta satu malam.

Di bilik air Villiam mandi sebersihnya,dia takut ada bau bawang di tubuhnya,karna yang pasti mereka bakal satu katil,Villiam mencuci muka dan mengosok gigi serta lidahnya,tidak mengharapkan aksi berat,sekurang aksi ringgan pasti ada,bila terfikir saat itu senyuman di wajah Villiam menjadi semanis madu.

"Lamanya,awak buat apa di dalam?"tanya Ruth ingin tahu.

Lebih baik, jangan di tanya saat lelaki mandi lama,mereka bertenang di bilik mandi sudah mencukupi.

"Saya pastikan mandi sebersihnya,kenapa dah rindu ke baru hilang sekejap."

Lalu Villiam mendekati Ruth dan memeluknya dengan lembut.

"Bau awak sangat wangi,pakai syampoo apa?"kata Villiam mengoda.

"Rahsia,tak nak bagi tahu."

"Ini losen untuk apa?"Villiam saja² ingin menggoda Ruth.

"Untuk tangan,sini saya sapukan untuk awak."

Ruth menletakan sedikit losen di tapak tangan Villiam,tangannya terasa kasar, tangan orang kerja sebagai chef tangannya selalu luka dan melecet terkena air,terasa kasar...

"Tangan awak cantik,lihat jari² yang panjang."puji Ruth jujur.

"Tangan saja ke yang cantik,saya tak cantik?"

"Awak sangat nakal,saya dah puji...

"Saya ada yang lebih cantik dan panjang sebenarnya."Villiam muka selamba.

Ruth menatap Villiam dan berfikir dah mula menampakkan niat nakalnya,sifat mengoda Villiam malam ini,dia kena berhati²,jangan mudah masuk perangkap.

"Saya nak tidur,esok kita nak pergi menyelamkan?"tanya Ruth.

"Ya betul,hampir lupa."Villiam tersedar.

"Okay,kita tidur dulu."kata Ruth.

Saat lampu di tutup ada tangan yang mula meraba dan memeluk pinggang Ruth,nafas kencang di telinga Ruth terasa hangatnya,Villiam mula berbisikan dengan suara seksi, perasaan yang bergelora di dalam hatinya,dia hanya inginkan ciuman hangat sebelum tidur,Ruth juga gelisah dengan bisikan sehingga menbuat dia tidak bertahan,mereka berciuman dalam kegelapan malam,boleh terdengar bunyi ombak menyentuh pantai,tapi tak sekuat asmara yang mengoda mereka berdua pada malam yang panjang ini.

"Ruth...

"Masih banyak masa lagi buat kita belajar untuk sabar."Ruth berbisik kepada Villiam.

Mendengar kata² Ruth,Villiam terpaksa bertahan agar tidak tersilap langkah,Villiam faham keadaan ini pada waktu mandi tadi,dia harus bertenang demi menjaga perasaan orang yang dia cintai, kalau dia ingin mereka hidup bahagia.