webnovel

MR Q DAN MR V

Ruth seorang gadis yang comel dan nakal,sifatnya agak sedikit tulus sehingga nampak kebodohan yang menlucukan,dari keluarga pertengahan,bapaknya memiliki sebuah kedai runcit separuh abad.Ruth tidak mempunyai ibu,tapi mempunyai papa dan dua orang abang yang sangat menyayanggi Ruth dengan sepenuh hati mereka.Aboy abang sulung yang bersifat lembut dan Ate yang sisi tidak pasti baik atau jahat,papa mereka seorang yang kedekut,tapi keluarganya tetap utama. Quan jiran sebelah rumah dan juga teman masa kecil Ruth yang bercita² tinggi,dia sangat pintar dan bergaya,dia seorang anak tunggal di dalam keluarga,jadi dialah harapan ibu bapanya,bapaknya menpunyai sebuah kilang makanan. Villiam seorang chef terkenal yang hemsem berkerja di sebuah restoran lima bintang di kuala lumpur bandar raya yang sibuk,bukan saja hemsem tapi juga pandai masak,satu suka bersaing dan agak romantik. Diana sahabat talam dua muka yang selalu merasakan dia lagi bagus dari Ruth,dari alam persekolahan lagi dia menanggap Ruth sebagai persaingnya dalam diam,tampa Ruth sedari Diana bermain kotor di belakangnya. Ruth dan Quan pernah bercinta,karna salah faham,mereka akhirnya berpisah dan menjalankan kehidupan masing²,di saat Ruth mengenali Villiam.Quan muncul kembali ingin bersama,pada masa yang sama Diana juga muncul sebagai penghalang untuk Quan kembali kepada Ruth.Villiam juga tidak mahu mengalah untuk memiliki Ruth,bagaimana pengakhirannya di antara mereka nanti...

FOX12 · Urban
Not enough ratings
37 Chs

Chapter 4

Setelah beberapa hari di pulau tioman,mereka berdua pergi ke johor melalui mersing untuk menemui papa Ruth di skudai.Ruth ingin pulang melihat papanya di sana,sudah tiga bulan dia tidak pulang ke rumahnya,kali ini dia menbawa Villiam bersama,Villiam sangat berani ingin bertemu dengan bakal mentua,walaupun dia tidak seberani yang di lihat,tapi demi cinta,kata perpatah lautan api sanggup di redah.

dalam perjalanan sebelum tiba di skudai mereka singgah di stesen minyak untuk berehat dan minum melepaskan dahaga,Villiam memandang Ruth terkebil²,dalam hatinya dia ingin sangat bertanya tentang sesuatu,iaitu tentang masa silam Ruth bersama bekas kekasihnya.Villiam cuba untuk bertahan demi menjaga hati Ruth,sedangkan dia juga pernah ada kekasih,tapi Ruth tidak pernah bertanya,dalam pikirannya...apa Ruth tidak berasa ingin tahu atau merasa cemburu,sedangkan Villiam pula berasa sangat cemburu bila dia tahu Ruth pernah bercinta dengan rakan sepermain dan jiran sebelah rumah pula tu,hatinya tidak tenang memikirkan perkara itu,bagaimana bila mereka berdua bertemu lagi,apa bila Villiam tahu Ruth ingin melawat papanya,jadi dia memujuk Ruth pergi bercuti dulu,selepas itu dia akan menghantar Ruth pulang melihat papanya.

Ruth menyedari sifat Villiam yang berubah itu,lalu Ruth bertanya kepada Villiam,mengapa dia kelihatan semacam saja hari ini,pikir Ruth mungkin Villiam gementar kerana bakal berjumpa papanya,Villiam menjawab kalau dia boleh bertanya masa silam Ruth apa Ruth tidak marah,sebab Villiam tidak boleh bertahan lagi,dia selalu terpikir macam²,Villiam berasa tidak selamat,apakah Ruth masih menpunyai perasaan terhadap bekas kekasihnya dulu.

Ruth tersenyum dan bertanya tentang kekasih lama Villiam,tapi Villiam menjawab dengan cepat,dia tiada hubungan apa pun terhadap kekasih lamanya,lagi pun bekas kekasihnya itu sudah berkawin,sejak mereka putus Villiam menang tidak terpikat kepada sesiapa lagi,sebab dia berasa tak yakin.Villiam berpikir perempuan zaman sekarang terlalu memilih,pada mulanya Villiam berpikir Ruth akan menolaknya bila tahu soal pekerjaannya,tapi setelah tahu pekerjaan Ruth,jadi dia pasti Ruth tidak akan memandang latar belakang.

Ruth berkata dia dan bekas kekasihnya berpisah bergitu saja selama lima tahun,selepas mereka habis belajar.Mereka berdua mula bercinta sejak dari sekolah menengah lagi,mereka sudah terbiasa sebab dari kecil lagi bermain dan pergi sekolah bersama,tiada akhir kata antara mereka,Ruth sudah berputus asa dan mula menlupakan masa silamnya,sebab itu dia cuba untuk menerima Villiam,tapi jawapan itu kurang memuaskan hati Villiam,baginya dia masih tidak selamat.Ruth tidak menberitahu sebab apa dia dan bekas kekasihnya itu putus.

dalam perjalan menuju ke kedai lama yang usang,kedai runcit papa Ruth kelihatan usang,tapi masih berjalan dengan baik dan menpunyai pelanggannya sendiri yang dah biasa menbeli di kedai ini sejak dari mereka kecil,melihat kereta honda yang di paking depan kedai,mata tua papa Ruth menaikan keningnya,bila dia melihat anak kesayangan pulang senyuman di bibir terukir manis,manis sekejap saja bila encik Tan melihat seorang lelaki tinggi putih melepak di sisi Ruth,papa Ruth dah mengerti anaknya ini dah dewasa,bila² saja bakal berkawin.

biasalah orang tua bila mengetahui anak yang mereka sayang dah ada orang lain,biar pun terasa tidak senang melihat Villiam,papa Ruth bersalam juga dengan anak muda di depannya,Ruth meninggalkan mereka berdua di depan kedai,sementara dia ke dapur di belakang kedai untuk memasak,dah petang jadi dia nak masak makanan keluarga mereka untuk makan bersama nanti,Ruth menyediakan bahan di dapur,mana kala Villiam cuba mengambil hati orang tua di depannya,tapi di jawap sepatah saja hingga menbuat Villiam berasa kaku,lalu dia meminta diri untuk menbantu Ruth di dapur saja.

Ruth tergaman melihat Villiam yang berkeringat di belakangnya,pikirnya mungkin papanya telah menbuli Villiam,sebab papa Ruth lebih menyukai bekas kekasihnya dulu sebagai budak baik dan berpelajaran,apa lagi keluarganya boleh di kira sangat senang.Villiam berpikir lebih baik dia tunjukan bakatnya kepada bakal mentua dari segi masakan,kalau pasal berbual dia memang akan udur diri,dia jarang berbual dan tidak tahu nak cakap apa dengan orang tua,sebab dia anak yatim piatu.

Ruth tersenyum melihat Villiam yang ingin menolongnya di dapur,Villiam nak memasak nak tunjukan bakatnya kepada bakal mentua,Ruth hanya menbiarkan saja Villiam menbuat kerja,dia cuma menolong menbersihkan pingan mangkuk dan sayuran,Ruth memahami pikiran Villiam yang masih kaku dengan suasana,apa lagi papanya juga nampak sombong,Ruth dapat rasakan kali ini dia mungkin bermasalah,macam mana dia nak menjawap semua pertanyaan papanya di rumah nanti,sudah siap memasak mereka berdua menyediakan hidangan dan menjemput papa Ruth untuk makan,semua makanan kesukaan papa Ruth,Ruth dah menolong Villiam untuk mengambil hati orang tuanya menlalui makanan.

sewaktu makan papa Ruth berselera sangat sebab dia berpikir anak kesayangan yang masak,tapi setelah di beritahu Villiam yang masak papanya mula menunjukan kurang selera pula,tidak lama dari itu mereka semua pulang ke rumah papa Ruth.Villiam juga sekali bermalam di rumah,dapat Villiam rasai angin yang melanda rasanya dingin sangat,sampai di rumah mereka,papa Ruth cepat² menyuruh mereka masuk ke dalam rumah,orang itu tidak mahu jirannya tahu anak dia menbawa pulang seorang lelaki.

Villiam dan Ruth hanya menuruti perintah orang tua,mereka tidak tahu apa² tentang pikiran papa Ruth,Villiam di beri bermalam di bilik abang sulung Ruth,sebelah bilik Ruth dan abang keduanya,mereka bertiga beradik tidur di bilik atas,mana kala papa mereka tidur di bilik bawah,pada sebelah malam abang kedua balik ke rumah dari kerja,saat dia melihat ada seorang lelaki di ruang tamu,dia merasa tidak senang dan tidak mesra juga,bertambah lagi tekanan si Villiam,tetapi saat melihat adik kesayangan keluar dari dapur,Ate terkejut dan ketawa lalu memeluk adiknya di hadapan Villiam,Villiam seperti tunggul kayu melihat kemesraan dua beradik di hadapannya,Ruth menperkenalkan Villiam kepada abangnya yang nombor dua,mereka bersalam...tapi dapat Villiam rasakan pandangan mata abang kedua Ruth sinis padanya atau hanya perasaannya saja.

hampir pukul sebelas malam Ruth menyuruh Villiam tidur di bilik abang sulungnya Aboy,kebetulan Aboy tiada sebab berkerje di singapura,Ruth dan Ate nak berborak lagi,biasalah adik beradik dah lama tak jumpa,papa mereka sudah tidur awal,orang tua cepat mengantuk,tidak seperti orang muda,Ate cakap kepada Ruth,esok Aboy pulang sebab nak tengok juga orang pilihan Ruth seperti apa,Ate pula suka mengapi²kan keadaan sebab dia tidak suka kepada Villiam,Ate seperti papanya suka kepada Quan,dia dan Quan adalah teman baik.

"Ruth,u betul serius dengan Villiam?"

"seriuslah,kenapa Ate tanya bergitu?...

"Ate,rasa papa tidak suka kepada Villiam,nampak tak cara dia layan Villiam?"

"baru lagi,biasalah...

"Ruth,tak nak tunggu lagi ke?mungkin dia juga masih sayang Ruth."

"Ate,kami berdua sudah tidak ada jodoh,i selesa bersama Villiam,dia juga sangat perhatian."

Ate berdiam diri mendengar jawapan dari adiknya,dia berharap Ruth dan Quan bersama lagi,karna dia tahu apa yang terjadi sebelum ini,adalah salah faham,tapi Quan menlarang Ate menberitahu Ruth hal sebenarnya.

pada paginya Aboy juga pulang ke rumah,di luar rumah Aboy di sapa oleh jiran baik mereka untuk merisik² maklumat,Aboy tidak tahu apa² maksud jirannya itu,dia hanya menberi buah tangan yang di beli dekat singapura.

sewaktu Aboy masuk ke rumah,dia melihat Ruth dan Villiam mesra menbuat sarapan pagi,dia menyukai sifat Villiam melayan adiknya dengan baik...

"hmm...seronok nampak?"

Aboy,you bila sampai?"Ruth terkejut melihat abang sulungnya tetiba muncul.

"lama di luar tadi,berbual dengan dady Quan tadi sekejap."

"oh,..Ruth bersuara.

"hello,saya Villiam,apa khabar?"

"baik²,saya Aboy,kamu sangat tinggi dan kacak lagi,lebih bagus dari yang saya dengar."

"oh iya ke,terima kasih."jawap Villiam.

"awak berdua sedang masak ke?"

"iya,kita sedia sarapan,sekejap lagi kita makan."jawab Ruth.

"oke,saya nak mandi dulu,panaslah...

Aboy berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik Ate,dia masuk ke bilik Ate,Ate sedang tidur tak sedar,lalu Aboy menarik selimut Ate dengan kuat,Ate hampir terjatuh.

"oi,kenapa?!"

"kenapa?...awak memburukan bakal adik ipar saya,cakap dia tak bergaya dan teruk."

"lah...pasal ni,jadi awak suka dia juga?"

"orangnya bagus sesuai untuk Ruth,apa salahnya?"

"saya tak suka masalahnya."

"Ate,saya tahu awak dan Quan teman baik,tapi saya tak suka dia menbuat hati adik kita sakit."

"Aboy,kamu tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya,"

"tengok,dari dulu kamu cakap benda yang sama,hasilnya Quan tetap juga menyepi."

"dahlah,jangan ganggu,saya mahu tidur lagi."

"kamu tidak berkerja ke?pergi mandi,adik dan ipar kita sedang menbuat sarapan,nanti makan sama²."

"ah,peduli apa aku."

"kamu ni,"

di meja makan ada banyak hidangan yang Villiam dan Ruth buatkan,terasa seperti makan di restoren lima bintang,Villiam dah berusaha keras untuk mengambil hati bakal keluarga mentua hingga banyak juga masakan yang dia buat,hanya Aboy dan Ruth saja berselera makan,papa dan Ate tak lalu biar pun rasa sedap,hati mereka tak berubah.Mereka berharap Quan cepat kembali sebelum Ruth dan Villiam benar² menjalinkan hubungan.

"saya dah kenyang,saya nak pergi kedai."papa Ruth bersuara.

"saya pun kenyang."

mereka saling saling pandang,papa berlalu pergi,Ate juga balik masuk ke biliknya,abangnya balik jadi dia tidak pergi kerja hari ini,sejak mereka adik beradik berkerja masa bersama dah tidak seperti dulu seronok menghabiskan masa bersama² pergi sana sini adik-beradik.Aboy dan Ruth masih makan dengan selera,Villiam pula tak sedap hati merasa dia menbuat papa Ruth dan Ate tak gembira,dia harus berusaha lebih kuat lagi,Villiam sayang kepada Ruth,dia tidak mahu menlepaskan Ruth,biar pun dia di benci sekali pun,nasib Aboy baik padanya,adalah teman nak borak².

"makanlah,jangan ambil hati dengan sikap mereka Villiam,mereka tak biasa lagi,nanti oklah kalau selalu datang ke mari."Aboy bersuara.

"Villiam,u pasti terasakan,sebab papa dan Ate macam tak layan u,berani nak datang lagi tak?"Ruth bertanya dengan senyuman.

"mestilah berani,tunggu masa i masuk meminang ok?"Villiam kembali ceria.

"wow,bukan kamu berdua baru bercintakan?"tanya Aboy.

"tak kisahlah baru ke lama,kalau saya dah suka,baik kawin cepat,jadi papa u dan Ate pasti suka i."kata Villiam tegas.

"kawin memang mudah,tapi kita perlu menjaminkan masa depan yang stabil dulu."jawap Ruth.

"i ada simpanan khas untuk kawin,kalau u nak bila² masa kita boleh kawin."jawap Villiam yakin.

"betul ke nak kawin dengan adik saya,cepat sangat rasanya."Aboy berkata.

selepas habis makan mereka berempat keluar berjalan² di mall,pada mulanya Ate tidak mahu ikut sebab ada Villiam,tapi Aboy dan Ruth memaksanya,jadi Ate menyertai mereka dalam terpaksa,mereka nak menbeli belah sebab dah lama adik-beradik tak menbeli pakaian,Ruth menbeli pakaian untuk papa dan saudaranya,terkilanlah si Villiam melihat Ruth lupa padanya,siap menbeli barang mereka nak makan macdonald,jadi Aboy dan Ruth pergi menbuat pesanan,tinggal Ate dan Villiam,pada hal Aboy dan Ruth nak mengeratkan hubungan Ate dan Villiam,supaya Ate boleh menerima Villiam.Ate buat tidak tahu saat Villiam bercakap,Ate main game tidak melayan Villiam.

"Ate,awak tak suka saya ke,saya bercinta dengan Ruth ke?"tanya Villiam tiba² kepada Ate.

Ate berhenti dari bermain dan melihat wajah Villiam yang tenang tapi berbuku dalam hati.

"awak tak sesuai untuk adik saya,sebab tu saya dan papa kami tak suka."

"saya jujur terhadap Ruth,saya sayang dia."

"kalau awak rasa boleh mendapatkan hati Ruth sekarang,tunggu saja bila Quan balik nanti."

"Quan,siapa?"tanya Villiam.

lalu Ate bangun dari duduk dan pergi menuju ke tandas,Ate mungkin dah terlepas cakap kepada Villiam,melihat wajah si Villiam,Ruth mungkin masih tidak berterus terang sepenuhnya kepada Villiam tentang Quan.

"habis aku,"pikir si Ate.

Aboy dan Ruth menbawa makanan ke meja,tinggal Villiam seorang di situ tersenyum basi melihat Ruth,Villiam dah tahu nama bekas kekasih Ruth,dalam kepalanya serabut sangat bila teringat kata² Ate tadi.

"kemana Ate?"tanya Aboy.

"ke tandas."jawap Villiam.

"ambik²,ni untuk awak...cepat makan,nanti kita tengok wayang."Ruth mencelah.

Ate kembali dari tandas,dia dah sedap tak hati,kalau Aboy dan Ruth tahu apa yang dia cakap kepada Villiam tadi macam mana pikirnya.

"korang berdua cerita apa tadi?"tanyaRuth.

"hal kerja,"jawap Ate cepat.

jadi Villiam berdiam,dia tahu Ate pasti lagi marah kalau dia cakap hal tadi,Villiam juga tak mahu adik beradik bertengkar kerana dia,pasti Aboy akan marah kepada Ate,Ruth juga akan jadi serba salah.

"u tahu tak Aboy kerja di singapura sebagai manager di pelabuhan,Ate pula bos di kedai gunting rambut."kata Ruth.

"hmm,saya berkerja sebagai chef sebab minat dalam masakan dan masa depan isteri saya tak perlu bersusah payah di dapur."jawap Villiam tersenyum.

Ate menjeling dan menbuat muka tak suka mendengar kata Villiam.

"ayat seorang lelaki,dengar boleh percaya jangan."Ate bersuara.

"dia ni...Aboy bersuara tak tahan dengan sikap adiknya Ate.

Ruth berjalan berpegang tangan dengan Villiam,Aboy suka melihat layanan Villiam terhadap Ruth,Ate pula merasa menyampah,kadang Ate saja merampas tangan Ruth menbawanya meninggalkan Villiam,hanya Aboy saja yang cuba mengawalkan keadaan agar Villiam tidak kecil hati dengan kelakuan adiknya Ate.

"Ate sangat sayang kepada Ruth,dulu masa kami kecil kami pergi bermain di padang,masa tu saya pergi menjemput kawan untuk bermain,tinggal Ate dan Ruth saja masa tu kat padang,ada anjing datang menyerang mereka,Ate sangat berani melawan anjing hingga dia luka di gigit kerana nak melindungi Ruth."kata Aboy.

"bekas kekasih Ruth,Quan kan?"tanya Villiam.

"hmm,"

"jiran sebelah rumah?"

"Ruth ada beritahu ke?"

"mmm...

"Villiam,hubungan Ruth agak rumit.Saya macam tak percaya dia dengan kamu."

"kenapa Aboy cakap macam tu?"

"Ate,juga pernah cakap tunggu saja Quan balik."

"Ruth dan Quan bagai isi dan kuku sebelum ini,betul saya pun tak pasti kalau Quan kembali nanti."

"tapi Ruth dah cakap dia sudah berputus asa,"

"kalau dia sudah berkata begitu,kamu yakinlah padanya."

selepas tengok wayang mereka berjalan di danga bay melihat lampu yang menerangi malam,Ruth mengeluarkan kotak kecil dan menberikan kepada Villiam,Villiam tak menduga dia dapat hadiah dari Ruth,saat dia menbuka kotak itu ada dua gelang pasangan di dalamnya,Villiam gembira sangat ini kali pertama dia mendapat hadiah dari seorang gadis.

"untuk i dan u ke?"

"mestilah,tandanya u milik i,"

"oke,i nak pakai sekarang."Villiam cepat menyuruh Ruth menbantunya dan dia pula memakaikan di tangan Ruth.

"macam mana,cantik tak?"

"mestilah cantik,girlfriend i bagi."jawab Villiam.

"ingat hilang kemana tadi,rupanya di sini,"Aboy dan Ate muncul.

"Ruth beri hadiah pada saya,"

Villiam menunjuk² gelang di tangannya,Ate muak melihat senyuman di muka Villiam,lalu dia berkata...

"bukan dapat hadiah gelang tanda tak kekal lama?"

"kamu ni Ate,itu jam lah,bukan gelang."marah Aboy.

"lebih kuranglah tu,"

Villiam dan Ruth berdiam berasa tidak selesa mendengar kata Ate,apa betul ke kepercayaan tentang menberi hadiah kepada kekasih.

PULANG KE KL

sebelum pulang ke kuala lumpur,papa Ruth bertanya kalau Ruth serius untuk bersama Villiam,papa Ruth tak berapa suka kepada Villiam,dia sekadar chef tiada jaminan untuk masa baginya,encik Tan tidak mahu anaknya hidup susah di masa depan,dia mahu Ruth hidup senang dengan orang yang layak.